Saya menerima email dari Puan L bertanyakan tentang bisnes sambilan yang boleh dibuat oleh ibu atau wanita bekerja. Saya kongsikan pendapat saya di sini juga, mungkin boleh memberi manfaat kepada pembaca blog saya 🙂
Idea Untuk Bisnes Sambilan:
1. MENJUAL BARANG YANG SUDAH DIGUNAKAN (PRELOVED ITEMS)
Kalau biasa menonton filem berbahasa Inggeris untuk kanak-kanak, kadangkala ada adegan anak-anak kecil ini menjual barangan yang sudah dipakai di depan rumah mereka yang dipanggil ‘garage sale’. Kita juga boleh membuat benda yang serupa dengan menjual barangan yang sudah digunakan tetapi masih elok seperti pakaian, buku, handphone, dan sebagainya.
Boleh jual kepada rakan sepejabat, jiran, atau secara online samada di blog sendiri, FaceBook, atau laman jualan seperti Lelong, Mudah dan sebagainya.
2. PENDAPATAN SAMBILAN DARI BAKAT ATAU HOBI
Ada orang suka mengambil gambar, dan menjadi jurugambar sambilan. Ada yang suka menjahit dan menjual hasil jahitannya. Ada yang suka membuat kek, dan kemudian menjualnya. Ada yang suka menulis, dan boleh menjana pendapatan dari penulisan blog atau menjadi penulis buku. Pendekata, 2 dalam 1- sambil seronok ‘mengerjakan’ hobi, sambil menjana pendapatan.
3. JADI GURU TUISYEN SAMBILAN
Ramai rakan saya melakukan ini – menjadi guru tuisyen. Biasanya mereka memberi tuisyen secara peribadi di rumah-rumah mereka yang memerlukan tuisyen atau kelas tambahan. Cuma 2-3 jam seminggu, atau kalau ada masa boleh buat setiap malam.
4. MENJADI SEORANG BLOGGER
Blogger boleh jana pendapatan sambilan? Ya, dengan adanya pelbagai perkhidmatan iklan menerusi internet seperti Google Adsense, Nuffnang,Innity (sekadar menyebut beberapa nama); dan juga sistem affiliate, seorang blogger boleh meraih pendapatan yang lumayan.
5. BISNES MLM
Walaupun sering dilanda kontroversi, namun ternyata MLM atau multilevel marketing atau juga dikenali sebagai network marketing merupakan satu cara bisnes yang amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan, dan mereka yang tak cukup masa. Ini kerana sistem sokongan atau support system yang dibekalkan oleh upline dalam MLM. Namun.. Hati2 jangan terjebak dalam MLM yang haram mahupun yang haram jadah.
6. MENJADI BABY SITTER/PENGASUH
Sesetengah orang memiliki waktu kerja yang tidak tentu, dan ada ibu bapa yang perlu outstation. Anda boleh mengambil upah menjaga anak-anak mereka ni, terutama yang adhoc perlukan seorang pengasuh. Tapi pastikan anda pun tak sibuk dengan anak sendiri lah 😀
7. MENJADI DROPSHIPPER
Istilah dropship ialah bila kita memasarkan sesuatu produk, tanpa perlu menyimpan stok dan menghantarnya kepada pelanggan. Peniaga yang menawarkan dropship akan menghantar barangan kepada pelanggan, kita hanya perlu membuat pemasaran dan diberi komisen.
8. BERNIAGA DI PASAR TANI/PASAR PAGI
Pasar tani atau pasar pagi biasanya diadakan pada hari minggu, pada sebelah pagi. Jadi anda cuma perlu beberapa jam untuk menjalanksn perniagaan setiap minggu, dan mungkin sedikit persediaan pada hari/malam sebelumnya.
Jadi, bisnes sambilan mana satu untuk dipilih? Seharusnya ia bergantung kepada sumber dan keupayaan diri sendiri. Jangan terlalu dipengaruhi orang lain kerana kebolehan dan masalah kita semua tidak sama. Tapi tidak sekali-kali menjadi kesalahan untuk menjadikan seseorang yang berjaya sebagai contoh ikutan dan idola serta sumber inspirasi. Malah sangat bagus untuk terus menjadikan kita bersemangat dan terus termotivasi.
Paling bagus, pilihlah bisnes yang kita suka, dan jangan jadikan WANG sebagai punca motivasi yang utama. Pengalaman dan pengajaran yang dapat kita kutip sepanjang perjalanan itu lebih mahal harganya.
Ikuti tips seterusnya tentang bisnes dan kerja sambilan yang boleh dibuat secara online menerusi internet.
Selamat ber-bisnes sambilan!
Leave a Reply