Ibu, ratu hati semua.
Satu hari Hafiy menyanyikan lagu “… Ibu…. Ibu… Engkaulah ratu hatiku….”
Mommy : wah pandai Hafiy nyanyi.
Hafiy
sengih2)
Mommy : siapa ibu Hafiy?
Hafiy : Ibu kat school (merujuk kepada gurunya yang dipanggil ibu)
Bolehhhh taaaakkkk T_T takpe2 nanti Mommy tukar liriknya jadi Mommy engkaulah ratu hatikuuuu.





{ 2 comments… read them below or add one }
bagi tau dia mommy=ibu
Saya dulu pemilik sebuah taska di Kuantan. Untuk buka taska, banyak prosedur perlu dipatuhi, terutama wajib hadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAKK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam kursus tu, JKM tekankan, fungsi taska hanya untuk membantu ibu-ibu berkerjaya menjaga anak-anak mereka, bukan untuk menggantikan tempat ibu-ibu itu dan menjadi ibu baru buat anak-anak mereka. Justeru, pengasuh taska DILARANG membahasakan diri sebagai “Ibu” “Mama” “Mommy” “Mak” etc dengan anak-anak di taska. Sebab dah ada kajian tentang kesan negatif perkembangan psikologi kanak-kanak bila mana pengasuh membahasakan diri sebagai “Ibu” “Mama” “Mommy” “Mak” etc. Especially bila dia menghabiskan lebih banyak masa dalam sehari di taska bersama pengasuh berbanding masa di rumah bersama ibunya.
Sila semak balik, pemilik taska anak-anak Along tu dah hadiri kursus KAAKK ke belum.
.-= Asiah Abd Jalil“s last blog ..Pendidikan awal agama =-.