Aktiviti Untuk Ibu : Mom’s Day Out!

admin Avatar

Scriptory Box menganjurkan satu event menarik pada hujung bulan ini. Event yang dimaksudkan ialah satu aktiviti untuk ibu : Mom’s Day Out! Satu hari untuk ibu-ibu keluar dari kesibukan tugas keibuan, ME time orang kata.

Event ini bukan sekadar gathering suka-suka, sebaliknya terdapat banyak aktiviti menarik dari jam 9-5 petang. Jadi ibu kena minta cuti sehari lah 😉 Bukan selalu kan, malah ibu memang tak pernah ada cuti pun T_T apa salahnya bercuti sehari untuk memanjakan diri.

Apa yang menarik dalam Mom’s Day Out?

Ada…

sarakids

Breastfeeding Talk oleh Puan Farah Farhan dari Sarakids (Puan Farah ialah seorang kaunselor laktasi yang tidak asing lagi)

sendayu tinggi

Cantik 24 Jam oleh Puan Yati dari Sendayu Tinggi (Puan Yati ialah anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim)

anizon collection

Lilitan Selendang Anggun oleh Puan Anizon dari Anizon Collection (Puan Anizon ialah bekas editor Majalah Dara.Com)

dilla's deli

Cupcake Deco Basic oleh Puan Dilla dari Dilla’s Deli

sekoci norlie

Jom Felt Craft oleh Puan Norlie dari Sekoci Norlie

Pasti menarik bila dapat bersama-sama ibu lain, mengikuti aktiviti yang disediakan secara hands-on dan santai ini.

Setiap peserta akan diberi goodie bag berupa ECO FRIENDLY BAG dan pelbagai barangan menarik.

Pastinya satu pengalaman yang menarik bakal ditempuh oleh para peserta.

Details tentang event ini:

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 9pagi- 5 petang (makan disediakan)
Tempat : Scriptory Box, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Tempat adalah TERHAD kepada 35 orang sahaja!

Yuran : RM80 sahaja

Sebarang pertanyaan atau penyertaan boleh hubungi Puan Kay di kay@scriptorybox.com

Jumpa di sana!

admin Avatar

4 responses to “Aktiviti Untuk Ibu : Mom’s Day Out!”

  1. sya Avatar

    Seronot tue.. Patkal jek mak jauh nun disini.. 😀

    Anyway, have a great time.. 😉

  2. ummu Avatar
    ummu

    assalamualaikum Mommy Lyna
    wah bestnya.macam2 ada ..
    Bicara hati Ibu
    Jurnal kehidupan

  3. nadiea Avatar
    nadiea

    alamak… besh nyer kalo dpt join kan??? tp rasanyer date yg sgt critical utk keje sy… last week utk submission!!! haha tgk keadaan… kalo ok, sy nak sgt join!!! 😉

  4. mommy icha Avatar

    hadha dah daftar! jenuh nak minta permission hubby ~ last2 hadha cakap ” sayang nak bersosial .. nak jumpa kawan-kawan sayang.. bosan asyik terperap kat rumah je. kalau keluar pun pi shopping, ataupun pi balik rumah mak abang” ~ semoga mendapat ilmu yg bermanfaat nanti kalau tak membebel buah hati sorang tu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge