Yang Membezakan Manusia Dengan Binatang Bukan Sekadar Akal

admin Avatar

Pernah tengok sarang burung? Sarang burung layang2? Sarang burung tempua? Sarang burung ayam-ayam?

Pernah tengok rumah Kedah? Rumah Kelantan? Rumah Arab? Rumah Inggeris?

Sarang burung ni tetap je macam tu dari dulu. Belum lagi jumpa sarang tempua, tapi pemiliknya burung pipit.

Tapi sekarang ni kat mana2 pun rumah lebih kurang sama je. Especially kat Malaysia, dah tak banyak orang bina rumah kayu tradisional. Salah satu sebabnya, kayu lebih mahal dari material nak buat rumah batu. Kadang2 tengok rumah macam rumah Inggeris, tapi tuannya orang Melayu dan letaknya di Kuala Kubu Baharu (contoh saja).

Ish, apa pula kaitan sarang burung dengan rumah?

Itulah bezanya manusia dengan binatang.

Manusia dan binatang ni sama2 diberi intuisi atau hidayah : bina tempat perlindungan – sarang atau rumah. Tapi akal yang diberi oleh Yang Maha Esa kepada manusia membolehkan manusia berfikir kreatif untuk mengubah cara hidup, maju ke depan, berinovatif, dan sebagainya. Kalau kita banding manusia 100 tahun dulu dengan manusia sekarang, dah banyak sangat beza. Tapi, burung pipit 100 tahun dulu ada ke beza dengan burung pipit sekarang? Sama je kan?

Manusia yang berakal diberi intuisi oleh Allah untuk mengubah kehidupan mereka, bukan sekadar hidup, macam haiwan2 tu. Haiwan tu makan tidur beranak mati…. tapi kita tak macam tu. Allah tak jadikan kita untuk sekadar ‘survive’, lepas tu mati…

Firman Allah "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku(52:56).

Firman Allah lagi "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (2:30).

Berat tanggungjawab khalifah tu. Khalifah tu bukan sekadar hidup saja, tapi maksud khalifah itu adalah sebagai pengganti bagi Nabi dalam menyampaikan ajaran Islam dan memakmurkan bumi. Apa tu memakmurkan bumi? Bukan dah makmur ke bumi ni hehehe.

Jadi manusia ni tak bolehla nak sekadar hidup saja2 tanpa ada cita2. Rasulullah SAW bersabda “Sebaik2 manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain”. Ia ada kaitan dengan good deeds yang kita buat. Tak kisahlah dari segi apa sekalipun.

Tapi bayangkan saja kalau kita tak punya apa-apa, apa yang kita boleh sumbangkan? Mungkin kita boleh tolong orang secara percuma, tapi kalaulah diri kita sendiri tak cukup makan, malah kita sendiri perlukan bantuan, layakkah kita nak tolong orang?

Sebenarnya kita dah terkena perang pemikiran yang dah lama meracuni otak dan pemikiran kita ni. Sejak Perang Salib, bila kitab2 kita dibakar, dihanyutkan ke sungai dan dibawa pulang ke Eropah, kita jadi nampak ilmu tu milik diorang, pelopor semua dari Barat. Walhal dari zaman Nabi Adam lagi Allah dah berikan petunjuk tentang teknologi yang kita nikmati hari ni.

Nabi Adam diturunkan ke bumi dari syurga. Benda yang macamana syurga tu? Ada kat langit mana? Macamana Baginda boleh turun ke dunia? Di situ Allah dah beri petunjuk yang adanya dimensi ke-empat yang mana hari ni kita dengar tentang aura lah, reiki lah, chakra lah, apa sajalah. Itu adalah cabang2 ilmu yang dah ada sejak azali. Begitu juga dengan peristiwa Israk Mikraj. Sekali fikir macamana manusia biasa boleh naik ke langit dalam masa satu malam? Tapi saya baru je balik dari London dalam perjalanan 13 jam. Dan saya baru saja hantar email kepada sepupu saya di Australia dan beliau baru je balas. Kat situ (peristiwa israk mikraj) Allah tak bagitahu yang akan ada satu masa nanti perjalanan merentasi lautan dah tak perlu makan masa bulan2. Komunikasi akan jadi lebih mudah dengan teknologi internet. So, siapa kata semua ni benda duniawi?

Itu lagi satu kalau orang kita, benda2 yang dia rasa tak ada kaitan dengan ibadah, semua duniawi. Jadi kita semua redha je dengan keadaan sekarang. Tapi bila ura2 subsidi nak kena tarik, tau pulak bengang kan?

Kita sebenarnya telah dikelirukan dengan dakyah2 terpesong yang kita sendiri tak sedar. Benda2 ni buat kita complacent dan dah rasa cukup dengan apa yang ada (konon qanaah tapi silap konsep daaa). Bila saudara-mara kita bercita2 tinggi kita panggil dia tamak. Bila saudara-mara kita bantu orang sana sini kita kata dia nak menunjuk2. tapi kita sendiri habuk pun tak ada.

Kenapa Islam kata 9/10 pendapatan adalah dari perniagaan? Kerana dari perniagaan ni akan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Tapi kita nampak itu sebagai satu hala saja. Kita cuma nampak 9/10 tu mengenyangkan perut seorang, tapi hakikatnya bila seseorang tu dah mula buka kedai, dia akan upah cashier, upah tukang jaga akaun, upah tukang cuci, etc. Begitu juga bila orang buka perniagaan online, dia akan buat affiliate program so that ramai yang dapat manfaat dari produk dia.

Nampak kan beza manusia dengan binatang tu? Bukan setakat ada akal je, sebab ramai je yang ada akal tak boleh pakai. Tapi kita ada kudrat untuk berbakti kepada orang lain dan meningkatkan taraf hidup. Bukan je untuk jadi kaya tapi membangunkan ummah juga. Pada zaman Khalifah Umar Abd Aziz, semua orang kaya hingga tak ada yang layak terima zakat. Rasulullah SAW seorang yang kaya walaupun baginda hidup begitu sederhana. Buktinya Baginda sentiasa berpakaian cantik dan kemas, peralatannya cukup, pedangnya begitu hebat, kudanya kuat. Kalau orang miskin boleh ke macam tu? Tapi Baginda gunakan kekayaan tu di tempat yang betul – fisabilillah. Bukan macam Qarun. Dan tentunya bukan untuk berbelanja di pasar2 atau restoran mahal2 😀

Jadi kita mesti ada cita2 dan perasaan nak maju ke depan. Bukan macam ulat dalam batu, memang keje dia makan batu. Cita2 yang tinggi, bukan satu benda yang menjelikkan, kerana wira2 Islam dulu mempunyai cita2 besar. Contohnya Muhammad Al-Fateh bercita2 menawan Constantinople. Dan dia bukan kerja hari2 tadah tangan minta doa “Ya Allah jadikanlah aku menawan Constantinople” tapi beliau berusaha dari segenap segi. Malah dia tidak tinggal solat sunat tahajud supaya dia jadi pilihan ALlah untuk merealisasikan sabda Nabi itu.

Kita ada? Habis2 orang kata “Cukup je la apa yang ada, tak payah angan2 tinggi sangat, kita kena redha…”

Ingatlah Rasulullah SAW dulu siap turun medan perang, siap berhijrah, siap kena baling batu… bukan Baginda duduk diam2 kat rumah tunggu orang datang nak belajar pasal Islam.

Adakah kita nak jadi macam burung?

Kalau bukan kita, siapa?

admin Avatar

14 responses to “Yang Membezakan Manusia Dengan Binatang Bukan Sekadar Akal”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Ramai orang Islam zaman sekarang, dah la tak menyumbang untuk agama, malah menjadi beban masyarakat dan menyumbang fitnah pula untuk agama.

    Binatang tu, kot ye pun hidup dia makan tidur beranak mati semata-mata, takdelah dia merosakkan hukum sunnatullah yang Allah dah tetapkan untuk dia. Kalau Allah kata, harimau makan daging dan duduk elok-elok dalam hutan, ada tak kita tengok harimau keluar bandar cari orang buat lauk dinner? Paling-paling pun dengar cerita harimau serang orang dalam ladang getah, tu pun sebab manusia sendiri yang cari pasal pi kacau habitat dia cari makan.

    Tapi manusia? Disebabkan ada akal, manusia ni pandai berfikir-fikir, apa lagi yang aku boleh buat untuk cabar Tuhan? Allah dah tetapkan hidup manusia mesti ada peraturan, tapi ramai manusia yang hidup sebaliknya. Betullah, syaitan tak hasut binatang, syaitan hasut manusia. Tapi kan ke manusia dah diberi akal? Gunalah akal tu, sebab akallah yang membezakan manusia dengan binatang!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pak Hamzah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alasan paling senang ialah meletakkan kesalahan pada orang lain. Bila buat salah, blame syaitan. hahaha.

      Sah remind me tentang Firaun (dan pengasas2 ajaran sesat), disebabkan otak manusia ni takde limit, sampai boleh mengaku diri sebagai Tuhan. camtula bila kapasiti otak tidak diguna dengan betul.

  2. fid Avatar

    nka sewa tapak iklan ka?
    kakakakaaaaa
    hahahhaaaaa

    orang kat akan..orangka lagi betul kan
    nyampah tau

    ini adalah komen tanpa guna akal
    .-= fid´s last blog ..Jagung =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak paham. sapa yang taip ni? kak fid ke burung? huhu

  3. mazlia Avatar

    Manusia dikurniakan akal utk berfikir, diberikan kudrat utk berusaha. Bukan hanya mengharap sahaja.
    Mmg rasa marah bila ada yg tak tahu menggunakan apa yg Allah kurniakan dng cara yg sepatutnya.
    Just my opinion based on my experience.
    .-= mazlia´s last blog ..I love Shopping =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Nabi marah bila orang tak tambat unta kat masjid sebab ‘nak tawakal’. sebelum tawakal kena usaha, fikir, plan dulu. dah buat tu baru tawakal. ni belum ape2 dah tawakal.

      😀

  4. fid Avatar

    nk sewa tapak iklan ka?
    kakakakaaaaa
    hahahhaaaaa

    orang kat akan..orangka lagi betul kan
    nyampah tau

    ini adalah komen tanpa guna akal
    .-= fid´s last blog ..Jagung =-.

  5. Liyana Avatar

    Ter’off’ topik skit.
    Bab keluar jihad tu.. Baru semalam duk sembang2 dengan hubby, bab hujan (entry baru saya kat blog) dan tiba2 terkait dengan satu masa dulu, masa kat FB kecoh ngan VT budak2 permainkan cara org Islam solat.

    Selalu kalau keluar perkara2 yg menyentuh hal agama kita, kita akan terasa (sepatutnya) dan melompat (tidak sepatutnya). Tapi, sedar tak sedar, kita kurang menyediakan diri kita untuk ke arah jihad. Contohnya, bab hujan, kita didik anak2 kita takleh kena hujan, nanti sakit. Baru hujan, belum berpanas terik, belum berlapar dahaga. Lemah sangat jadiknya. Macam mana kalau tiba2 ada panggilan jihad, larat ke kita dan anak2 kita nak angkat senjata dan pergi berperang. Kita cuma warning ja kat org2 kafer kata kita ni berani, tapi persediaan macam tadak.

    Pemikiran ni baru ja terlintas semalam, masa tgk TV pasal kapal yg diserang tu, pastu berkait ke hujan, then berkait ke FB. Suami saya kata “awak fikir….jauh nya” saya nak tulis entry pun tak tau camna nak eksplain (writing skill saya lemah, saya paham la apa yg saya pk, haha). kalau silap tulis kang jadi hasutan, hate plak

    Faham ka saya nak sampaikan apa, ka belit, huhu
    .-= Liyana´s last blog ..Hujan =-.

    1. Liyana Avatar

      bila baca balik macam tak fair plak..sila lah betul kan kat mana rasa salah..

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        mengikut hemat saya, adakah Puan Liyana cuba mengatakan ini?

        1. kita cuma tahu cakap aje, buat satu habuk pun takde.
        2. bila keluar isu2 menghina Islam, kita marah, bengang, tapi kita sendiri pun tak Islam secara syumul. time2 macam tu, marah. time2 Zionis serang Muslim, boikot sana sini. tapi bila dah reda, sambung balik.
        3. kita hidup dalam dunia yang complacent menyebabkan kita rasa dah ideal. anak2 diperah otak supaya bijak tapi fizikal, itu tak boleh ini tak boleh.

        adakah benar hemat saya ini? hehehe.

        1. Liyana Avatar

          hehe, saya sendiri pun kadang2 keliru..too much info at the same time. bab bijak tu, mmg betul, kena ajar anak cintakan ilmu (didik sifat bukan force maklumat), once dia dah cintakan ilmu, tak susah mana kita nak suh dia baca buku..

          few months ago, saya terasa (ketepek atas hidung), dengan satu ceramah Ustaz ni, beliau kata :kita ni, kalau ngajar anak mesti ngajar “kura2 ngan Arnab la” etc, kenapa kita tak ajr sirah Rasulullah, cerita2 sabahat etc. So, dengan penuh rasa rendah diri dan malunya, saya pun beli la buku2 kanak2 utk anak saya baca (buku org dewasa mmg banyak, buku budak2 ni sikit amat)..kendian ada pulak ustaz lain kata: kena terapkan semangat ikhlas kepada Allah, dan semangat2 yg membakar di dada para sahabat Rasulullah ketika memperjuangkan Islam dulu. Plus, bila saya mula bacakan buku2 Sirah dan beberapa buku lagi, saya sendiri yg naik semangat, terfikir betapa anak aku ni lembiknya nak banding dengan Sahabat2. jauhnya beza..

          kendian bila tercetusnya apa2 isu, pakat2 org Islam mengamuk, sometimes akan keluar ayat2 yang tak berapa sedap didengar, sedangkan Rasulullah tak pernah pun berkata buruk walaupun kat perempuan Yahudi yang baling najis kat Baginda hari2. Tapi, kita kata macam2..tp kalau lah tertiba ada panggilan jihad, boleh kah kita(secara fizikalnya) atau , beranikah kita (dari segi semangat dan ketahanan mental) utk berjuang? Uish bila terfikir, saya mmg betul2 rasa rendah diri sangat, rasa kerdilnya diri dimuka bumi, rasa bersalahnya kat Allah,kat Rasulullah, kat Islam. Ni la antara dilemma dalam diri saya, huhu..kadang2 overwhelmed

  6. nadnye Avatar

    saya suka entry nie bersemangat, semangat yang patut kita semua ada sebagai orang islam dan patut buat, bukan tunggu bulan jatuh keriba, bukan mengata tak tentu hala..
    semoga Lyna tambah maju …
    .-= nadnye´s last blog ..Sanggul Arab – Is it haram? =-.

  7. Asiah Abd Jalil Avatar

    Mungkin saya faham apa yang Liyana cuba sampaikan. Anak-anak kita dididik untuk jadi manja, tidak tough dan sentiasa dalam zon selesa. Tapi bila umat Islam ditindas sana sini, kita sibuk melenting marah dan bercakap soal jihad, sedangkan hakikatnya ibu bapa Muslim zaman sekarang ni hanya menghasilkan zuriat biasa-biasa yang tidak mampu pun untuk menyahut seruan jihad.

    Macam contoh hujan yang awak beri. Anak-anak kita tak dibenarkan main hujan, sebab takut demam, atau mungkin sebab kita yang malas nak uruskan basah-basah dalam rumah. Setakat air hujan ciptaan Allah tu pun kita tak sanggup nak bagi anak-anak kita tempuh. Agak-agak kalau esok-esok dipanggil pergi perang, anak-anak yang tak tahan kena hujan ni boleh ke survive?

    Saya kagum dengan cara awak berfikir. Saya insaf… Mula bermuhasabah, adakah dalam tak sedar, saya juga membesarkan anak-anak yang tidak mampu berjihad? Nauzubillah!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Solat sujud Sajadah =-.

  8. abdun dhaif Avatar
    abdun dhaif

    salamualaikum.. halalkan ana copy yer. ilmu ni, kena share2. (=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge