Scriptory Box menganjurkan satu event menarik pada hujung bulan ini. Event yang dimaksudkan ialah satu aktiviti untuk ibu : Mom’s Day Out! Satu hari untuk ibu-ibu keluar dari kesibukan tugas keibuan, ME time orang kata.
Event ini bukan sekadar gathering suka-suka, sebaliknya terdapat banyak aktiviti menarik dari jam 9-5 petang. Jadi ibu kena minta cuti sehari lah 😉 Bukan selalu kan, malah ibu memang tak pernah ada cuti pun T_T apa salahnya bercuti sehari untuk memanjakan diri.
Apa yang menarik dalam Mom’s Day Out?
Ada…
Breastfeeding Talk oleh Puan Farah Farhan dari Sarakids (Puan Farah ialah seorang kaunselor laktasi yang tidak asing lagi)
Cantik 24 Jam oleh Puan Yati dari Sendayu Tinggi (Puan Yati ialah anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim)
Lilitan Selendang Anggun oleh Puan Anizon dari Anizon Collection (Puan Anizon ialah bekas editor Majalah Dara.Com)
Cupcake Deco Basic oleh Puan Dilla dari Dilla’s Deli
Jom Felt Craft oleh Puan Norlie dari Sekoci Norlie
Pasti menarik bila dapat bersama-sama ibu lain, mengikuti aktiviti yang disediakan secara hands-on dan santai ini.
Setiap peserta akan diberi goodie bag berupa ECO FRIENDLY BAG dan pelbagai barangan menarik.
Pastinya satu pengalaman yang menarik bakal ditempuh oleh para peserta.
Details tentang event ini:
Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 9pagi- 5 petang (makan disediakan)
Tempat : Scriptory Box, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong
Tempat adalah TERHAD kepada 35 orang sahaja!
Yuran : RM80 sahaja
Sebarang pertanyaan atau penyertaan boleh hubungi Puan Kay di kay@scriptorybox.com
Jumpa di sana!
Leave a Reply