Aktiviti di Scriptory Box Minggu Ini

admin Avatar

1. Airashii Mummy Kawaii Putri di-postpone hingga ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kelak. Terdapat perkara mengejutkan lagi breaking news yang berlaku, tapi saya tak boleh reveal lagi πŸ˜€

Satu lagi sebabnya ialah kami sekarang telah mengambil keputusan untuk revamp Bling Buubies dan membuka lebih banyak range dari Bling Buubies Petite (untuk small size) dan Bling Buubies Selesa (untuk big size). Bling Buubies akan available dalam bentuk (bentuk?) dress, jubah, blouse, kebaya, selain baju kurung untuk ibu-ibu menyusu.

Bagi ibu-ibu menyusukan anak yang masih tercari2 baju raya, bolehlah lawati http://blingboutique.biz untuk melihat koleksi kurung menyusu Bling Buubies.

2. Chit Chat Cloth Diapers bersama otai CD iaitu Puan Hanz akan diadakan pada hari Ahad 8 Ogos 2010 dari jam 4-6 petang. Saya pun tak sabar nak sertai memandangkan anak2 saya masih memakai disposable diapers. Mungkin masanya nak tukar ke CD? Tunggu stok MamyPoko habis dulu LOL.

Minggu depan dah mula berpuasa tapi aktiviti tetap jalan!

Kelas Fotografi bersama Adinang, insya-Allah akan dimulakan pada Ramadhan nanti.

Puan Zam juga bakal mengendalikan kelas baking/deco untuk sekeluarga dalam bulan puasa ini.

Scriptory Box (yang juga menempatkan Bling Boutique) tu memang setiap masa pintunya tertutup (sebab pintu cantik πŸ™‚ ) jadi sesiapa yang datang atau nak datang boleh hubungi Puan Kay di talian 016-3222760.

Di tingkat atas juga menempatkan Genius Baby Resources.

Sesiapa yang nak cuci kereta ada di tingkat bawah (ground floor).

πŸ™‚

Kak Non tanya kenapa saya buat semua ni. Jawapannya sebab saya sukaaa. Bila kita sukakan sesuatu, dan ada passion terhadapnya, walaupun orang lain nampak impossible, tapi kita akan boleh melakukannya! Kawan2 saya ramai yang hairan, katanya “kau ni ada masa ke nak buat semua2 ni. dah tu suka beli buku, ada masa ke nak baca? aku kat rumah memang tak boleh nak buat apa2, attend family je”.

Kalau nak diikutkan, memang saya tak boleh nak buat apa2. Anak2 saya setiap masa nak berkepit. Sekarang pukul 3.30 pagi, Hafiy masih belum tidur lagi sebab saya tak tidur.., anak2 biasanya tidur bila saya tidur. Tapi, kalau nak difikirkan alasan, semua benda pun tak boleh buat. Give result or give excuse.

Disebabkan aktiviti esok dah postpone, maka kami sekeluarga menukar rancangan untuk makan seafood di Umbai, Melaka πŸ™‚

*Mode excited.

admin Avatar

3 responses to “Aktiviti di Scriptory Box Minggu Ini”

  1. amirah Avatar

    slmt dtg ke negeri melaka lyna..ewahhh..best jugak kat umbai tu..dh lama tak pegi..enjoy ur weekend..
    .-= amirahΒ΄s last blog ..Jadual Mengepam di Pejabat =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jom pegi sekali

      Ehehehe

  2. nuzula Avatar

    Kalau nak tunggu stok mamy poko abis, mgkin fahry pun dah potty-trained.. hehe.. anak no. 3 nanti la lyna, blh stat pakai CD.. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge