Menjadi orang berjaya adalah impian setiap insan.
Tapi, apa ukuran kejayaan tu?
Adakah…
Atau…
Atau…
Adakah semua tu ukuran kejayaan? Bagaimana kalau kita tak ada semua tu?
Menurut Donald Trump, kejayaan itu adalah bila kita hidup dengan gembira. Orang yang tak ada apa2 tapi gembira dan bersyukur dengan kehidupannya, adalah orang yang berjaya, walaupun ada orang lain yang ada harta berjuta-juta tapi tak gembira.
Manakala menurut al-Quran, orang beriman yang berjaya adalah yang ada ciri-ciri berikut:-
- Khusyuk dlm solat
- Menjauhkan diri dr perbuatan sia2
- Menunaikan zakat
- Menjaga kemaluan
- Menjaga amanah & janji
Ramai orang yang dipandang masyarakat sebagai berjaya, tapi bagi mereka sendiri, masih lagi belum mencapai kejayaan. Kerana kejayaan itu adalah satu perjalanan, bukan satu tujuan.
Berapa ramai orang yang kita ertikan sebagai ‘berjaya’ tapi mengakhiri kehidupan mereka dengan begitu dahsyat.
Jadi, apakah ukuran kejayaan yang sebenarnya?
Orang yang berjaya ialah orang yang menyedari dan ada tujuan hidup, kemudian dia menggunakan sepenuh potensi dirinya untuk memajukan diri, seterusnya menabur bakti kepada masyarakat. Itulah sebenarnya orang yang berjaya – orang yang paling banyak berbakti. Apa guna kereta besar, tapi cuma kita sorang je boleh naik. Apa guna rumah besar tapi ahli keluarga semua tak happy.
Bila semua orang memahami makna kejayaan yang tersurat dalam al-Quran, ia cukup lengkap meliputi personal victory dan public victory.
Bila kita faham dan dalami ukuran sebenar kejayaan, tak adalah kita nak berasa dengki atau jaki dengan kejayaan orang lain. Ia bukan tentang apa yang kita dapat, tapi apa yang kita beri.
Leave a Reply