Teringat semasa saya mula-mula menyusukan anak sulung saya. Masa tu tak ramai lagi yang breastfeed. Dan tak semua menulis blog tentang pengalaman masing-masing menyusukan anak. Masa itu pun amat jarang yang simpan EBM (expressed Breast Milk) berpuluh2 botol. Deep freezer masa tu pun berapa kerat saja yang guna. Dan dikira hardcore gila lah kalau sampai ada deep freezer.
Sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua ibu yang menyusukan, hampir semua memerlukan deep freezer, sebabnya stok susu terlampau banyak.
Ramai yang dah mula menulis tentang pengalaman masing2 dalam blog. Yang tak ada blog, share dalam laman sosial seperti FaceBook. Tak lain tak bukan sebab nak kongsi kebanggaan dapat menyusukan anak dengan susu sendiri, simpan stok banyak2 dan usaha2 lain untuk meneruskan penyusuan ibu. Siapa tak bangga, di kala penyusuan ibu masih compete dengan pemikiran “susu tepung lebih baik sebab ada blalabla.. susu ibu tak ada (bukan tak ada, susu ibu ada lebih dari itu, tapi di dada ibu tak ada cop DHA, EPA, SA, AA segala)”.
Macam biasalah, bila kita seronok, ada blog/FB nak kongsi dengan kawan2. Macam kita shopping barang best2, nak jugak tempek2 di blog ke FB ke, Twitter ke…
Biasalah, tak semua orang suka dan boleh terima. Saya tulis tentang penyusuan pun pernah kena bambu, kena kutuk. Kaunselor penyusuan tulis tentang susu ibu pun kena condemn. Alah, manusia semua ada pemikiran dan pendapat masing-masing. Tak ada masalahnya selagi tak melanggar hukum-hakam especially yang terang-terangan.
Kita boleh kata “tak suka jangan tengok/baca” tapi diorang tengok juga, baca juga. Tak ape lah… bior kan aje. Janji jangan buat benda salah.
Tapi yang nyata, tayang susu cara ini:
source: www.minutus.net
adalah jauh lebih baik dari tayang susu macam ni:
(censored, mengah acik nengoknya)
Leave a Reply