Panduan Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

By | March 28, 2016

Assalamualaikum wbt

Ini adalah perkongsian daripada pengalaman saya…

Siapa yang taknak anak-anak yang taat dan mendengar kata. Saya pun pernah rasa stress dengan anak-anak yang tak seperti yang kita expect. Saya pun pernah rasa loser. Dan alhamdulillah, rasanya semua tu adalah titik tolak untuk melakukan perubahan dan upgrade skil keibubapaan dan mendidik anak-anak. Iye, setiap isu kehidupan yang Allah beri adalah untuk kita upgrade, bukan nak men-down-kan kita.

Mudah-mudahan perkongsian saya ni memberi manfaat kepada ibu bapa lain.

ANAK MENDENGAR KATA

1.  Sedari hakikat anak-anak

Ramai orang lupa bahawa anak-anak di bawah usia mumayiz (generally 7 tahun ke bawah) masih tidak boleh membezakan yang baik dengan yang buruk, walau sebijak mana pun mereka. Walaupun anak-anak kita dah pandai bercakap dengan bijak sejak usia 1 tahun, tapi minda mereka tetap kanak-kanak. Mereka bukan mini-adult. Diingatkan setiap hari, dah cakap pun tak buat… itu normal, mereka budak-budak. Tapi kalau dah umur 30 tahun pun macam tu, memang wajiblah kena bagi sedas.

2. Kata-kata dan doa ibu bapa

Kalau kita tak settle perkara no 1 di atas, kita akan mudah melontarkan kata-kata yang tak sedap didengar. Misalnya “Anak aku ni degil” “Anak aku tak dengar cakap” “Anak aku tak bagus macam anak orang lain”…. Bila kita ada rasa atau cakap macam tu, kita sedang menghantar gelombang sebegitu kepada anak-anak kita. Jiwa mereka masih suci tapi disebabkan kita yang cemari dengan pelbagai tanggapan dan doa yang negatif… maka tunggu je lah akibatnya.

Berkata dan berfikir yang baik2 aje lah untuk anak-anak, terutama yang di umur tadika ke bawah. Ingat, mereka tu masih budak-budak.

3. Masak sendiri di rumah

Air tangan ibu… Cliche sangat kan. Tapi air tangan ibu ni memang betul2 ada power. Ia mampu mengikat kasih sayang antara ahli keluarga.. kenapa? Bila kita sendiri yang masak, of course kita sendiri pilih bahan-bahannya. Kita tahu apa yang masuk ke perut ahli keluarga kita. Sambil-sambil masak kita bayangkan masakan kita sedap dinikmati suami dan anak-anak, bayangkan bagaimana zatnya memberi kesan positif kepada ahli keluarga kita. Sambil masak kita boleh berzikir dan mendoakan ahli keluarga kita.

Tak tahu masak? Boleh belajar… Beli je buku resepi dan ikut satu-satu step dia.

Sibuk sangat tak sempat nak masak? Boleh manage… Masak yang simple2 je pun dah cukup OK utk anak-anak.

Berkorban sikit, kesan dia sangatlah besar.

4. Selalu berpesan-pesan kepada anak-anak

Sekali lagi, ingat fakta no. 1 di atas. Anak2 bawah umur bukan saja tak mampu nak bezakan yang baik dengan buruk, malah mereka juga ada fokus yang pendek. Mereka mudah lupa. Mereka cenderung untuk buat ikut suka hati mereka. Mereka juga mungkin tak mampu nak kawal perasaan sendiri. Jadi kita kena bimbing diorang. Pesanlah, hari2 bagi lah pesan yang sama pun. Jangan pernah bosan berpesan dengan anak-anak. Masa kecik2 ni je pun mereka dengar pesan-pesan kita dam tertanam dalam hati dia… nanti mereka dah remaja, entah kita sempat nak berpesan ke tidak dah. Entah2 dah masuk asrama, balik pun jarang2, bagi pesan sikit diorang rasa kita membebel. Pesanlah sekarang masa mereka masih kecil. Insya-Allah ia engraved dalam hati mereka.

5. Ajak anak beribadah bersama

Latih anak untuk join kita beribadah. Jangan sesekali halau anak main jauh2 bila kita nak solat, mengaji dan sebagainya. Biar mereka join. Mereka mungkin akan buat bising, bermain… takpe, sabar! Insya-ALlah bila mereka dah melepasi usia mumayiz, mereka dah terbiasa dengan ibadah2 rutin ni. Kita pun dah tak payah nak paksa2 mereka solat ke mengaji ke.. mereka akan buat sebab dah terbiasa.

6. Perdengarkan al-Quran/zikir di rumah

Kurang-kurangkan buka TV tapi perdengarkan telinga anak-anak kita dengan al-Quran. Al-Quran ni ada gelombang alpha yang membantu pendengarnya untuk berasa tenang, aman dan bahagia. Gelombang alpha ni sama wave-nya dengan gelombang otak anak-anak kecil (sebab tu mereka cepat tangkap).

7. Sediakan satu masa hanya untuk anak-anak

Dedikasikan satu waktu dalam sehari, hanya kita bersama anak-anak. Tak payah lama, 10 minit pun dah OK. Yang paling senang ialah sebelum tidur. Tidurkan mereka dengan bercerita dan berpesan-pesan. Pada masa ini, anak-anak berada dalam keadaan alpha, terutama di saat mereka mulai mengantuk dan dah start tidur-tidur ayam. Pada masa inilah kita ambil peluang untuk pesan2 kat diorang, bagi target, bagitau apa harapan kita… Otak mereka akan menyerap dengan menyimpan informasi tu.

8. Buat aktiviti bersama-sama

Libatkan diri dalam aktiviti anak-anak. Ya, kita mungkin sibuk dengan macam-macam hal, tapi spend sikit masa yang berharga untuk join diorang bermain, belajar dan sebagainya. Anak-anak pandang kita sebagai hero dalam kehidupan mereka. Jadilah hero yang selalu ada di saat mereka memerlukan.

9. Cium dan peluk anak-anak selalu

Anak-anak memiliki jiwa suci. Malah dalam hadis Rasulullah juga menyebut mereka sebagai kain putih. Warnailah kain itu dengan warna-warna harmoni, warna kasih sayang, warna-warna yang membangkitkan semangat positif… Bersyukurlah selalu dengan kehadiran mereka dalam hidup kita, yang menjadikan kita sebagai ibu bapa. Jangan pernah mengeluh dengan mereka…

10. Doa, doa, doa

Memandangkan kita dipilih oleh ALlah untuk mengasuh dan mencorakkan anak-anak kita ni, berdoalah kepada-Nya agar diberi petunjuk, cara terbaik untuk kita asuh dan didik anak-anak kita. Lebih2 lagi kalau dah tahap tak tahu nak buat apa, tanyalah Allah. Dia yang jadikan kita dan anak2 kita, Dia ada jawapannya. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah menyarankan ibu bapa agar mengerjakan solat sunat taubat setiap hari. Mintalah petunjuk dari Allah. Doa spesifik. Ingatlah kita pemegang amanah Allah, anak-anak kita tu….

11. Syukur selalu

Jangan pernah merungut. Bila kita merungut, maknanya kita tak bersyukur. Tak bersyukur maknanya kita tak suka. Jangan sampai Allah ambil balik anak-anak kita disebabkan kita asyik merungut je. Allah sayangkan kita, Dia takmau menyusahkan kita. Kalau kita rasa anak2 menyusahkan kita, bila2 masa je Allah boleh ambil mereka balik. Bersyukurlah, kita ada tempat nak melebarkan pahala. Bersyukurlah, kita ada jaminan untuk mendapat doa selepas kita mati nanti. Oleh itu didiklah anak-anak hingga menjadi anak2 yang soleh.

Mudah-mudahan perkongsian saya ni bermanfaat untuk semua pembaca.

Kini anak-anak lelaki saya masing2 berumur 9,8 dan 5 tahun. Syukur alhamdulillah, kalau nak banding dengan saya masa kecil dulu, saya rasa mereka ni jauh lebih baik. Masa saya di usia mereka, at least, baru nak belajar solat. Anak saya yang 5 tahun ni dah tahu masbuk, solat sunat, solat qada’, solat jamak dan sebagainya. Nak cakapnya, lihatlah kebaikan dan kemudahan yang Allah iringkan bersama mereka. Bab notty2, bab suka tantrum…. semua tu benda biasa, budak-budak. Yang pasti, bila Allah beri kita anak, Allah nak didik kita menjadi ibu bapa. Maka berusahalah untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dengan petunjuk Allah.

Semoga kita semua diberi petunjuk untuk jadi ibu bapa terbaik dan dapat mencorak anak-anak kita dengan warna yang terbaik.

Category: Parenting

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

9 thoughts on “Panduan Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

  1. haniliza

    Perkongsian keibubapaan yang sangat manfaat… amat sesuai bagi para ibu bapa yang baru dan memiliki anak2 yang sedang membesar

    Reply
  2. Nurolhuda

    Salam perkenalan. Perkongsian tips yang berkesan dan bermanfaat untuk ibu bapa menangani anak-anak. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge