TV dan Pedagogi

admin Avatar

15 years back, when my grandparent took our cousin home, after his parent’s divorce, I still remember the remark made by them (grandparent),

“Kesian budak ni, umur dah 2 tahun tapi TV pun tak pandai tengok. Duduk dengan kami baru pandai tengok TV”.

(The cousin was told to be ‘abandoned’ by his father who got the hak penjagaan and get married with another lady after the divorce).

Bibik berkata “Kasihan anak bibik, di rumah tak ada TV”.

Ayah saya pulang dari sebuah rumah jiran dan berkata “Pelik sungguh. Dia kata tak ada duit anaknya nak sambung belajar, tapi di rumah ada home theatre”.
Itu adalah kata-kata seorang pakcik yang di rumahnya cuma ada TV yang dibeli dari kedai second-hand tapi anak-anaknya alhamdulillah… Ada yang jadi jurutera, ada yang jadi doktor… cewah.

beverly hills ninja dvd

Apakah tujuan entry ini ditulis?

Mungkin terjawab di hujung penulisan.

Saya memang tak suka kalau orang yang berkaitan dengan saya melebihkan benda-benda yang tidak penting dalam hidup. Bibik pun berkaitan dengan saya sebab saya bayar gajinya dan dia yang mencuci bontot Hafiy.

Beliau memberitahu bahawa di rumahnya tiada TV dan kasihan kepada anak-anaknya lalu dikirim duit untuk membeli TV. Sedangkan beliau pernah menceritakan mereka dulu (sekarang pun) cuma makan nasi dengan ikan kering. Makan daging setahun sekali masa raya Korban. Dan amat jarang makan ayam serta sayur-sayur. Katanya, hidupnya di sini amat mewah dibandingkan di kampugnnya dulu. Di sini hari-hari makan nasi dengan lauk, di sana nasib baik je ada lauk.

Berbalik kepada kisah TV, saya amat tidak bersetuju dengan tindakannya memberikan duit untuk membeli TV, sedangkan ada perkara yang lebih penting untuk dihabiskan pada.

Tapi saya tidak sound direct kerana saya adalah seorang yang tidak sesuai untuk sound direct terhadap orang bawahan. Walaupun saya cuma ‘mengingatkan’, ia akan kelihatan seperti dan dianggap sebagai ‘marah’, ‘kritik’, ‘sinis’ dan sebagainya. Mungkin sebab ton suara saya yang pitching lari. Jadi dalam situasi sebegini saya mengamalkan dakwah bil hal atau cucuk jarum halus tanpa disedari sesiapa, sedar-sedar dah berdarah.

Niat saya cuma satu, biarlah dia buang mentaliti kelas ke berapa ntah itu. Tiada TV tidak menjadikan anak kita bodoh atau cacat. Walaupun dia cuma seorang Bibik, tapi perilaku menghabiskan duit ke jalan yang tidak direstui oleh saya boleh membuatkan saya marah, apa lagi bila benar-benar perlukan duit, pasti dia akan meminta tolong dari saya. Ye la, takkan minta tolong dari jiran sebelah pulak. Jadi saya benar-benar mahu dia bijak mengurus kewangan yang sekangkang kera itu.

Di rumah saya walaupun ada TV besar (takdelah besar sangat pun tapi tak larat angkat seorang) yang sekejap tadi mengeluarkan warna ungu, saya jarang membukanya untuk melihat drama-drama swasta yang entah apa-apa. Samada menonton show yang berfaedah, atau show yang memang tujuan untuk hiburan semata-mata seperti rancangan kartun, RajaLawak atau HuaHuaHua. Drama-drama swasta tidak berapa menarik perhatian saya (kecuali Spa Q, agaknya kena jampi kot sampai kami siap rekod lagi sebab dia main waktu Maghrib). Dan saya tidak suka ulasan-ulasan terhadap watak-watak dalam drama swasta seperti “Wah hensemlah Kamarul, tapi dia tak sesuailah dengan Lisa, Lisa patut kawin dengan Samsul. Tapi Samsul suka kat Cik Kiah, Cik Kiah pulak bla bla bla…”. Saya lebih suka ulasan seperti “Menyentuh hati sungguh lakonan Fahrin Ahmad tu, memang sesuai watak mak nyah tu dengan dia”. Sudah, sudah! Itu bukan point-nya!

Saya tak faham kenapa orang sanggup berhabisan sebab nak punya TV dan seangkatan dengannya. Ya, saya pun nak TV tapi saya laki saya ada duit juga untuk beli benda lain dan buat benda lain(Lupa pula saya dah tak bergaji).

Saya cuba membuatkan Bibik faham bahawa ada benda yang lebih penting dari TV untuk anak-anaknya.

Dan pagi tadi semuanya sudah terurai dan saya berasa lega.

Bibik tengok Hafiy selalu baca buku dengan Mommy, Bibik rasa bersalah dengan anak Bibik. Bibik tak pernah pun buat macam tu dengan anak Bibik. Nanti Bibik balik nanti, Bibik pun nak ajar anak Bibik kat rumah macam Mommy dengan Hafiy(Setelah ditranslate ke lidah Malaysia sebab tak pandai pulak nak berbahasa Indonesia).

Saya senyum je mendengar Bibik berkata begitu, tapi saya gembira sangat sebenarnya. Saya harap nanti dia akan hargai setiap detik bersama anak-anaknya, dan kalau ada saki baki duit gajinya nanti, dia gunakan untuk membeli bahan bacaan atau benda-benda berfaedah untuk anaknya.

Kami tak mampu nak memberinya gaji tinggi-tinggi (dah keje bibik takkan nak kasik gaji engineer pulak), tapi saya harap kami boleh memberikan dia banyak kesan sampingan yang baik bila dia bekerja dengan kami. Dan yang penting bijak mengurus kewangannya dan selesaikan hutang Alongnya (saya juga Along!). Dan gunakan duit-duit yang ada ke jalan yang lebih baik dan bijak.

Gunakanlah macamanapun untuk memberi kesenangan dan keselesaan buat keluarganya kini dan selamanya.

Selain dari membeli TV.

Dan saya harap Atok saya takdelah nanti bertepuk tangan kegembiraan bila tengok cicitnya yang umur setahun setengah tu ‘pandai’ tengok TV.

admin Avatar

10 responses to “TV dan Pedagogi”

  1. mirah Avatar

    Ya yg penting tahu menggunakan tv itu dalam perkara yang baik. Kena pandai2 pilih rancangan jangan bagi semua anak tengok. Pengaruh tv ni sangat besar.
    Memang ku respect sapa yg simpan tv dalam stor tp dalam masa yang sama, ku juga respect makayah yg pandai deal dgn anak dia psl tv nih… 🙂

  2. Salwa Avatar

    sy dah hampir 8 bulan tak on TV dirumah.
    tak tau la apa effect kat anak2 nanti
    dia pergi umah org lain pun takde la jakun nak tv
    kat umah sy on pc je utk anak2 tgj kungfu panda(fav dia ni), upin ipin dan nasyid.

    tp ramai yg ckp yg anak2 diorg bole pandai english thru tv..

  3. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    ada kenalan keluarga kami yang mmg x benarkan anak2nya menonoton tv (untuk menjaga mata dan hati). hasilnya anak2 beliau menjadi orang2 yg amat cerdas otaknya…bergelar doktor, engineer dan pensyarah.

  4. mama emma Avatar

    patut la akak rabun awal… akak suka tgk tv & pc… huhu…

  5. fid Avatar

    anak saya tgk tv…tgk magic english..kungfu panda..rattatoille…apa ntah lagi..
    sekadar hiburan semata kecualiyang magic english ngan alif ba ta… dvd drive lappy dah punah…so TV ja..pr kalau lappy tgk youtube…

    saya kecik2 dulu mmg kat rumah tak da tv…ehh bkn kecik2 ja…sampai saya pi jepun hahaaaa

  6. fid Avatar

    tapikan masa saya dok jepun …tgk berita bahsa jepun mmg buat saya pandai cakap jepun hahaaaaaaa

    bab drama melayu hahaaaaa
    apakah itu bleh dipanggil drama melayu??cara hidup semua sudah lebih marican daripada american…

  7. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya tak rasa bibik salah bila excited nak belikan tv untuk anak-anak dia. Actually tv ni adalah satu medium pendidikan, provided that orang tahu menggunakannya, sebab kat dalam tv tu bercampur bunga dan tahi. Yang salah kat bibik ialah excited nak bagi anak dia enjoy tengok drama, instead of nak tengok berita or dokumentari. But of course, level pemikiran orang yang tak educated, manalah dia minat nak tengok news or documentary.

    My eldest brother is a genius, he is doing PhD now. Pakai spectacles sampai power 1000, sebab masa kecil-kecil dia banyak tengok tv. Tapi dia tengok kartun, sebab tu English dia hebat; dia tengok documentary, sebab tu knowledge dia sangat broad, primary school lagi dah boleh bincang masalah dunia; dia tengok movies, sebab tu dia boleh cerita tentang budaya dan kehidupan masyarakat antarabangsa, dia ada imagination tentang future technology, politics, conspiracy, based on jalan cerita dalam filem. Tapi dia tak tengok drama swasta, or sinetron, or sitkom komedi, or rancangan nyanyi-nyanyi.

    I watch tv, but I am very selective to what I watch. Kalau tak tengok House, kita tak tahu the real situation in a hospital. Kalau tak tengok CSI, kita tak tahu macam mana jenayah diselesaikan. Kalau tak tengok Law & Order, kita tak nampak penyelesaian kreatif pada kes-kes mahkamah. Dan kalau tak tengok drama Melayu, kita tak tahu the real lives of rakyat Malaysia, dispute bodoh-bodoh pun boleh jadi a big deal.

    But certain points from you in this entry are true indeed.

  8. shinta musraika Avatar

    salam momy lyna.

    nak juga menyibuk ni 🙂

    semalam ku tgk tv2 citer org putih jam 8pm. pastu hubby ku plak berebut tv nak tgk buletin utama tv3.

    ” movie nak tengok tapi berita tak nak tgk… takde fekdah pon movie tu”
    marah hubby ku. btul katanya tapi malas nak tgk berita sbb isunya sama jer kebelakangan ni-politik!

    opis mate ckp anak sedaranya memang cun melecun english sbb byk tgk kartun english. sy paham dgn your point. bukan tak boleh tgk tv tapi yg mana pnting harus di dulukan contohnya bibik tulah kan.. anak my baby sitter pon ku tak belikan mainan atau gula2 sebagai ole-ole. tapi ku belikan Kertas ABC 123 yg lekat kat dinding dgn harapan bolehlah dia blajar 🙂

    my shinta umur 6 bln dah ku belikan story book hahaha.. harap2 dia minat membaca kelak. insya’allah..

  9. ayuarjuna Avatar

    tv…media yang mudah merangsangkan minda…salah saluran silap informasi memberi banyak keburukan.. tapi positif side banyak juga boleh kita belajar dan perolehi dari TV…TV bukanlah satu keperluan asas tetapi lebih kepada keperluan sampingan..ada atau tidak tidak apa…

  10. […] for MySuperKids readers only. Thanks for visiting!Entry ini adalah untuk menjawab comments dalam entry sebelumnya, sebab malas tak sempat nak reply satu-satu. Dan juga untuk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge