Apa itu SEO?

admin Avatar

Apa itu SEO? Tahu tak blog yang anda bina selama ini tak guna SEO sewajarnya? Tahukah anda SEO yang membezakan blog hebat RM1,000 sebulan dengan blog kebanyakan RM20 setahun? Ni nak bayar hosting pun tak cukup. Sebab tu blogger Malaysia stick to Blogspot or WordPress je? Apakah sebab tak tahu apa itu SEO, potensi sebenar blog anda terbantut?

SEO ni stand for Search Engine Optimization. Search Engine (SE) ni macam Google, Yahoo ataupun Bing yang membantu pengguna Internet cari maklumat. Setiap kali anda search apa-apa kat Google, akan terpampanglah pula Search Engine Ranking Position (SERP). Anda pilih la mana-mana artikel yang anda rasa menjawab persoalan anda dengan keyword yang anda search tu.

Makin tinggi ranking website ataupun blog post anda untuk sesuatu keyword, kebarangkalian untuk orang klik dan melawat your blog pun makin tinggi. Makin banyak orang klik masuk your blog, makin tinggi la impression untuk iklan Nuffnang. Makin banyak impression yang you dapat, makin masyuk la duit yang boleh cash out. Juga, jumlah orang yang klik pada iklan anda juga makin manyak wo!

Amacam?

Cukup teruja tak lepas tahu apa itu SEO?

Sebab tu di USA, webmaster sanggup membayar ratusan dollar untuk blognya dapat ranking bagus dalam SERP. Normally mereka target top 10. Paling busuk pun top 30 sebab lebih-lebih tu jarang sekali orang nak continue untuk cari maklumat. Biasanya mereka terus search pakai keyword lain. Maka tumbuhlah teknik Search Engine Marketing (SEM). Upah mereka memang mahal.

Intipati SEM ni sebenarnya menggunakan teknik SEO. Kebanyakan webmaster malas nak spend time naikkan ranking blog mereka, maka mereka pun outsource kan sahaja kepada SEM expert. I know the technique that works, sebab tu jugaklah ada yang mengupahku berpuluh/ beratus dollar untuk membantu ranking blog mereka. HeHe, ada yang sanggup menuntut?

Untuk blogger standard Malaysia, antara perkara (lebih-lebih kena bayar, HaHa) yang perlu diberikan perhatian untuk SEO,

  1. Pastikan keyword yang anda target ada dalam tajuk, keywords dan description untuk setiap blog post. Nampak mudah, tapi kurang daripada 0.5% blogger Malaysia yang buat benda ni.
  2. Pastikan keywords yang anda target diulang-ulang beberapa kali, bergantung panjang atau pendek artikel tersebut. Jangan sampai pembaca meluat sudah. Lagipun kalau banyak sangat, SE robot boleh cop artikel tu sebagai SPAM. So, hati-hati. Letaklah secukup rasa.
  3. Sentiasa update blog. Lebih kerap anda update blog, makin suka SE untuk datang ziarah dan cop blog anda sebagai sumber mklumat latest. Tak payah hari-hari pun takpe. Seminggu sekali pun cukup. Tapi, lebih kerap lebih bagus la kan?
  4. PALING PENTING, pastikan artikel anda berkualiti tinggi. Sebab ada masanya SE akan cuba letak artikel anda ranking tertinggi once-in-a-while untuk test sejauh mana artikel tersebut memenuhi citarasa pelayar Internet. Kalau mereka klik your blog then tekan butang BACK, alamatnya ranking yang anda dapat tu TAKKAN bertahan lama.

Lepas tahu SEO, anda juga kena expert keyword apa yang orang search. Kalau tak sia-sia je sibuk nak SEO kan blog tapi keyword tu takde orang search pun. Sangat-sangat membazir usaha murni anda. Tapi untuk tips cari keyword yang bagus, tunggu artikel lepas nih… Pastikan anda dah subscribe my RSS Feed supaya more tips tak tercicir.

Dah subscribe ke belom?

admin Avatar

15 responses to “Apa itu SEO?”

  1. mama faiz Avatar

    ..good infosharing..walaupun banyak lagi term2 yang kurang faham…huhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe

      takpa kak, nanti dah selalu baca entry tentang tu, biasa la nanti kan?

  2. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    aku baru panas enjin..soon may be…mrsnik’s last blog Minyak halia?..What for?…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      enjin bot ko

  3. cutezmommy Avatar

    SEO..wah macam pham2 jg la siiiiikit..but,i’m working on it..saya akan cuba berulangkali baca explaination u ni.coz i’m new here.
    Maklumla..masih banyak terms yg belum dapat difahami.
    Bagus..i’ll come again…
    Thanx..
    .-= cutezmommy´s last blog ..One Borneo in the house =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      looking forward to share more tips ya cutezmommy 🙂

      TQ!

  4. Jeng Ida Batik Art Avatar

    Artikelnya bagus…. asyik… so pengetahuan ku tentang SEO jadi bertambah. Thanks a lot, jangan pernah bosan berbagi pengalaman dan pengetahuan. Salam hangat dari kami… Jeng Ida Lasem Batik Art.
    .-= Jeng Ida Batik Art´s last blog ..Mau Kipas Cantik =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      terima kasih Jeng Ida, Insya-Allah apa yang baik kita kongsikan 🙂

      selalu2 la berkunjung ke mari 😉

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    Dulu saya dapat A+ untuk subjek komputer. Masa tu tengah buat Asasi Undang-Undang, subjek komputer wajib untuk semua. Saya study subjek komputer macam belajar subjek undang-undang. Saya hafal sebijik-sebijik, saya jawab sebijik-sebijik, macam mesin fotostat. Tu sebab saya dapat A+. Tapi hakikat sebenarnya, saya pun tak tahu apa binatang yang saya belajar tu!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pendidikan awal agama =-.

  6. GreenLava Avatar

    salam,
    SEO is no different than every other thing in life, it requires hard (and smart) work…and common sense.
    .-= GreenLava´s last blog ..Install floating social media buttons to Blogger =-.

  7. suzzsuzie Avatar

    macam tak berapa paham lagi sbb masih baru…nak kena study lebih sikit psl SEO ni….but this is such an informative blog

  8. Bujang Susah Avatar

    Nak tumpang SEOkan blog nih.. kah..kah..kah..kah..

  9. Agoestina Avatar

    Info yang memberika wawasan untuk newbie seperti saya gann..SaLam SEO ihhihih thanks atas informasinya 🙂

  10. Yati Avatar

    Mommy Lyna,

    SEO ni free tools / mcm blog juga ada yg kena byr ada yg free. Kena download software? (soklan pandai ke tak pandai ni? heheh org baruuu)..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      SEO adalah satu mekanisma, utk mencapai website yg SEO friendly boleh guna macam2 tools.. yg free ada berbayar ada. Senang cakap SEO=glamorlah, orang Google kuar first page.

Leave a Reply to Asiah Abd Jalil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge