,

Apa Yang Perlu Dijangka Bila Hantar Anak ke Taska

admin Avatar

Saya akan kembali bekerja, bermakna Danny akan dijaga oleh pengasuh di taska. Danny adalah satu-satunya anak saya (setakat ini) yang dapat menikmati susu ibu sebaik saja dilahirkan, dan juga dijaga oleh saya dalam masa yang paling singkat. Selepas melahirkan Hafiy, saya bercuti selama 4 bulan; manakala Fahry pula 10 bulan, dan Danny cuma 2 bulan cuti bersalin yang diperuntukkan sahaja.

Saya akui memang agak cuak nak meninggakan bayi sekecil Danny kepada orang lain. Walau bagaimanapun saya memang lega kerana taska tersebut sudah menjaga anak-anak saya selama setahun setengah, jadi saya dah ada keyakinan terhadap mereka.

Bila hantar anak ke taska ni, saya dengar banyak complaint dari ibu-ibu lain (bukan taska anak saya ni, tapi taska secara amnya). Tapi, bagi saya benda itu semua expected lah. Mungkin ada ibu yang terlalu high expectation. Fahamilah kan, sedangkan ibu sendiri pun jaga kadang-kadang ada terlalai terleka, inikan pula di bawah jagaan orang lain yang kena jugak jaga lagi 3-4 orang budak lain. Cuma, janganlah sampai kes serius yang boleh menggugat keselamatan anak kita.. itu memang tak boleh kompromi lagi. Kalau kes2 kecil, mungkin kita boleh pejam mata, atau maafkan mereka dengan hati terbuka.

Tertukar baju anak

Anak-anak saya selalu bawa balik baju orang lain, spender orang lain pun ada kadang-kadang. Apa yang saya buat adalah basuh baju itu, lipat elok-elok dan pulangkan kepada taska. Mungkin pihak sebelah sana (ibu kepada anak yang tertukar tadi tu) tak buat benda yang sama (tak pulangkan). Mungkin dia lupa atau mungkin dia tak sedar pun ada baju yang tertukar. Kalau saya halalkan ajelah. Baju je pun, kalau emas seketul mahu jugak saya bising, HeHe.

Langkah mengatasi : Pegi taska bawak baju murah-murah, baju biasa-biasa sudah. Biorlah orang nak ngate “Murahnya baju anak-anak dia..”, ada aku kesah?

Barang hilang

Kadang-kadang ada benda yang kita bawa dalam beg anak, tiba2 hilang tanpa dapat dikesan. Hmm.. barang-barang kat rumah kita yang kita jaga kadang-kadang hilang juga, apa nak hairan?

Langkah mengatasi : Usah bawa barang pelik-pelik pegi taska. Bawa yang cikgu suruh aje.

Tidur beramai-ramai

Kalau yang jaganya sorang, yang budaknya 5-6 orang, expect lah kalau tidur ramai-ramai. Lainlah kalau kita bayar seribu dua pada taska, mungkin seorang pengasuh boleh jaga seorang anak dan tidur secara eksklusif.

Langkah mengatasi : Bawa tilam sendiri, bantal sendiri, selimut sendiri; beritahu pengasuh anak kita hanya tidur atas tilamnya saja.

Makan beramai-ramai

Di taska biasanya pengasuh menyuap anak-anak asuhannya dengan menggunakan alat yang sama – kongsi pinggan dan sudu. Kalau saya di rumah pun, suap makan anak-anak dalam satu masa saja, memang tak ada lah nak suap sorang sampai siap, lepas tu lagi sorang, lepas tu lagi sorang… ini pula di taska yang ada 4-5 orang nak disuap. Sampai bila nak habis, kan. Taska pun ada aktiviti lain juga nak dibuat.

Langkah mengatasi : Periksa betul2 taska sebelum hantar anak. Pastikan mereka benar2 mengamalkan kebersihan, dan ibubapa yang hantar anak ke sana juga mengamalkan kebersihan.

Tapi, ada perkara yang tak boleh nak kompromi, atau buat pejam mata je. Walaupun taska jaga ramai budak, tapi ada perkara yang tak boleh dimaafkan bila berlaku kecuaian. Misalnya:

Menggunakan buai

Taska yang berdaftar tidak dibenarkan menggunakan buai. Saya bersikap terbuka dan memaafkan kalau pengasuh (babysitter di rumah) yang menggunakan buai. Maklumlah, dia pun ada kerja di rumah yang nak dibuat, kalaulah anak kita asik memekak aje, bila pulak dia nak buat kerja dia. Lainlah kalau kita bayar dia seribu dua, ada la sebab dia nak hadap anak kita 10 jam. Tapi kalau taska, saya memang tak maaf. Kenapa? Sebab penggunaan buai tu sendiri dah langgar peraturan JKM.

Langkah mengatasi : Pastikan taska yang dihantar berdaftar dengan JKM dan periksa benar2 tiada buai.

Tertukar botol susu

Tertukar botol susu yang dah dibasuh, mungkin boleh dimaafkan. Mungkin tersilap masuk, tapi kalau asyik tertukar botol susu, apa kes? Lagi-lagi kalau baby tu menyusu dengan susu ibunya (yang diperah). Silap-silap boleh ada saudara susuan tanpa sedar. Bab-bab benda masuk dalam perut ni mana boleh kompromi.

Langkah mengatasi : Tukar taska?

Bayi lebam-lebam atau cedera

Kalau diberitahu, tak salah. Mungkin anak kita yang terlalu di luar kawalan hingga terlanggar sana-sini sampai lebam atau luka. Tapi kalau tak diberitahu, atau pihak taska TAK TAHU PUN, itu kena pandang serius. Macamana mereka jaga kalau anak kita lebam2 mereka tak tahu pun? Itu memang tak mustahil kalau apa2 jadi pada anak (naudzubillah), sampsi ke sudah pihak taska “tak tahu”.

Langkah mengatasi : Tukar taska je.

Lampin tak berganti, perut tak berisi

Kita hantar anak ke taska supaya dia dijaga dengan elok. Kalau tak berjaga, baik tinggal je kat rumah, biar je duk sorang-sorang tunggu kita balik.

Langkah mengatasi : Tukar taska je.

Bagi saya, kalau ada masalah dengan taska, tak perlu buang masa nak hantar surat complaint bagai. Boleh tu boleh, tapi tukar taska dulu. Kebajikan anak kita lebih penting. Saya pun pernah tukar taska, bukan sebab mereka tak jaga anak saya elok-elok, memang sangat bagus, setiap kali ambil anak mesti wangi berbedak, badan segar je. Tapi anak saya asyik nangis aje dan jadi manja terlebih sejak masuk taska situ. Saya ni bukan ada masa nak investigate, so saya cari taska lain. Alhamdulillah, walaupun adakalanya pagi2 kita hantar tu kena berdrama 2-3 episod, malam2 dah OK, takde buat drama swasta lagi.

On top of everything, pemilihan taska memang kena betul2 strict (even babysitter atau apa-apa saja yang kita nak tinggalkan anak). Ini kerana tempat itu adalah rumah kedua mereka. Carilah tempat yang mana anak kita enjoy dan happy kat sana. Dahlah seharian kena tinggal dengan ibu dan ayah, duduk pulak kat tempat yang tak best.. kesian anak-anak.

Klik kat sini untuk panduan memilih taska yang best untuk anak-anak.

Korang macamana? Apa yang korang boleh tolerate atau tak boleh dengan taksa/pengasuh?

admin Avatar

31 responses to “Apa Yang Perlu Dijangka Bila Hantar Anak ke Taska”

  1. sidratul muntaha Avatar

    sume yg ko sebut dah kena.
    aritu kaki setot kena timpa fire extinguisher..
    kes selesai sebab mmg salah setot..
    buktinya?!
    even dah bersimen pun,FE kat tesco yg beso tu pun dia tolak2 lagi..
    hak yg kat taska tu hak kecik…
    huhuhuhh….
    buai?!
    anak – anak aku mmg tak tido buai…
    botol?!
    setot dgn ara mmg minum susu/breastfeed aku dlm cawan…
    bantal ke tilam ker?
    aku laki bini keturunan org gasar/org kampung: tido bersepah takde masalah even dua – dua anak aku ade ekzema…
    lebam/luka?normal sebab setot kuat garuk,kuat berwrestling dan tahan kena gigit (ade budak lagi beso dari dia pernh gigit dia tpi dia selamba tindih budak tu dgn bontot dia lepas tu.tobat budak tu nak gigit dia.motip gigit:geram tengok setot yg montok n dobot!!kahkahkah)
    baju ilang/tertukar?aku reda jerlah..klu rajin basuh,aku basuh(sebab bangsa basuh baju seminggu sekali),klu terlipat dan jumpa,mmg aku ltk balik.dan ni sebabnya yg best jdi org yg serba simple dan keturunan org gasar,baju cap giant/tesco/nsk/econsave/jj/uda/paso malam/bintang fashion/kedai pakaian hari – hari/pasaraya meru yg hak sepasang 10 ringgit/less itulah yg aku beli.
    motip?!klu ade yg buat reta sendiri..takde hal la..malah dpt pahala pun sebab dpt melindungi badan anak depa even baju cuma murah la n nipih.
    eleh…mak aku ckp,aku kecik2 dulu adik beradik rajin pakai popok jer!
    beli baju mahal2 time tu (kiko la,kiki lala ke ape ker..)abis jahanam sebab suke bergomol adik – beradik.(tu menurun pada setot kot?!ahahaha!!)

    1. nisa Avatar

      akak ni memang sempoi la. saye suke….

  2. baby Avatar

    sekarang ne dapat taska yg bagus. umah ila area puchong.nak kata bagus 100% takla.. tapi setakat ne mmg ila syukur sgt2.. kalau tertukar botol..mmm..belum rasanya ..tertinggal adalah.. tersalah masuk baju biasalah.. tapi yg paling penting anak happy kat situ.. mak2 ne boleh rasa anak kena dera ke tak kat taksa ye tak?? sampai satu tahap nak tunjuk taska ne ok anak boleh cakap “mama tak payahla masak cikgu dah bagi makan,kenyah dah.mama ne balik lambat sangat!” “cikgu masak lagi best” hehe

  3. salzahari Avatar
    salzahari

    Yg tak boleh tolerate:
    1) Tak mandi/ tak tukar pampers
    2) Tak peduli bg makan/ susu ke tak
    3) Bagi jajan sbg upah pandai belajar/ upah senyap
    4) Malas ambil brg bila dah kunci semua time kita terlepas sikit waktu tutup dan tak peduli brg tu penting utk anak kita balik rmh (ubat demam dsb)
    5) Tak sidai dulu towel/ asingkan baju kotor dgn baju bersih wpun dah bg plastik
    6) Menjerit/ melontar brg pd anak bila marah sgt
    7) Mengeluarkan kata2 negatif yg boleh matikan semangat budak

    Yg boleh tolerate:
    1) Marah sikit2 (sbb kdg anak kita pun buat perangai ikut mood)
    2) Tido campur2 bantal
    3) Tak bagi anak main di luar ptg2

    Actually byk benda yg i tak boleh tolerate tp pejamkan mata laah bab simple2 tu….Hehhee…Kalau tak, baik jaga anak sdiri!!

  4. halen Avatar

    setuju sgt dgn pendapat2 di atas sebab pernah terjadi kt my daughter. tp as a mother kita faham dan takde la cerewet sgt mana yg ble pejam mata sy pejam je la dh pun nama taska. setakat ni alhamdulillah takde apa2 yg membuatkan sy x senang dgn taska tmpt anak sy tinggal. dia pun seronok ok la yg penting byk yg dia belajar di sana.

  5. nora Avatar

    Takda pengalaman hantar ke taska. Tapi hantar kat babysitter pun kena tengok gak. Kadang2 dia jaga 4@5 orang kanak2. Kes-kes yang sama mungkin berlaku.

    Tapi my babysitter ok. Cume suami dia agak garang sket. Sampai anak no 2 tak berapa nak pergi sebab dia yang paling hero kat umah 🙂 Garang pun takdalah sampai lebam2 anak2. Gertak jek lebih …

  6. catlina Avatar

    anak sy hantar ke pengasuh.skrg pengasuh jaga dua org(termasuk anak sy-sebaya , beza beberapa bulan je)…

    skrg the other kid, dah ada adik.bulan 6 ni mak dia akan hantar baby tu.sy lak, bulan 3 tahun depan perlu hantar ke babysitter jugak.kalau hantar jugak, total jadi 4 org ler…tgh pikir nak hantar babysitter same ke tak ye…

    dgn babysitter tu sy tak kisah sgt, dah anggap mcm family.tapi tak berkenan betui dgn husband dia.sebab, hisap rokok dlm rumah!hubby sy isap rokok juga tapi dia pastikan anak tak nampak.pastu anak sy kalau ternampak kotak rokok abah dia, dia akan ckp “ayah!ayah!”-maknanye rokok ayah(husband bbsitter tu)…aduhai…

    ada beberapa perkara lah yang juga sikit…sy ulang sikitttt je tak berkenan hehehe
    1.manjakan anak sy..aduihh…kita pun tak manjakan sgt, maybe sebab anak dia semua besar2 dah, so sebab tu dia manjakan.apa yang anak sy nak, semua dpt.nak berlari kat luar atas jalan raya(ngeri sy tgk tu ari, bygkan kalau ada kerata even though jln tu jalan kecik), nak naik buaian depan umah sorang2, nak panjat itu ini…budak nye bila kat rumah, mengaruk lah sebab kita tak kasi itu, kita tak kasi ini..kes overdose kasih sayang kot hahaha…

    2.anak sy eczema.sy dah pesan jgn pakaikan bedak…tapi masih pakaikan juga..natijahnye, mesti anak sy etrgaru2 kat leher dgn celah peha…tau dia nak anak kita wangi2 tapi tulah, budak2 spesel case ni susah jugak org nak paham

    3.pakaikan diapers ketat giler…takut poopoo terkeluar kot..tapi tu lah, tak pasai2 pinggang anak sy jadi ramping ..huhuhu…kesian tau,senak perut anak kita. balik petang2 sy selalu longgarkan sikit diapers dia…tak larat nak pesan dah..agaknye sebab nampak remeh kan…

    4.bg jajan.adoi pantang betoi..sebab bg jajan yang harga 20 posen yang kaler oren, hijau tah ape2 kaler lagi tuh….adoi…dah pesan jgn bagi, tapi kadang2 amik petang tu, ade gak sebungkus jajan kat tgn anak…

    5.kalau ada luka atau lebam, suka tak bgtau sebab ape.takut kot.padahal dah beratus kali sy pesan, kalau ada terhantuk ke jatuh ke, bgtau je, sy tak marah, sebab kita tahu anak kita pun lasak.tapi bila kita tau, dapatlah amik precaution kan, lebih2 kalau melibatkan kepala terhantuk atau jatuh kepala dulu.dlm sebulan mesti lah ada sekali anak sy luka2, kita paham, depan kita pun dia boleh luka/cedera, tapi yang geramnye tak nak bg tahu tu sebab ape!adui…

    ok sekian…

    (ps: mujur baby sitter tak baca blog/wordpress hahaha)

    1. geramnya Avatar
      geramnya

      Eh awak boleh sabar lagi? sampai beratus kali dah cakap kan…babysitter masih buat jugak. saya pernah hantar sehari ja kt babysitter sebab saya tak suka dia merungut anak saya kuat main n tanak tido. WTH?! baby sihat mesti la nak main ja kerjanya.

  7. Nur Adha Avatar

    adha pernah hantar anak ke taska….ms tu anak sorg je baru…then taska..company yg sediakan…ok je tp bila dah ramai2…sampai dekat berbelas org…pengasuh cuma 2 org…tu yg kuarkan tu…mcm dah tak terjaga la pulak…
    then pindahkan ke babysitter…sekali dgn anak no.2 …alhamdulillah setakat ni….bs jaga mcm anak dia juga….tak berkira langsung…mungkin sbb jg anak adha je 🙂 …
    yg bestnye…anak no. 2 ni memang fully bf…and fully ber’CD’…bs sgt support n xkisah….
    yg x bestnya….bs ni org kedah…jd anak2 adha ckp loghat kedah je la kat umah…bila blk kampung kat jhr…pakat kena gelak dgn makcik pakcik diorang…hehehe

  8. SAHROM Avatar

    huhuhuh..mmg kene berhati2 sentiasa kan huhuhh

  9. yah Avatar

    K’yah baru 3 minggu hantar anak ke nurseri. Umur anak 2 thn 9 bulan. Sebelum hantar anak mmg rasanya dah bersedia mentally n set dlm kepala nak pejam mate je kalau ade benda2 yg tak mengikut piawai. Tp bab share mangkuk n sudu mmg tak boleh tolerate sbb anak senang kena tonsil@ulcer. Doctor pon dah keluarkan surat inform yg anak k’yah mmg too sensitive bab2 share ni. So dah bgtau diorang utk asingkan…hopefully diorang pegang pada janji…Tapi mmg kalau nak hantar anak ke nuseri mmg tak boleh nak demand mcm2 dan mak harus belajar menerima seadanya selagi tak membahayakan anak2..

  10. CikWa Avatar
    CikWa

    Bagusnya entry akak ni
    walau saya tak hantar anak ke taska
    tapi info ni sangat beeguna untuk saya share dengan kawan2 atau sedara mara yg bakal hantar anak ke taska
    jazakillah khairan kathira 🙂

  11. Mommy Lyna Avatar

    bleh tak nak LIKE je semua komen2 di atas 😀

  12. Nani Avatar
    Nani

    anak saya ke taska sehari je..

    1) anak saya disuap pacifier
    2) anak saya dibagi susu formula budak lain sedangkan anak saya bf..noticed drpd warna najis
    3) dalam masa sehari tu 3/4 kali call saya bagitau badan anak panas..hint benarkan dia bagi ubat..so anak drugged n mudah tidor?

    menitis air mata sambil bawa anak n barang2 balik umah..huwaa..

    1. great Avatar
      great

      u did a great decision hun

  13. Puteri Avatar

    Yang boleh tolerate – pengalaman hantar taska so far 2 thn dah:
    1. tertuka baju – tapi tak pernah terjadi kat saya lagi. so far taska lipat cantik2 baju kotor and masuk dalam plastic diberi.
    2. botol tertinggal – tp biasanya saya yg mintak bawak balik utk sterilize di rumah
    3. jatuh/gaduh/kena gigit – sebab kita tau budak2 kalau dh ramai biasa lah noti2.so far taska anak saya akan bgtau if ada, and dorang dh siap letakkan ubat.
    4. tido ramai2 – saya ada kasi tilam & bantal tp saya tau budak2 tu sharing jugak which is okay to me coz I know taska cuci semuanya on weekly basis.

    Yang tak boleh tolerate:
    1. tak mandi/tak makan/tak makan ubat kalau sakit
    2. severe injuries – yang jenis sampai kena bawah gi clinic
    3. ramai sangat kids – sampai lari ratio kids:sitter yang sepatutnya.
    4. takde pagar kat tangga
    5. kalau anak demam/sakit teruk, they don’t call us immediately. tunggu petang jemput baru nak bgtau. tu saya paling pantang.
    6. pintu/gate tak lock

    Yang penting parents kena communicate dengan owner/baby sitter selalu.
    p/s: Kalau tak silap saya, ada satu lagi rules JKM yg taska kena ikut: NO BALDI /KOLAH dalam toilet.

    1. Fara Avatar
      Fara

      Sy stuju sgt dgn Puteri bab yg tak boleh tolerate. Especially #6 pintu/gate tak dtutup/lock. Pemikiran bdk2 tak sama spt kite org dewasa. Takut bdk2 kluar ke arah jln raya atau org luar yg brniat jahat masuk menceroboh ke dlm kawasan taska/tadika. Eloklah dicegah sblum sesuatu yg tidak diingini berlaku. Inform je majikan taska/tadika.

  14. tutyrahiza Avatar

    lyna, thanks kongsi info..minggu depan dah kena anta amni ke babysitter..sedih lak nak tinggalkan, baru umur 2 bulan..tak ade pengalaman lagi tp harap semuanya ok..

    arap2 baby sitter bagi kerjasama utk ebm n tdo dgn buai..kat umah tidak ku ajar tidor dgn buai..

  15. ummisaeed Avatar

    also, nanti bila dah time solid food, kalau sempat prepare makanan baby sendiri, memang bagus…

    tapi kalau x sempat, dan harapkan taska yg buat, make sure have strict rules on what baby can eat or not (especially bab garam). if taska is professional, mmg tak letak garam and will check with you makanan apa yg ok dengan baby.

  16. nisa Avatar

    1. saya cuma tak suke kucing yg byk kt sblh umh bb sitter ank sy.sbb sblah tu umh mak die & dapur dieorang mmg kt umh nenek tuh. Ofkos la kalau nk mkn depa ke rumah sebelah. tak suke la bau kuceng tu walaupun ank sy tak alah pd kuceng

    2. BB sitter tak support saya utk pakaikn ank CD sebab ms awl2 gune selalu bocor. tp sebenarnya ok je kalau pakaikn betol2.

    3. yg saya suke bj ank2 say sume die bersihkan walaupun sy cakap tak payah basuh. Tp die pilih pakaikan bj yg lawo2 je. Bj yg lame dan kureng menarik tu biasanya tak terusik pon.

    yg lain sume ok.

  17. rumah dijual Avatar

    bagus tw infonya,

  18. rumah dijual Avatar

    info bagus , thanx

  19. sya Avatar

    kali pertama anak luka dekat taska, diorang tak inform. terus saya call majikan taska, dan tanya. semenjak tu, tiap kali ada lebam sikit2, atau luka sikit2, diorang akan bagitau (termasuk luka yang memang sedia ada dari rumah.. hehe).

    pada saya, kalau ada ketidakpuasan hati, terus bagitau cepat2. jangan diamkan. kadang, diorang ingat benda tu biasa. jadi, kita kena sentiasa bagitau apa yang ok dan apa yang tak ok.

    tapi, kalau teruk sangat, tukar taska je lah.. jangan tunggu2… 🙂

  20. mekar Avatar

    wAH.. SERONOK baca artikel ini dan komen-komen di sini juga sangat mmbantu topik ini.
    Walaupun sya belum ada anak tp boleh syer pada sahabat2 lain juga. InsyaAllah bila ada rezeki zuriat nanti saya akan jaga sendiri anak saya. Tak perlu pengasuh2 ni. Ini permintaan suami saya. Itu sebab dia minta sya jadi surirumah jer. Tak perlu pening2 nak pikir benda remeh pasal layanan &perkhidmatan di pusat jagaan anak ni.

  21. aimi Avatar
    aimi

    Salam, boleh saya tau kak lina hantar taska kat area mn ye? thanks

  22. cek gu Avatar
    cek gu

    ni la mentaliti orang melayu..dari kecik dah ajar anak macam2 disebabkan takut tertukar,tak terjaga…tak selesa…last2 anak2 dari kecik dah selekeh,berfikiran sempit….terpaksa pakai baju2 buruk…berkongsi dgn orang lain…bersusah payah keja sana sini..htr anak sana sini…wei korang ni bodoh betul la..kita dekat malaysia ni sedikit masa lagi akan susah nk bernafas atau nk cari sesuap nasik..jgn berpeluk tubuh sahaja..style pendidikan anak2 dimalaysia telah dimanipulasikan…apa2 benda nk perfect kena berduit….sebab korang ni orang perempuan yg tak nampak apa itu arus moden..yang korang tahu beralah dan terus hidup..macam ni minda anak2 korang nk maju….ini lah malaysia…kata aman….golongan bawahan perlu dibanyakkan agar golongan pertengahan dan atasan dapat hidup senang lenang…KEMAS…semua tu adalah pertolongan utk mundurkan minda anak2 anda…manakala anak2 orang kaya tetap bijak dan pandai..tetapi dinegara2 barat..benda ini tiada bezanya….kanak2 diberi keutamaan dan khidmat professional di persekolahan mereka…mentaliti itu penting…baru diterapkan nilai2 agama…diluar rumah ketika bersiar2 ibu bapa pakaian sopan,tutup aurat,bertudung,baju berbunga2 didalam rumah..emak berkembang..rambut mengerbang…si ayah berseluar pendek..duduk mencangkung…perkara2 ini la mbuatkan mentaliti anak2 kita 10tahun kebelakang..maka lahir la generasi2 yang mundur..mereka2 inilah yang diperlukan di sektor perkilangan dan buruh paksa bila besar nanti…ubah la kerajaan sekarang yang hanya pentingkan golongan atas sahaja

  23. naz Avatar
    naz

    cekgu meroyannnn

    1. great Avatar
      great

      setuju

  24. Nejra Avatar

    hanny, i’allah… itulah, caonnt expect too much for the time being sebab dia kecik lg.. therapist tu pun ckp, once the ‘wall’ has been broken, cepat la dia catch up. so kita tungguuuu…. :)kak lia, terrorla afiq, utk std 1, cukup bagus dah tu!ps: dah dpt kan ‘cat’ tu?

  25. Mizz Hana Avatar

    Saya pun ada pengalaman baru..kali ni dgn pengasuh.. Saya tye mcm mana kaki ank saya blh trsepit dia dh marah2..ckp mcm2..dn dh x nk jaga anak saya lagi..terus minta berhenti hujung bulan ni..dah tahu nk mengasuh ddk rmh flat nk juga bela kucing…ank saya kene cakar kucing dn dia salahkan ank saya sbb kejar kucing tu..ank saya bru 1 tahun 3 bulan..apa fungsinya saya upah dia utk ank saya…saya nk tye ank2 puan semua ddk diam shja ke 1 tempat tanpa bergerak kemana2 tambahan pula dgn usia yg sdg aktif bergerak merangkak dn meniti…adeh kesian kau nak…doakn ank saya dipermudahkan urusan dn ditemukan pengasuh/taska yg baik ya…

  26. Mrs Avatar
    Mrs

    Feel free to visit my blog for my sharing 🙂
    http://mrsingenieur.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge