Saya bercakap sebagai pihak ketiga memandangkan hari ni sepatutnya pencarian DenaiHati ni berakhir. Honestly semasa mula2 pencarian ni bermula, saya berasa sangat teruja, dan membayangkan blog2 famous, yang ramai fans, yang memegang ranking Alexa di bawah 500 ribu akan mencanak-canak dicalonkan. Saya membayangkan blog2 celebrity (bukan blog artis tapi celebrity blogger… blogger femes lahhh) akan mendapat pencalonan yang bertali arus.
Untuk blogger moms yang follow & ingat tentang pencarian SuperMummy Amazing Blogger Award (yang sama menang tu, wahauu!!), memang hangat dan tempoh mengundi berlangsung dengan begitu hot hotter hottest sekali.
Namun untuk Weblog Popular 1Malaysia saya dapati minimum pencalonan untuk dapatkan title tu pun tak dicapai (tak mencapai target pencalonan).
Kenapa ya? Ini mengikut pendapatan pendapat saya saja:
- Pencalonan ni memerlukan effort utk menulis dan satu entry khas pada pencalon. Jadi, apa faedah kepada yang mencalonkan? Jika pencalonan dibuat dengan cara lain, e.g. tinggalkan dalam kotak komen DenaiHati, mungkin lebih ramai yang dropkan calon mereka. (Walau bagaimana pun, ia membuka ruang sebenarnya kepada calon2 untuk meraih pencalonan, seperti yang dibuat oleh MomBloggersPlanet. yang mana mereka yang mencalonkan MBP akan mendapat ponts dan mini-me. Jadi orang pun seronok nak mencalonkan MBP, tak gitu?)
- Pencalon mungkin tak tahu nak pilih antara : blog yang benar2 popular, blog yang mereka suka, blog kroni, dan sebagainya.
- Peserta/bakal pemenang ialah dalam lingkungan blogger ‘out of control’, kecuali untuk dapatkan hadiah bagi 4 ranking teratas di Google. Siapa boleh kawal anyone yang nak calonkan blog dia? Siapa boleh stop any blogger yang taknak mention that dia tahu about the contest dari blog dia kan? Except kalo boleh calonkan blog sendiri.
- The title ‘Popular’ means famous, terkenal, ada kredibiliti, maybe some good bloggers segan nak publisiti sebab “tak popular sangat pun”.
- Pencalonan dan pertandingan berlaku secara pasif. Blogger hanya menunggu blog mereka dicalonkan, kecuali beberapa orang yang telah bertindak secara proaktif seperti MBP.
Cuma cadangan saya untuk menjadikan contest seperti ini lebih berkesan:
- Laksanakan seperti Nuffnang Asia Pacific Blog Awards, yang mana ada pencalonan dan ada undian. Pemenang dikira dari segi undian.
- Galakkan peserta yang dicalonkan untuk mempromosi/meraih undian. Kebanyakan yang dicalonkan pun senyaaap je kan. Kebanyakannya promo di sebalik tabir je.
- Galakkan peserta yang menyertai mempromosikan dengan lebih agresif dan proaktif untuk mendapatkan title ‘referrer’.
- Jadikan mudah untuk peserta dan pencalon seperti menyediakan kotak voting dan cuma perlu tick saja.
Saya mungkin berbau komen atau kritik atau apa saja, tapi saya rasa pandangan ni boleh dinilai oleh Encik DenaiHati atau sesiapa saja yang mahu anjurkan lagi contest seperti ini, dari pandangan seorang blogger biasa, supaya contest yang berjalan mendapat sambutan yang hebat.
Saya akan utarakan calon saya petang ni. Siapa? Hehe. Tunggu. Adakah M…? 😉
Leave a Reply