An Apple A Day Keep Your Life Away

By | January 17, 2015

Sejak kecil hingga sekarang, bila nak makan epal memang satu kelecehan. Kena kupas kulitnya dulu, walaupun kulit epal sebenarnya banyak khasiat. Kenapa? Salah satunya kerana lilin (wax) pada kulit epal tu. Walaupun ada profesor yang mengatakn lilin tu tak bahaya, kerana ia diperbuat daripada bahan yang sama yang meliputi timun (timun ada wax semulajadi) tapi mana lah kita nak tahu mereka guna tu natural wax ke synthetic wax kan?

Disebabkan itu, jarang sangat makan epal. Lebih senang makan oren. Atau mangga.

Tapi sebenarnya, buah-buahan yang dibeli ni, terutama yang import ni dan tak sebaik kualiti buah yang kita tanam sendiri. Bayangkan buah-buah tu kebanyakan dipetik sebelum masak, diperam, diawet (dengan wax tu lah untuk elakkan ‘dehidrasi’)… sebelum sampai kepada kita dah macam-macam proses dilalui.

Di saat begini memang rindukan kehidupan di kampung… Dulu semua ada keliling rumah. Kalau tak ada di rumah kita, ada di rumah jiran. Di pasar pun yang jual makcik-makcik yang tanam sendiri.

Sekarang ni, semua ada di supermarket. Rupa lebih cantik… tapi umpama perempuan bermasalah kulit yang pakai make-up tebal.. no offense ya, sekadar beri contoh.

Semalam keluar news, epal dari California ditarik balik dari pasaran kerana telah menyebabkan kematian, dipercayai dicemari sejenis bakteria yakni Listeria! Macamana epal ni boleh tercemar dengan bakteria pulak? Mungkin dari tanah dan baja yang digunakan…

Simptom jangkitan bakteria Listeria ni sama juga macam keracunan makanan lain… muntah, cirit-birit, demam….

Food safety memang kita kena selalu waspada. Kalau boleh, masak sendiri di rumah. Kita tahu tahap kebersihan macamana. Nak tanam sendiri kalau orang macam saya ni.. jauh panggang dari api, hehe. Tapi bagi yang rajin, macam-macam boleh buat walaupun tanah yang terhad, ataupun tak ada tanah. Antara nak dengan tak aje.

Tapi jangan risau, epal-epal ni dah pun disekat dari memasuki pasaran Malaysia. Walau bagaimana pun, zaman teknologi ni, semua benda pun dah tercemar. Termasuklah minda kita. Naudzubillahi min zalik.

Category: World and The Universe Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “An Apple A Day Keep Your Life Away

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge