Tips Naik Kapal Terbang Supaya Tak Penat dan Lesu

admin Avatar

Normal bila kita naik kapal terbang (lebih-lebih lagi penerbangan yang lama), badan akan rasa letih, penat, lesu, mengantuk… walaupun jetlag-nya takdelah mana pun. Tahu tak apakah penyebab tubuh kita jadi sangat-sangat letih selepas air travel? Dan macamana pula nak atasinya?

PENAT TRAVEL

Kenapa naik kapal terbang boleh menyebabkan kita penat melampau?

1. Tekanan udara dalam kapal terbang

Makin tinggi kita mendaki, tekanan udara makin rendah, dan udara makin menipis. Maksudnya? Oksigen juga semakin berkurang.

UDARA NIPIS

Bila kapal terbang naik ke altitud tinggi, udara di dalamnya akan dimampatkan.. tapi cemana mampat pun ia takkan sama dengan udara di permukaan bumi,

Bila badan kita kurang mendapat oksigen (dari kebiasaan), tubuh kita akan jadi penat, lemah dan mungkin pening kepala.

2. Dehidrasi

Udara di dalam kapal terbang sangat kering, lebih kering dari udara di gurun. Jadi, kita akan mudah untuk kehilangan air dalam badan. Bila badan kita kehilangan air, kita akan berasa sangat lesu.

Bagaimana cara nak atasinya?

Pertama, rehat banyak-banyak sepanjang penerbangan. Jangan dok layan marathon movie sangat 😀

Kedua, minum air sedikit-sedikit dan kerap. Kalau minum banyak terus rasa kembung kan.. jadi minum sikit-sikit dengan kerap supaya badan sentiasa terhidrat.

Ketiga, hehe tengok clip pengalaman saya ni 😀

Sumber: iReach HD

Tapi, alah bisa tegal biasa.. kalau dah biasa travel tu, bila dah sampai ke tempat yang dituju, dah tak rasa penatnya kan?

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Tips Naik Kapal Terbang Supaya Tak Penat dan Lesu”

  1. Suriya Avatar

    kagum tengok senarai negara yang dah dijelajah. jadi sumber inspirasi ni.

    1. admin Avatar
      admin

      masuk VB!

  2. Zfarina Avatar

    Seronoknya p bercuti jaoh.. kite jarang travel, paling jaoh pun smpai singapore jer, nanti boleh cube

    1. admin Avatar
      admin

      sekarang singapore, kejap lagi, 400 kali jauh dari singapore 🙂

  3. Muliani Avatar

    Seronoknya slalu melancong dgn kluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge