Ziarah Kota Madinah

admin Avatar

Kota Madinah, juga digelar Kota Bercahaya, adalah salah satu Tanah Haram. Bumi yang diberkati. Tempat di mana Rasulullah SAW dan umat Islam berhijrah dari cengkaman musyrikin Mekah.

Di Kota Madinah Islam mulai berkembang, dan si situ juga Rasulullah wafat.

Kami ziarah ke Madinah dahulu sebelum mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Jadual memang sangat padat, yang pastinya lawatan ke tempat bersejarah di Madinah adalah benda wajib untuk dilaksanakan.

Antara tempat menarik di Madinah yang kami kunjungi adalah Jabal Uhud, Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Ladang kurma dan pasar kurma.

Jabal Uhud atau Bukit Uhud adalah lokasi di mana terjadinya Peperangan Uhud, yang menyaksikan syahidnya Saidina Hamzah Asadullah, yang hatinya dimakan oleh Hindun.

Di sini, kubur para syuhada’ uhud iaitu Perkuburan Baqi’ boleh kita ziarah.


Ada satu dinding menceritakan bagaimana Perang Uhud berlaku. Perang Uhud ini salah satunya adalah memberi pengajaran untuk taat kepada pemimpin dan jangan tamak dengan fatamorgana.


Itulah yang terjadi kepada kumpulan pemanah di Jabal Romah (bukit pemanah). Bila Allah menjadikan mereka lupa dan lalai akan Pesanan Rasullah dan berebut2 turun mengambil harta rampasan perang, masa itulah musuh datang.


Jabal Romah adalah bukit kecil yang ramai orang panjat tu. Kami pun ambil peluang panjat juga tapi disebabkan saya mempunyai ketidakyakinan diri yang tinggi, maka duduk di lereng saja 😀

Ladang kurma yang kami kunjungi ni rasanya persinggahan wajib mana2 jemaah.


Kunjungan pertama dulu saya tak ke sini, sebaliknya ladang kurma yang lebih jauh dan pokok2 yang rendah. Petik guna tangan je. Tapi ladang ni pokoknya tinggi 🙂

Orang kata jangan shopping kurma kat sini, mahal. Shopping di Pasar Kurma.

Oleh itu kami membeli kurma ajwah di Pasar Kurma. Harga yang diberi (di ladang & pasar) 80 riyal sekilo, lepas tawar dapat 50 riyal sekilo.

Kemudian melawat masjid-masjid di Madinah. Masjid Quba’, yakni masjid yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat dalam perjalanan ke Madinah. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah Islam. Begitu besar fadilat bersolat di Masjid Quba’ sebagaimana sabda Rasulullah,

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).


Seterusnya kami ke Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat di mana Rasulullah mendapat perintah untuk menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.

Aktiviti lain seperti melontar di pelbagai ‘jamrah’ yang ada di kota Madinah tak payah ceritalah. Hehe. Banyak sangat kedai dan kompleks beli-belah untuk melaksanakan pelontaran… Ehhh aktiviti sampingan je tau. Jangan pulak asyik shopping sampai teralih niat. Ingat, innamal a’malu binniah 🙂

OK sampai sini dulu, nanti saya sambung tentang misteri masjid Nabawi. Tunggu…..!

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Ziarah Kota Madinah”

  1. eliss Avatar

    seronoknya… selalu duk dengar cerita abah ngan ma ajer..bila laa nak sampai ni.

  2. Hasnul Mutawif Avatar

    Menarik menarik. Dapat gambaran kasar perjalanan umrah.

    Meamng bagus dapat pakej umrah terbaik ni ya.

    Pergi dengan keluarga pula tu

    Sempat solat di dalam kawaasn Raudhah dalam Masjid Nabawi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge