Tips UPSR 2010 Untuk Ibu Bapa dan Orang Tua

admin Avatar

UPSR 2010 (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kan?) akan bermula pada hari ini (Selasa, 21 September 2010). Hari pertama Ekuinox Musim Luruh (gila Geografi kau!). Tahun ni tiada sesiapa dalam keluarga besar saya (yang meliputi makcik2 dan sepupu sepapat) yang menduduki peperiksaan UPSR. Adik bongsu saya bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Walau bagaimana pun, sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab, saya nak kongsikan tips yang diamalkan oleh ibu bapa saya untuk anak-anaknya yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR ni.

Masa zaman saya dulu cuma ada 4 matapelajaran, dan kami semua (tak semua, hanya budak2 pandai saja muuahahhaha) kejar untuk dapat 4A. Hari peperiksaan pun saya rasa tak lama.

Jadi bagi ibu bapa, kakak2 dan abang2 yang ada adik menduduki UPSR sekarang atau tahun depan atau seterusnya, sekadar berkongsi tips exam..

1. Anjurkan jamuan makan dan solat hajat untuk anak/adik

Besar pahala dan pulangannya bila kita menjamu makan orang, apatah lagi bila menganjurkan ibadah (solat hajat) berjemaah. Kalau tak mampu,  anjurkan saja di masjid, minta imam tambah solat 2 rakaat selepas solat Jumaat atau solat wajib lain. Secara tak langsung satu jemaah mendoakan kejayaan adik/anak kita.

Berbalik kepada menganjurkan jamuan, asalkan bukan niat untuk bermegah2 nak tunjuk kita ni kaya boleh jamu orang ramai2, setiap suapan yang dikecap oleh tetamu kita, pasti berganda2 balasannya, dan terbuka pintu rezeki buat kita dan anak/adik kita. Bak kata pepatah, the more you give, the more you get. Dan kita bukan minta balasan dari orang yang kita jamu makan, sebaliknya balasan dari Tuhan yang semestinya berlipat ganda lagi.

2. Membelikan buku2 rujukan yang bersesuaian dengan anak/adik

Kalau UPSR tu belikanlah buku rujukan, latihan, soalan untuk UPSR, bukan PMR. Dan juga bukan buku komik. Tunjukkan yang kita ambil berat tentang pelajaran dia dan kita harapkan dia untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Lepas tu bila dah beri buku tu jangan pulak lepas tangan je. 2-3 hari sekali tanyalah khabar anak/adik tentang latihan/rujukan yang dibuat terhadap buku2 yang kita belikan. Jangan jadi kapal terbang kertas pula.

3. Berkongsi kisah2 kejayaan dengan anak/adik

Ini adalah kisah dari kampung. Budak2 kampung tak semua menjalani pengalaman yang sama dengan budak2 bandar. Budak bandar yang pandai, lebih bermotivasi, tahu ke mana nak dituju. Manakala kebanyakan budak kampung, terutama dari ibu bapa yang buat kerja2 kampung, jarang yang berpengalaman untuk merasai kesedaran bahawa UPSR bakal membawa mereka ke sekolah yang lebih baik, sekaligus masa depan yang lebih baik.

Malah, ramai anak2 desa yang masih berlari2 mengejar kapal terbang di kala UPSR nak menjengah lagi 2-3 hari. Bila ditanya “UPSR bila?”, jawabnya “Tak tahu”. Oh sungguh sedih sekali. Periksa pun tak tahu bila jadi boleh agaklah persediaannya macamana…

Di mana pendorong2 semangat mereka? Di mana ibu bapa,kakak atau abang mereka? Tidakkah mereka teringin melihat anak ini menjawat jawatan besar bila dewasa nanti? Tidakkah mereka tahu persaingan amat sengit di luar sana? Tidakkah mereka sedar akan graduan IPT pun sekarang sudah dipolitikkan?

Ceritakanlah kisah2 kejayaan kita atau orang lain kepada anak/adik kita, agar menjadi pendorong mereka berjaya, agar tidak dibuai mimpi2 kosong lagi.

4. Mengambil berat tentang hal ehwal mereka

Kebanyakan kanak2 berusia 12 tahun masih belum matang lagi, apa lagi untuk merancang. Jadi sebagai ibu/bapa/kakak/abang, kita lah yang membantu dalam perancangan mereka. Tolong mereka buat jadual belajar, tolong mereka tampal poster ‘berapa hari untuk UPSR’, bantu mereka mengulangkaji, tolong tengok2kan kerja rumah mereka, pastikan mereka cukup rehat cukup makan cukup tidur cukup belajar cukup main, dan yang penting asuh mereka agar taat suruhan agama.

Pada hari peperiksaan UPSR, bantu mereka sediakan kelengkapan, ajarkan doa2 ringkas dalam dewan peperiksaan agar mereka tidak gemuruh. Nyatakn kasih sayang kita pada mereka dan harapan kita untuk melihat mereka berjaya.

Usia 12 tahun adalah di ambang alam remaja, masa inilah perlu dipasakkan dalam jiwa mereka semangat dan jatidiri untuk maju dan bergelar insan soleh.

5.  Mendoakan mereka

Doa ibu terhadap anaknya adalah paling makbul. Jadi para ibu, jagalah mulut di kala berkata2 dengan anak atau tentang anak. Walau nak marah macamana sekalipun cuba kawal dari meluahkan kata2 seperti “Anak bodoh”, “Anak derhaka”, “Anak sial” dan sebagainya. Kerana kata2 itulah yang menjadi doa untuk anak2 kita. Orang2 tua kita memang cukup menjaga, kerana itu bila anak nakal dikata “Anak bertuah” atau “Budak bertuah”. Tambah2 bila anak nak menghadapi peperiksaan besar macam UPSR ni, doakanlkah kejayaan mereka sentiasa.

Semoga anak/adik2 kita mendapat kejayaan besar dalam peperiksaan UPSR 2010 ni. Moga kejayaan menjadi milik mereka dan kita juga sebagai orang tua dan generasi terdahulu.

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge