Dalam dunia ni, ada orang terpilih yang Allah tidak kurniaan cahayamata, ada orang yang Allah kurniaan ramai anak, ada orang anaknya sikit, ada orang anak-anaknya selang bunga, ada orang anak-anaknya dominan satu jantina dan ada orang anaknya cuma satu jantina saja.
Apa pun itu semua adalah dalam pengetahuan Allah, pasti ada hikmah yang kita tak tahu.
Alhamdulillah, saya dikurniakan 3 orang anak. Semuanya lelaki. Kadang-kadang terasa juga nak pakaikan baju gaun comel-comel pada anak sendiri, tapi apakan daya…
Walau bagaimana pun, semuanya ada kelebihan masing2. Apa kelebihan mak beranak lelaki semuanya?
1. Tak perlu pening kepala jadi hair stylist.
Budak lelaki, paling-paling pun gondolkan je. Nak buat rambut fesyen2 pun nanti langgar peraturan sekolah. Lepas mandi, tak sikat rambut pun tak apa (gondol-style).
2. Bajumu bajuku jua
Budak lelaki tak kisah tukar-tukar baju. Abang pakai baju adik, adik pakai baju abang, takde hal punya.
3. Cepat bersiap bila nak keluar
Tak payah ikatkan rambut, tak payah pilih-pilih riben (tudung kalau dah besar), tak payah cari-cari aksesori… Nak keluar? Jom! Paling-paling pun minta semua buang air & gantikan lampin je.
4. Tak ada drama “Mami boleh je”
Bila dah ada keluar “Mami boleh je”, sudah tersedia jawapan yang tak mampu diputar-putar lagi… —> “Mami girl, awak boy.”
5. Barang mainan lebih realistik
Main lego buat lori, buat kapal terbang, buat rumah… Bila jalan-jalan boleh tunjuk kat dia “Tengok tu, lori yang awak buat tadi…” menarik kan? Bila dia tengok objek, dia boleh balik lukis dan bina.
Kalau budak perempuan? “Tengok tu, Elsa tengah lintas jalan tuu!” huh.
6. Lebih banyak ruang di rumah
Bila dah semua anak sama jantina, tak perlu asingkan bilik mereka. Boleh sumbat semua satu bilik. Bilik-bilik lain pun boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain lagi.
7. Tiada persaingan
Menjadi the leading lady of the house… fuh memang heaven. Tak ada perempuan lain dalam rumah. Barang kemas ke, barang mekap ke, tak ada siapa yang kacau. Ingat masa kecik-kecik suka korek barang-barang mak, tapi barang kita, tak ada siapa nak korek. Budak2 lelaki ni bukannya suka benda-benda girlish ni. Kaler pink pun diorang anti 😀
8. Rumah bersepah?
Enough said.
Jangan marah ye.. entry ni suka-suka je 🙂
Apa-apa pun kita kena selalu bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita… Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Orang lain, rezekinya lain, kita pula rezekinya lain.
Sama-sama kita saling mendoakan semua orang dimurahkan rezeki, disempurnakan iman.
Siapa yang tak mahu anak-anak… siapa yang tak mahu anak-anak lelaki dan perempuan.., tapi kalau itu yang Allah tak suratkan yang terbaik untuk kita, maka terimalah suratan itu sebagai yang terbaik.
Moga-moga yang datang pada kita semua yang baik-baik aje.
Leave a Reply