,

Ujian atas Pendirian

admin Avatar

Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan berkata “Kami beriman” dan mereka tidak akan diuji? [Al-Ankabut:2]

Sepanjang hidup ni saya pernah makan ubat selesema 2 kali. Sekian lama menjauhi Panadol dan antibiotik. Malah ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasanya masuk tong sampah.

Teman baik tika sakit kepala – B Complex, Ostematrix dan Performance Drink. Teman baik tika batuk2 – honey lemon drink. Teman baik tika demam – Performance Drink, Nutriferon & Vitamin C.

Namun ternyata saya insan biasa yg lemah & memerlukan benda-benda yang saya pernah berkata ‘TIDAK’.

Sepanjang kembara selama sebulan di Jepun, Qatar, Jordan, Mesir dan UAE; panadol sepapan, antibiotik satu course, ubat batuk & ubat kahak… Walaupun Nutriferon, Vita C & Garlic teman setia namun saya memerlukan bantuan ‘askar luar’ bagi membantu tubuh saya yang sedang sibuk memperbaiki tisu-tisu yang rosak semasa saya jatuh di Sapporo ubaru-baru ini, dan tidak cukup kontinjen melawan virus-virus baru yang menjengah.

Saya mula tidak sihat sejak tiba di Jordan, batuk, demam… Walaupun double dose nutriferon. Keadaan saya bertambah teruk ketika di Mesir, sampai nafaz berbunyi ‘wheezing’ di dada dan kahak hijau, tanda jangkitan sudah berlaku.

Saya cuba bertahan dengan Nutriferon dan Garlic Complex, namun keadaan tambah teruk. Saya makin sakit, sampai rasa macam nak mati pun ada.

Akhirnya merelakan jua bertemu doktor di sebuah farmasi di Kaherah. Doktor berikan saya antibotik PALING KUAT katanya (kerana dah ada infection) dan ubat-ubat lain.

Habis runtuh prinsip ‘taknak makan antibiotik’ tu. Ambik, yang paling kuat pula tu dapatnya.

Begitulah kita manusia yang serba lemah. Bila kita yakin dengan sesuatu pegangan, pasti akan diuji. Jadi jangan angkuh sangat selagi kita belum pass ujiannya.

Namun, syukur Alhamdulillah, I survived in Egypt, then habiskan kembara ke UAE sebelum singgah di Hongkong, lalu terbang balik ke KL. Balik rumah je sembuh sepenuhnya, alhamdulillah 🙂

admin Avatar

One response to “Ujian atas Pendirian”

  1. Daftar Ahli Shaklee degan Pengedar Shaklee No.1 ini Avatar

    Inilah yang berlaku kepada saya

    semasa Ibrahim dulu

    satu persatu pndirian diuji

    dan ia bukan diuji keatas saya

    tapi ke atas prmata hati

    nyawa dan jantung hati saya

    hanya ALLAH mengetahui konflik dan tekanan dalam diri waktu itu

    dan tak sanggup nak melaluinya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge