Ada satu masa dahulu, topik ni pernah jadi perdebatan hangat. Dan mungkin takkan habis sampai bila2.
Dalam bab memiliki anak – Kualiti atau Kuantiti?
Sabda Rasulullah “Kahwinilah wanita yang subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu berbanding umat-umat lain” (HR Baihaqi)
Dalam Islam terdapat beberapa kaedah untuk mengamalkan sesuatu perkara, salah satunya ialah melalui Fiqh Aulawiyat (Fiqh Keutamaan). Dalam fiqh Aulawiyat ini kita dibimbing untuk mengamalkan sesuatu mengikut tingkatan dan levelnya. Macam kita nak makan tengah hari, ikut adabnya ambil mana lauk yang paling dekat dengan kita. Kemudian barulah lauk2 lain. Fiqh ini mengajar kita tentang perkara2 yang utama, lebih utama dan kurang utama.
Kalau dari segi perbandingan kualiti dan kuantiti, secara jelasnya Islam mengutakan kualiti. Malah dalam beberapa ayat al-Quran, ada membuat perbandingan ini.
Contohnya dalam Surah al-Waqiah, Allah berfirman bahawa golongan as-sabiqun tu sedikit bilangannya, tapi Allah amat menyayangi mereka. Banyak ayat2 yang menyebut tentang “Kebanyakan manusia tidak bersyukur”, “Kebanyakan manusia tidak mengetahui”, “Kebanyakan manusia tidak menggunakan akal”, etc.
Dalam peperangan Badar, jumlah tentera Islam hanya 313 orang sahaja sedangkan tentera musuh seramai 1000 orang.
Malah, dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a “Seorang Muslim yang kuat lebih disayangi Allah dari seorang Muslim yang lemah”.
Jadi ternyata kualiti itu adalah lebih diutamakan daripada kuantiti mengikut pandangan Islam.
Berbalik kepada hadis yang saya sebutkan di atas sekali, ramai yang menggunakan hujah itu untuk terus beranak ramai-ramai dan mengutuk perancangan keluarga. Ini kerana kebanggaan Rasulullah pada umat baginda yang ramai.
Namun Rasulullah pasti takkan berbangga jika umatnya ramai tapi semuanya buih di lautan saja. Tidaklah Baginda berbangga sekiranya umatnya termasuk dalma golongan jahil, zalim, fasiq, bodoh, bongok, keji, jahat, perangai lagi sikit nak cecah taraf nenek jin (wah, ini sudah lebey!)… Pasti Baginda berbangga dengan umat yang berkualiti, bermanfaat, berilmu, progresif, bijak, pandai, soleh, etc.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda “Manusia itu lebih baik dari makhluk lainnya seumpama satu berbanding seribu”. Maknanya, kebaikan sorang manusia tu menyamai 1000 kali makhluk lain. Ramai, 1000 bagai, tapi sama macam sorang manusia je..
Merancang keluarga sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Jabir r.a. “Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah SAW dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda, tetapi Baginda tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut.”- Azal ialah kaedah semulajadi kawalan suami atau orang sebut ‘pancut luar’.
Imam Al-Hahamaim berpendatan azal adalah dibolehkan selagi sebabnya ialah bukan kerana takut miskin. Sekiranya sebab nak kontrol tu kes takut miskin,maka ia jadi haram.
Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa apa2 saja kaedah merancang keluarga adalah dibolehkan selagi ia tidak bersifat kekal, contohnya proses pemandulan kekal atau kasi.
Rasulullah banyak berpesan dalam bab meramaikan anak ini, supaya menjaga dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya, agar menjadi umat berkualiti.
Allah berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu”.
Ternyata keluarga itu adalah tanggungjawab kita nak menjaganya.
So tak kiralah anak ramai ke anak sikit ke, yang penting ialah anak2 itu hendaklah diasuh dan dirangsang dengan baik agar membesar sebagai individu2 yang berkualiti, bukan besar jadi peragut,penagih, pendera, pencabul, perogol dan macam2 jenis PE lagi.
Leave a Reply