YB Karpal Singh Mati Kemalangan, Takziah

admin Avatar

Saya bukan nak jadi reporter 😛

Jarang saya tulis tentang isu semasa, tapi kali ni kerana saya antara orang terawal yang menerima berita ini.

Awal pagi tadi selepas bangun tidur dan mengambil wuduk, tergerak hati untuk membuka laman FaceBook dan berita tentang kemalangan yang meragut nyawa YB Karpal Singh dan PA beliau baru saja diupdate oleh salah satu page akhbar tempatan (yang saya tak ingat mana satu).

Terkejut! Antara percaya dengan tak percaya je. Maklumlah baru 2 minggu lepas dapat berita The Rock (Dwayne Johnson) meninggal di New Zealand. 2-3 hari lepas tu rupanya hoax saja. Kot-kot lah media saja buat onar…

Tapi bila ada kawan -wartawan- yang update, maknanya sah la tu. Tunggu pagi ni, dah sah! YB Karpal Singh disahkan meninggal dunia.

Saya tak berminat nak kaitkan apa-apa dengan isu politik negara, jadi saya tak pedulilah mendiang ni ahli parlimen atau siapa, namun ada satu benda yang saya kagum dengan mendiang – teguh pendirian. Malah mendiang sanggup bersedirian demi menegakkan apa yang dirasakan betul.

Sikap teguh dengan pendirian ini yang harus kita adaptasi dan amalkan dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi bagi Muslim, harus teguh dengan pendirian berdasarkan syariat. Tak teguh pendirian menjadikan kita macam lalang, boleh dibuai sana di buai sini. Hmm.. tapi lalang macam lagi bagus, sekurang-kurangnya lalang tu walaupun terbuai sana terbuai sini tapi akarnya kukuh. Nak cabut pun kita yang seksa. Itu belum lagi kena daunnya yang tajam berduri.

Sikap manusia yang begini, kita pun rimas. Sekejap macam tu sekejap macam ni. Bila dia rasa si Anu tu kuat, dia masuk belah si Anu, bila dia rasa si Ani yang kuat, dia masuk belah si Ani pula. Lebih baik atas pagar dari sekejap kanan sekejap kiri.

Apa-pun, ucapan takziah buat keluarga mendiang dan mereka yang berkaitan.

Berita dari Utusan Malaysia – Karpal Singh Maut Kemalangan

Berita dari Harian Metro

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “YB Karpal Singh Mati Kemalangan, Takziah”

  1. irfa Avatar

    TERKEJUT JUGAK DGR BERITA PASAL NI MASUK KEJE TADI
    DAH SAMPAI AJAL DIA

  2. Amyz Avatar

    Pagi tadi baca pun rasa terkejut juga. YB ni banyak membantu rakyat di kawasannya. Antara politician yang saya respect. Tegas dan berpendirian.

    Takziah pada keluarga beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge