Akhirnya, Cek RM79,896.84 Dah Sampai!

by Mommy Lyna on February 17, 2010 · 31 comments

Maafkan saya kerana tajuk di atas adalah tidak benar (amin kan saja semoga ianya benar). Adakah anda klik ke blog ini kerana tajuk tersebut? Oh maknanya ia memang ‘catchy’. Tapi, jangan selalu buat begini di blog anda, nanti lama2 akan jadi macam kisah budak pengembala kambing dengan serigala.

Menyoroti kisah budak gembala kambing:

Seorang budak gembala bernama Jehan Miskin (bukan nama sebenar) yang boring menjaga kambing2 tuannya, berfikri bahawa alangkah bestnya kalau dia buat sesuatu yang merapu. Lalu beliau mendapat idea yang konon bestlah pada pemikiran beliau yang singkat itu.

Jehan lalu pergi ke kampungnya dan berteriak “tolong! tolong! Serigala nak makan kambing aku!!!”

Maka orang2 kampung berlari-lari dengan laju sekali ke padang ragut untuk menghalau serigala terbabit. Tiba di sana, hanyalah kelihatan geng-geng kambing dah Shaun The Sheep sedang meragut dengan aman damai.

“Mana serigalanya?” Tanya seseorang.

Jehan ketawa terbahak2. “Hahahaha, korang kena tipu! Mana ada serigala. hahahah, lawak betul lah”.

Maka orang kampung pun pulang dengan perasaan tak puas hati.

Esok lusanya pun Jehan membuat perkara yang sama…

Hinggalah pada suatu hari, benar2 ada serigala yang datang menyerang kawanan kambingnya. Jehan dengan cemas pergi meminta pertolongan.

“Blah la kau Jehan. Jangan ingat nak main2kan kami lagi” kata seorang pakcik.

“Ntahnye. Dia ingat kita ni bangang macam dia ke” tambah seorang brader.

Akhirnya Jehan kembali ke padang ragut dengan keadaan kecewa…

Begitulah sedikit sebanyak. Jadi, jangan amalkan membuat tajuk gempak tapi isinya hampeh. Mungkin kawan2 kita tak kisah, tapi kita ada ramai lagi blog readers yang kita tak kenal. Mereka inilah yang menyumbang trafik dalam blog kita. Bayangkan kalau mereka ni dah bosan lalu dah malas nak datang blog kita..

Tajuk yang catchy memang penting, tapi jangan sampai terlalu nak catchy hingga sanggup menipu pembaca (terkecuali peminat setia blog/penulis blog. Mereka ni mungkin tak kisah janji ada cerita). Biarlah isinya juga catchy dan berbaloi untk dibaca oleh visitor2 baru terutama yang datang dari search engine.

Tapi.. saya memang betul2 dapat sesuatu yang lebih bernilai dari cek RM 79,896.84 tu.

Ini lah dia… anak saya Fahry dah mula tolak walker tanpa bantuan! (gambar ni diambil 2 minggu sudah).

start nak jalan

Mari kita mulakan

jalan jalan

Check dulu pastikan semuanya OK

mari jalan

Dah Ok baru boleh mula jalan

jalan kaki

Yeahhhh itu diaa

jalan tanpa batasan

Sumpah memang takde orang tolong

jalan lagi

Bestnya boleh jalan sendiri

duduk penat

Penat dah. Rehat la jap.

Syukur kepada Allah. Fahry memang istimewa dan tabah hati. Allah datangkan dia dengan rezeki yang mencurah2.

{ 31 comments… read them below or add one }

mirah February 17, 2010 at 8:10 am

oh sungguh happy dengar perkembangan fahry… well done fahry!

Reply

Mommy Lyna February 17, 2010 at 4:20 pm

alhamdulillah. memang tak penah sangka dia boleh catch up :D

Reply

Nuha February 17, 2010 at 8:45 am

saya selalu dtg blog MommyLyna ni…
silent reader now not silent anymorehe
good n knowledgeable

Reply

Mommy Lyna February 17, 2010 at 4:21 pm

TQ nuha for not being silent anymore :)

your blog is rather good n knowledgeable too!

Reply

anasfadilah February 17, 2010 at 8:58 am

cis,tertipu..hahah

fahry,bergaya sunggu menolak walker itu..

duduk rehat pun penuh gaya..

lepas ni berlari terus fahry,biar mommy kamu penat tak larat kejar kamu..hahah

Reply

Mommy Lyna February 17, 2010 at 4:22 pm

makcik jeles la tu
jeles la tu fahry hensem

wakakkakaa

Reply

harlinda February 17, 2010 at 8:59 am

fahry yg comeyl…fahry mmg bagus..auntie akan sentiasa doakan fahry…comeyl je rupe die tolak walker tu… =)
.-= harlinda´s last blog ..BREASTFEEDING CAR STICKER IS NOW AVAILABLE! ORDER CEPAT!!! =-.

Reply

Mommy Lyna February 17, 2010 at 4:23 pm

thanks aunty

nanti Fahry jalan2 depan aunty plak ;)

Reply

lin February 17, 2010 at 9:03 am

chaiyok fahry!!! so cute..fahry memang istimewa…seronok dia dpt berjalan..lepasni jenuhla mommy nak kejar fahry. :)

Reply

DNNA February 17, 2010 at 9:07 am

Alhamdulillah :)

Lepas ni Fahry berlari pulak ya, nak :)
.-= DNNA´s last blog ..Pesanan penaja =-.

Reply

m0mmyofTRIPLETSplusONE February 17, 2010 at 9:58 am

alhamdulillah, im happy for u too =)

Reply

Fid February 17, 2010 at 9:58 am

kasi kejung urat aku! kalau dapat 79k leh beli server hosting!!!

fahry!Gambare!!!

Reply

ibu emir February 17, 2010 at 10:28 am

ha ah, Fahry is amazing..

Reply

ummi salsabila February 17, 2010 at 11:00 am

wah,entry gemapak btol! hhehe.good job fahry!! alhamdulillah..
.-= ummi salsabila´s last blog ..Saya sudah hilang semangat dengan breastfeeding =-.

Reply

YatieJay February 17, 2010 at 11:36 am

Tahniah Fahry!!!

p/s : akhirnya dapat “terjumpa” in person secara tak sengaja kat ikea hari tu……aunty sangat teruja!!!! ; )

p/ss : Lyna, sorry lah kalau tegur gitu2 aje sebab saya adalah sangat segan nak berbual panjang..heheheee…

Reply

Nur February 17, 2010 at 11:36 am

entry yg gempak..tp model yg last tu mmg memberi inspirasi!
Kelaaasssss…go go go fahry!
.-= Nur´s last blog ..Cuti CNY Saya Dah Bermula Semalam… =-.

Reply

wan anie February 17, 2010 at 12:19 pm

haha masa nak klik dah agak dah n mesti tipu… tapi sy klik juga nak tahu apa citer sebenarnya… :D

well done fahry!
.-= wan anie´s last blog ..Perlu Susukan Bayi Dengan Susu Ibu =-.

Reply

dbalkis February 17, 2010 at 12:38 pm

Hahaha..Dah agak dah heading entry yang catchy..tapi takpe, mmg selalu berjalan2 ke sini pun. apa cerita ku baca juga.tahniah again to Fahry..
.-= dbalkis´s last blog ..Part II – Bila Si Kecil Balik Kampung =-.

Reply

Lana February 17, 2010 at 12:49 pm

so terharu fahry akhirnya dah pandai berjalan!!! *clap*100x!!

Reply

Hanz February 17, 2010 at 12:51 pm

sob sob..tetiba syahdu lak tengok aksi fahry itu & …sedih jugak sebab tipah tertipu!!! waa..kalu idak nak suh lyna belanja makan sedap2!! huhu..
.-= Hanz´s last blog ..TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever! =-.

Reply

azzamoro February 17, 2010 at 1:52 pm

mommylyna, berita fahry dah berjalan tolak walker adelah lebih bernilai dari cek berjuta-juta kan..

p/s wish jugak dapat nilai RM macam tu. keke
.-= azzamoro´s last blog ..penjaga ketika dalam pantang =-.

Reply

izzah February 17, 2010 at 2:48 pm

hehehe..tajuk tak boleh tahan..

tahniah fahry!
.-= izzah´s last blog ..Raziq Akmal – 1st Year =-.

Reply

Along February 17, 2010 at 3:26 pm

Tipah terpipu bang, Tipah tertipu!!

Hahahha…rupanya nak tunjukkan perkembangan latest si Fahry. Ok la, tepuk tangan jugak sebab anak bujang tu dah mencapai satu lagi milestone utk dirinya.

Clap, clap, clap!! Bravo Fahry!!

Reply

fatin February 17, 2010 at 3:49 pm

wow.. m so proud fahry dh bole jln!!

syabas to parents n the big bro, hafiy for the continuos support and for being brave all the time for fahry! u guys rock!!

Reply

aidie February 17, 2010 at 9:05 pm

Tipah tertipu tertipu tipah..kalu dpt cek itu harus ku berhenti kerja office :)
.-= aidie´s last blog ..Balik kampung =-.

Reply

eliss February 18, 2010 at 8:31 am

hebat laa fahry!! cayalah…me selalu buat tajuk gempak2.jahat rupanya me ni..lepas ni tak mo laa nak buat tajuk gempak2..hahahahahaha
.-= eliss´s last blog ..Twinky Winky Stars Diaper Cupcakes Giveaway! =-.

Reply

sue February 18, 2010 at 1:56 pm

kat ner beli walker tu ek. berkenan plak
.-= sue´s last blog ..Tag dari L@n@ =-.

Reply

Mommy Lyna February 18, 2010 at 2:17 pm

oh kitorang beli ni kat Toy’s World. Brand V-Tec. ada benda musical bunyi2 kat depan dia tu tp dah rosak :)

Reply

Maz February 19, 2010 at 9:33 am

Alhamdulillah,
Fahry memang baby yang hebat.

Reply

neroecha February 20, 2010 at 2:09 am

Bikin gempak ko ekk..alhamdulilah fahry caya ler..nak nangis autie tgk ko btatih gitu…teruskan usaha

Reply

sWeEtdARLinG February 20, 2010 at 12:54 pm

Tajuk gempak macam ni memang kalau kat blog yang kita baru nak mesra2, akan betul2 jadi macam gembala kambing…

boleh buat, tapi tak boleh amalkan selalu… betul tak? sesekali nak bergurau senda dengan readers, tak ada salahnya….
.-= sWeEtdARLinG´s last blog ..[Coret] Ngamuk =-.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm