Haha, setelah lama blog ni bertapa.
Alhamdulillah, 26 hari nan lalu saya telah melahirkan seorang anak perempuan, selepas 3 orang anak lelaki… Syukur pada Allah atas kehadiran Putri.
Putri saya lahirnya 2.7kg, agak kecil berbanding abang sulung mereka yang lahir 3.3 kg. Tapi sepadanlah dengan body emaknya yang genit dan comel ni hah. Hari keberapa entah selepas dilahirkan (saya pun lost count ni, banyak benda dalam kepala), Putri dimasukkan semula ke hospital. Biasalah bayi-bayi ni… jaundis. Abang-abangnya (kecuali Fahry) bebas dari jaundis, tapi bahagian dia…. 3 hari jugaklah Putri berada di SCN di hospital tu. 3 hari jugaklah ulang-alik hantarkan susu dan juga menyusukan beliau.
Sempena kelahiran Putri ni rasanya nak makeover sikit blog ni.
Nak kasi pink-pink ke macamana?
Leave a Reply