admin Avatar

Saya menerima email dari Puan L bertanyakan tentang bisnes sambilan yang boleh dibuat oleh ibu atau wanita bekerja. Saya kongsikan pendapat saya di sini juga, mungkin boleh memberi manfaat kepada pembaca blog saya 🙂

Idea Untuk Bisnes Sambilan:

1. MENJUAL BARANG YANG SUDAH DIGUNAKAN (PRELOVED ITEMS)

Kalau biasa menonton filem berbahasa Inggeris untuk kanak-kanak, kadangkala ada adegan anak-anak kecil ini menjual barangan yang sudah dipakai di depan rumah mereka yang dipanggil ‘garage sale’. Kita juga boleh membuat benda yang serupa dengan menjual barangan yang sudah digunakan tetapi masih elok seperti pakaian, buku, handphone, dan sebagainya.

Boleh jual kepada rakan sepejabat, jiran, atau secara online samada di blog sendiri, FaceBook, atau laman jualan seperti Lelong, Mudah dan sebagainya.

2. PENDAPATAN SAMBILAN DARI BAKAT ATAU HOBI

Ada orang suka mengambil gambar, dan menjadi jurugambar sambilan. Ada yang suka menjahit dan menjual hasil jahitannya. Ada yang suka membuat kek, dan kemudian menjualnya. Ada yang suka menulis, dan boleh menjana pendapatan dari penulisan blog atau menjadi penulis buku. Pendekata, 2 dalam 1- sambil seronok ‘mengerjakan’ hobi, sambil menjana pendapatan.

3. JADI GURU TUISYEN SAMBILAN

Ramai rakan saya melakukan ini – menjadi guru tuisyen. Biasanya mereka memberi tuisyen secara peribadi di rumah-rumah mereka yang memerlukan tuisyen atau kelas tambahan. Cuma 2-3 jam seminggu, atau kalau ada masa boleh buat setiap malam.

4. MENJADI SEORANG BLOGGER

Blogger boleh jana pendapatan sambilan? Ya, dengan adanya pelbagai perkhidmatan iklan menerusi internet seperti Google Adsense, Nuffnang,Innity (sekadar menyebut beberapa nama); dan juga sistem affiliate, seorang blogger boleh meraih pendapatan yang lumayan.

5. BISNES MLM

Walaupun sering dilanda kontroversi, namun ternyata MLM atau multilevel marketing atau juga dikenali sebagai network marketing merupakan satu cara bisnes yang amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan, dan mereka yang tak cukup masa. Ini kerana sistem sokongan atau support system yang dibekalkan oleh upline dalam MLM. Namun.. Hati2 jangan terjebak dalam MLM yang haram mahupun yang haram jadah.

6. MENJADI BABY SITTER/PENGASUH

Sesetengah orang memiliki waktu kerja yang tidak tentu, dan ada ibu bapa yang perlu outstation. Anda boleh mengambil upah menjaga anak-anak mereka ni, terutama yang adhoc perlukan seorang pengasuh. Tapi pastikan anda pun tak sibuk dengan anak sendiri lah 😀

7. MENJADI DROPSHIPPER

Istilah dropship ialah bila kita memasarkan sesuatu produk, tanpa perlu menyimpan stok dan menghantarnya kepada pelanggan. Peniaga yang menawarkan dropship akan menghantar barangan kepada pelanggan, kita hanya perlu membuat pemasaran dan diberi komisen.

8. BERNIAGA DI PASAR TANI/PASAR PAGI

Pasar tani atau pasar pagi biasanya diadakan pada hari minggu, pada sebelah pagi. Jadi anda cuma perlu beberapa jam untuk menjalanksn perniagaan setiap minggu, dan mungkin sedikit persediaan pada hari/malam sebelumnya.

Jadi, bisnes sambilan mana satu untuk dipilih? Seharusnya ia bergantung kepada sumber dan keupayaan diri sendiri. Jangan terlalu dipengaruhi orang lain kerana kebolehan dan masalah kita semua tidak sama. Tapi tidak sekali-kali menjadi kesalahan untuk menjadikan seseorang yang berjaya sebagai contoh ikutan dan idola serta sumber inspirasi. Malah sangat bagus untuk terus menjadikan kita bersemangat dan terus termotivasi.

Paling bagus, pilihlah bisnes yang kita suka, dan jangan jadikan WANG sebagai punca motivasi yang utama. Pengalaman dan pengajaran yang dapat kita kutip sepanjang perjalanan itu lebih mahal harganya.

Ikuti tips seterusnya tentang bisnes dan kerja sambilan yang boleh dibuat secara online menerusi internet.

Selamat ber-bisnes sambilan!

admin Avatar

8 responses to “8 Idea Bisnes Sambilan”

  1. Mama Syabil dan Rania Avatar

    Salam… 🙂

    Suka baca entri2 Mommy Lyna yang memberi semangat camnih… heh… 😀

  2. sohomamas Avatar

    Ermm…Idea Yang bernas tu…I like…
    dari 8 idea tu ,3 idea je yang belum pernah saya cuba buat…
    dan yang paling menjadi feveret saya idea No 2, No 4 dan No 7,

    1. Rai Avatar

      betul sekali..jangan jadikan wang sebagai motivasi utama..nanti buat kejap tak nampak duit terus give up..ramai org silap bab ni..contoh macam blogging..mmg awal2 payah nak nampak duit..sampai la kita develop diri kita dengan kaedah jana trafik, dapatkan ramai kawan etc..hehe..

      1. zura Avatar
        zura

        salam..tips2 yang sgt best utk dikongsi. satu lagi boleh buat side income…buat kuih letak kat warung…atau jual kat opis contohnya cam sandwich ker, keropok ke, yg senang2 je la. blh prepare time awal pg pastu bwk pg opis letak jer kt pantry. mula2 mmg x berapa laku. tp lama2 kalau sesekali termiss buat kuih dah ada yg tanya ‘ xde apa2 ke ari ni?’…so lama2 seronok la kan..(berdasarkan pengalaman sendiri)..x banyak dapat sikit pon okey la kan..janji hari2 ada duit masuk..banyk ke sikit bukan masalahnye..yg jd masalahnya nak ke x nak buat…hehe…

  3. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    menarik…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha sori ini cuma testing saja. takde keje puji entry sendiri 😛 maklumlah blog baru pulih

  4. irwan Avatar

    salam,,nak tanya…saya kira boleh la melukis potret,…lau saya nak promote online macam mane ea…..n satu lagi,mlm apa yang paling ok,…..terima kasih

  5. Master Shaklee Avatar

    ya betol, macam2 cara boleh buat duit sekarang ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge