Customer is Always Right!

admin Avatar

Di bawah ni adalah kisah benar yang ditokok tambah untuk sedapkan jalan cerita 🙂

Kisahnya seorang client yang tak puas hati sebab sejak seminggu makan set penjagaan kulit, mukanya bertambah banyak naik jerawat.

Seperti biasa saya akan consult dulu kerana perkara ni harus diatasi secara holistik.

Saya akan tanya tentang berapa kuantiti air yang diminum, gaya hidup, apa yang dimakan, dsb.

Sebaliknya client tersebut melemparkan kata2 “Awak tak habis2 nak salahkan saya. Produk awak ni yang tak bagus!”

“Saya tak cakap apa2 pun, cik. Saya cuma tanya adakah cik minum air masak 3L sehari seperti yang disarankan. Minta cik jawab soalan saya dulu” balas saya.

“5-6 gelas je sehari… Mana larat nak minum banyak-banyak” jawabnya.

Seperti yang saya jangka, memang ramai ambil mudah tentang minum air masak ni.

“Cik kena jugak minum air lebih banyak. Kan saya dah terangkan tentang healing crisis, etc”

“Awak jangan salahkan saya lagi. Produk ni memang tak bagus”

“Saya bukan salahkan cik, tapi ni memang rule of thumb dia Cik. Semua benda ada aturan dia” terang saya.

“Customer is always right!”


Saya nak cerita tentang customer is always rightni.

Setakat yang saya jumpa orang2 semua ni… Takde lagi yang saya temui betul2 tahu definition ‘customer is always right’. Yang ramai duk faham dan praktik ialah – customer boleh suka2 hati dia nak marah seller ke, mintak diskaun ke, complaint ikut sedap mulut ke, nak seller hantar barang SEKARANG JUGA ke…

Tahukah tuan2 dan puan2, ada ketikanya perkara2 yang kita sebagai pengguna lakukan ada yang menzalimi peniaga.

Customer is always right bukan maksudnya kita sebagai customer boleh claim macam2 (yang tak patut) dengan penjual… Tak… Itu salah.

Customer is always right maksudnya customer ada right (hak) untuk DAPAT BARANG/SERVIS YANG DIA NAK, bukan ada hak nak perlakukan sesuka hati pada penjual.

Contoh CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT YANG SALAH

-i-
Customer : Saya nak beli barang ni
Seller : Baik cik, RM50
Customer : Mahalnya! RM30 dah lah!
Seller : Ish tak boleh lah cik, tak balik modal saya..
Customer : Mana boleh, customer is always right.

-ii-
Customer : Saya nak awak hantar barang ke rumah saya sekarang.
Seller : Maaf cik, saya tak buat delivery. Pickup boleh.
Customer : Saya minta ni awak kena buat lah, customer is always right.

Contoh CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT YANG BETUL

-i-
Customer : Saya nak yang hijau
Seller : Tapi biru cantik lagi kak
Customer : Ya, tapi saya nak yang hijau. Customer is always right.

-ii-
Customer : Saya nak ayam gred C
Seller : Gred A la kak, bagus
Customer : Saya taknak gred A, saya nak gred C. Customer is always right.

-iii-
Customer : Saya nak ayam
(Seller bagi ikan)
Customer : Apa ni, saya nak ayam bukan ikan
Seller : Alah apa salahnya sama je ayam ke ikan ke
Customer : Saya nak ayam, bukan ikan. Customer is always right.

Nampak tak perbezaan? Kalau tak nampak cuba baca banyak2 kali, kalau tak nampak jugak… bawak2 mengucap. Hehe.

Jadi sebagai customer, kita pun kena jaga hak peniaga juga. Tak boleh perlakukan sesuka hati kepada peniaga oleh sebab salahfaham maksud ‘customer is always right’.

Islam dah menetapkan sistem muamalat yang adil, bahkan walaupun peniaga tu dah kaya-raya, adalah salah bila kita sebagai customer beranggapan “Alah, dia dah kaya raya setakat 2-3 posen pun nak berkira”. Allah mungkin tak kira 2-3 posen yang dia punya tu tapi yang kita ambil hak orang tu yang ditulis dalam buku catatan.

Jadi sama-sama pengguna dengan peniaga menjaga hak masing2. Hakikatnya kita suka mengambil kesempatan dan mungkin ada yang tak faham tentang modal dan untung perniagaan.

Saya pernah ditempelak bila dah tak boleh beri diskaun lagi, katanya “Kedekutnya.. Dah berapa puluh ringgit awak untung, patut bagi la diskaun 50%, dapatlah kita 50-50”. Erkkk, terkejut saya atas anggapan begitu. Mungkin ada yang tak tahu bahawa untuk setiap barang yang dijual di kedai tu, peniaga tu keluarkan modal, bukan free dan bukan untung atas semua harga jualan T______T

Kesimpulannya, baik di pihak penjual atau pembeli, lakukan transaksi secara adil. Bila menjual jangan menipu, bila membeli jangan ambil kesempatan. InsyaAllah lebih berkat perniagaan dan barang belian tu.

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Customer is Always Right!”

  1. Sidratul Muntaha Avatar

    huhuuh..
    rules of thumb mana2 product mmg kena minum air 3 liter
    klu air secicip dua..
    bagi la ubat ape pun..
    mmg tak jln.
    ni kbn kes cuatomer always rihgt.
    ni customer takmo belajo.

  2. light of my life Avatar

    Ni kire customer gred D ni. pecat cepat2. tak yah layan.

  3. faezah Avatar
    faezah

    biasala. org taknak cr penyelesaian.n result jek.
    mcm saya ni la, nak kurus makan supplement, meal replacement tp mknn n eksesais tak buat.so…salah sape..meal replacement la.hakhakhak..salah cara la.nak buat cmne.takmo salah kan diri sendiri gak.

    takpe, hrp2 one day customer tu sedar, bile kurang air..semuanya tak jalan.tak amek supplement pun, kurang air kulit kering .

  4. dadin98 Avatar
    dadin98

    tajuk yg menarik…pengalaman melihat adik saya menjual produk kecantikkan muka saya rasa mungkin bole tiru cara dier;
    a) customer ; kalu saya beli produk ni boleh confirm ker muka saya jadi bersih
    penjual; saya sendiri tak bole guna produk pantene, rambut gugur tapi syampoo rejoice ok pulak..so produk saya ni pun camtu jugak…kena tgk keserasian muka juga..kalu tak serasi tak juga..cuma pada saya ianya serasi..pada adik, saya tak dapat nak menjanjikan sesuatu yg saya sendiri tidak dapat pastikan..

    memula dulu masa dier jual dia akan jawab dgn segala teknikal aspek..tapi pelanggan ni byk kerenah nyer sbb salah faham ngan perkataan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT’ tapi lepas dier guna cara cam kat atas tu cam berkesan pulak..jualan pun makin meningkat…

    sungguh payah utk diteka sikap manusia ni kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge