Apakah blog yang berkualiti? Adakah blog yang berkualiti itu adalah yang mempunyai tulisan berbentuk ilmiah atau benda yang serius sahaja?
Blog berkualiti sebenarnya agak sukar untuk dikategorikan. Walau bagaimanapun, ia memang wujud dan sangat banyak.
Kualiti sesuatu blog bergantung kepada tujuan blog tersebut ditulis, dan kepada siapakah ia ditulis. Pembaca! Ya, pembaca blog yang boleh menentukan kualiti sesuatu blog.
Setiap orang yang membaca blog mempunyai tujuan yang berbeza-beza. Ada orang baca blog untuk mencari maklumat, ada yang baca blog untuk mencari hiburan, ada yang baca blog untuk menghilangkan tekanan… Setiap audience di atas memerlukan blog yang berbeza.
Tips menulis blog berkualiti yang ingin saya kongsikan (tanpa mengikut urutan):
1. Kenali blog anda dan kekuatannya. Walaupun blog anda cacamarba, pasti ada pembaca yang suka sebab semua ada all-in-one. Mungkin pembaca tak perlu cari banyak blog untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Semuanya ada dalam blog anda.
2. Kenali siapa pembaca blog anda. Adakah mereka ke blog anda untuk mencari hiburan, atau mencari kawan, atau mencari ilmu, atau mencari identiti mereka sendiri… Dari situ anda boleh terus menggilap potensi blog anda.
3. Kenali minat anda. Penulisan blog yang bagus hendaklah disertakan dengan minat agar anda boleh menulis dengan gembira dan ‘lively’. Tak perlu ‘terpaksa’ menulis topik yang anda tak suka kerana pembaca. Ada berjuta lagi orang yang suka baca blog, dan anda boleh menukar target audience. Menulis benda yang kita tak suka akan buat tulisan kita jadi kaku dan nak menulis pun susah sebab tak ada idea kadang-kadang.
Antara blog-blog berkualiti mengikut kategori:
Blog Pendidikan – blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk ilmiah dan pembaca tertarik untuk belajar sesuatu yang baru, misalnya blog tentang tips kewangan, tips kecantikan, keagamaan dan sebagainya.
Blog Hiburan – pembaca mencari blog ini sebagai hiburan untuk mereka. Blog sebegini boleh jadi blog yang memaparkan lirik lagu, download cerita, kartun, dan sebagainya. Kunjungan pelawat adalah untuk berhibur.
Blog Informasi – blog yang memberi maklumat tentang sesuatu perkara, misalnya informasi tentang produk-produk terbaru, gadjet-gadjet terbaru, ulasan isu terkini dan sebagainya.
Blog Pemikir – blog yang mana penulisnya mengajak pembaca berfikir dan berdebat tentang sesuatu perkara.
Blog Berita Terkini – blog yang memaparkan berita-berita hangat, terkini dan sensasi, sama ada berita semasa, berita artis dan sebagainya.
Blog Komuniti – blog sebegini biasanya dikaitkan dengan portal-portal dan forum-forum yang mana para ahlinya boleh beramah mesra sesama mereka.
Blog Cacamarba – semua di atas.
Setiap jenis blog di atas mempunyai kekuatan dan kualiti tersendiri. Jadi bagaimana untuk memastikan kualiti blog-blog seperti di atas adalah ‘terjamin’?
- Konsisten – konsisten dengan pendapat dan pendirian. Sekiranya ada perubahan terhadap pendapat dan pendirian, pastikan ada ‘flow’ kerana pembaca menyukai penulis blog yang berkeyakinan.
- Menghiburkan – walaupun menulis blog yang serius, sedikit sebanyak berikan hiburan kepada pembaca. Sekurang-kurangnya ‘hiburan’ dari segi layout yang tak membosankan, itu dah cukup bagus.
- Value added – jangan copy+paste. Sekurang-kurangnya tambahkan pendapat anda. Kalau anda menulis blog berita dan semuanya bulat2 copy+paste dari sumber berita misalnya, baiklah pembaca baca website newspaper itu je. Melainkan ada masukkan added value, contohnya compile semua berita2 yang sama dari sumber berbeza.
- Respon kepada soalan – melainkan komen-komen yang berbentuk “baguslah entry ni!”, “terima kasih tulis entry ni”, komen-komen yang berbentuk soalan, kalau boleh utamakan untuk reply. Maknanya pembaca tu betul2 nak tahu dan jangan biarkan pembaca anda terbiar macam tu je.
- Kongsi pengalaman – salah satu sebab orang suka baca blog ialah dapat baca tentang pengalaman orang lain. Kongsikan pengalaman anda di samping topik yang anda utarakan, agar lebih dekat di hati pembaca.
Untuk muncul sebagai blogger yang dikenali, berkualiti dan dihormati, memerlukan masa dan strategi. Mungkin ramai yang dapat ‘instant popularity’ tapi tak semestinya anda tak boleh. Kena kerja keras sikit je lah.
pic: istockphoto.
Leave a Reply