,

Tips Menjauhkan Gadjet Dari Anak-Anak

admin Avatar

*untuk panduan ibu bapa yang memiliki anak yang ‘gila gadjet’ sahaja. ibu bapa yang tak pernah beri anak main gadjet lebih baik jangan baca, nanti anda terdorong nak beri komen yang mengguris hati…

Ramai di kalangan ibu bapa yang menjadikan gadjet sebagai alat untuk menenangkan anak, termasuklah saya (satu ketika dulu). Disebabkan saya selalu bersama dengan anak-anak, terutama kalau ada program… bagi memastikan mereka duduk diam-diam dan tak merisaukan saya (lari keluar atau kacau orang), saya beri gadjet satu seorang (smartphone yang dah rosak tapi masih boleh guna selain untuk buat panggilan).

Begitu juga bila travel, anak-anak saya suka lari sana lari sini. Budak-budak, biasalah… Untuk kawal mereka, lebih-lebih lagi kalau semasa travel, saya beri gadjet. Barulah mereka leka dan kita pun boleh rileks.

Tapi sejak kecil memang mereka tak sentuh saya punya, dan saya pun cuma beri kalau terdesak, misalnya tak ada benda lain dah kecuali handphone saya, baru saya beri. Sejak kecil mereka faham, gadjet saya bukan barang mainan.

Keadaan dia atas tu memang OK, memang senang nak kawal mereka.

Tapi…. kesannya bila mereka dah besar, dah sekolah. Perkara yang paling jelas adalah tahap kepekaan. Kelekaan terhadap gadjet menyebabkan mereka jadi kurang peka. Walaupun benda yang jelas, tapi mereka tak boleh beri fokus sebab asyik fokus pada gadjet. Sangat bahaya untuk perkembangan minda mereka. Pengajaran dalam hidup ni adalah dari pemerhatian, bukan dari mesin 4 segi panjang tu!

Walaupun mungkin mereka boleh jadi pandai dengan apa yang dipelajari dari gadjet tu, tapi hilang kepekaan terhadap alam sekeliling, bermakna ada tanda hilang common sense. Hilang common sense… itu bahaya.

Nak pisahkan mereka dengan gadjet ni sebenarnya mudah saja. Mudah sangat.

Sebelum ni memang dah berapa kali cuba tapi tak berjaya. Kenapa tak berjaya? Puncanya bukan dari anak-anak.. tapi ibu bapa yang kurang sabar dan keazaman.

Anak-anak ni, terutama yang di bawah umur 7 tahun, mereka ni tak boleh nak fikir secara rasional. Malah, mungkin tak boleh nak fikir pun. Jadi kita sebagai ibu bapa yang kena tunjukkan dan beritahu pada mereka batas-batasnya.

Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan tegas. Anak kita, amanah kita untuk bentuk dia, bukannya kita dibentuk oleh anak. Anak-anak memang normal buat perangai macam-macam, nak itu, nak ini… Tapi kita yang kena sediakan batasnya.

Niat ikhlas, minta kekuatan dari Allah SWT

Nak asuh anak bukan mudah. Lagi-lagi zaman sekarang ni kita ada ‘banyak kerja’. Buat aktiviti sikit, terus nak update di FB, terus nak update di blog. Kadang-kadang nak buat live update lagi. Jadi kena minta kekuatan dari Allah SWT. Doa spesifik, sebutkan nama penuh anak, minta bantuan Allah supaya kita boleh dan mampu dan bentuk anak kita, dan kita pun diberi hidayah terbaik.

Biasanya ramai yang cadangkan kita sediakan alternatif lain supaya anak lupakan gadjet. Tapi alhamdulillah, masa kami 100% pisahkan mereka dari gadjet, semasa sedang travel. Travel dengan budak-budak ni… bukan benda yang tenang, hehe. Dalam kereta mereka suka buat bising, bergaduh, bertumbuk, menangis. Kerana itulah pada mulanya kami beri gadjet. Tapi pada suatu hari itu, kami tidak beri. Saya kata pada mereka, “Tengok alam sekeliling”.

Syukur pada Allah, dipermudahkan buat kami. Tiba-tiba Danny beritahu dia nampak awan bentuk macam-macam objek. Biasanya mereka tak peduli pun, samada leka dengan gadjet, atau leka membisingkan diri.

Mereka mula memerhatikan alam.

Syukur alhamdulillah, bantuan dari Allah.

Sejak dari hari tu mereka tak pernah tanya, tak pernah cari, tak pernah sebut tentang gadjet… seperti sebelum2 ini.

Jadi ibu-ibu yang selalu berebut gadjet dengan anak, atau yang ada anak hantu gadjet, yang nak pisahkan mereka dari semua tu… Buat langkah pertama, bukan sorokkan gadjet dari mereka, tapi minta bantuan dari Allah SWT. Macam-macam cara Allah beri, dan masa yang kita tak tahu. Mungkin esok, lusa, tahun depan… tapi kekuatan yang Dia beri itu insya-Allah lebih lestari, dan tiada pihak yang tidak puas hati. Insya-Allah.

Tagged in :

admin Avatar

15 responses to “Tips Menjauhkan Gadjet Dari Anak-Anak”

  1. Maisarah Avatar
    Maisarah

    Bttul. Setuju sangat. Selalunya saya mintak dorang tgk kapal terbang, backhoe, kadang tu suruh kira kereta. Hikhik tak betul pun…

  2. maizira Avatar
    maizira

    Terima kasih kak atas perkongsian walaupun sedikit tapi sangat significant dlm keadaan sy, boleh nak pitam. Sorang nangis, sorang menjerit sorang kuat mengusit.

  3. Zuraida Rahim Avatar

    Terima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah saya juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu tapi sekarang tengah berusaha memisahkan anak-anak dengan TV pula. Doakan supaya saya berjaya memisahkan anak-anak dengan TV pula.

  4. efie Avatar

    Saya bagi cuma pada hari cuti, dan ada masa yg ditetapkan. Hari sekolah mmg strictly no gadget. Alhamdulillah mmg diorang dah faham, xmintak pun pada hari selain hari cuti.

  5. fiza Avatar

    Sama la macam anak2 saya..terutamanya si adik, bila dah dpt tablet,selagi tak habis bateri selagi tu la tak berhenti main..pernah la sekali tablet dia rosak saya tak repair@beli baru berbulan bulan lamanya,alhamdulillah ok je sampai sekarang..cuma kadang2 dia asyik mintak phone mama dia ni la

  6. ira Avatar

    kaklom, tq for info. alhamdulillah kami done hehe. Dulu memang aiman macam tak geng dengan adik2 sebab suka ipad tu sangat2. suatu hari ipad missplace. 2minggu tak de ipad. sangat cepat perubahan. macam2 dia peka lagi. sekarang dia ada main jugak tapi kadang2 dalam 10 minit. pastu ngadap buku dan main dengan adik2 kalau kat rumah:)

  7. Amyz Avatar

    Saya setuju. 🙂
    Mudah-mudahan anak-anak kita tak jadi terlalu obses dengan gadget ni.

  8. Khadeejah Hasmad Avatar

    Maryam tak layan gadget dan TV, unless bila Muhammad pegang, dia saja nak ngusik. Haiyooo

    Muhammad pulak memang hantu gadget. Insya Allah Tips ni sangat2 berguna-minta kekuatan dari Allah.

    Muhammad asalnya suka tulis, suka baca buku, tapi nak melayan tu alahai kurangnya sabar saya. Itu yang bagi gadget.

    Insya Allah lepas ni doa saya dan suami kena sabar lebih banyak untuk layan anak2 syurga.

  9. maria Avatar

    Anak pertama dulu tak suka tv…suh tengok pun tak nak.tp sejak sekolah, mcm addicted plak ngan tv. Yang adik pulak masih tidak sukakan tv tapi pantang papanya balik mintak hset.
    Memang kena kuatkan keazaman dan banyak sabar nak bagi mereka tidak fokus pd gadget.

    Hmm…tapi kan, ada tak tips nak bagi bapaknya tak gila gadget?haha

    ESP Shaklee VS Clomid Untuk Kesuburan Wanita

  10. Safiya Avatar

    Wah, alhamdulillah. Leka melihat alam pulak ye 🙂

  11. Hasanah Ahmad Avatar

    Betul tu kak. Terkadang bila banyak sangat tips, kita gelojoh nak buat sampai lupa kembali pada Allah. Terima kasih kak atas soft reminder ini. Sangat berguna dan bagus sekali.

  12. Mummy Dina Avatar

    Alhamdulillah,penggunaan gadget anak2 kami masih di tahap yg minimum tapi nak kena sentiasa pantau juga..

  13. Mas Anira Tasmin Avatar

    samala dengan anak saya….asalnya dulu suami bg gadjet utk anak saya tgk youtube kegemaran dia…anak saya suka sgt2 dgn jentera2 berat mcm excavator, backhoe, crane dan yg seangkatan dengannya. So…malas nk layan anak dok bising merengek2 ajak tgk benda2 tu semua, suami bagi youtube. Sudahnya bila suami tak de dkt rumah…(kami duduk berasingan sbb suami keje jauh…balik sebulan sekali je masa tu…skrg dh balik ke malaysia) saya kena bg gadjet pd anak saya sbb dia dh pandai minta nk pon…nk pon…(nak telefon). Bila tak bagi dia g amik sendiri dkt beg saya. Geram pun ada…sbb jadi tabiat…bila nak tdo kena tgk youtube, bila tiba2 dia teringat dia nk pon…mmg stress sbb saya perhati dia tgk youtube utk jentera kesukaan dia, binatang kegemaran dia, tp bila sy pasang bab education mcm abc, 123, alif ba ta…sumpah dia x nak. Saya tgh dlm proses nk pisahkan anak saya dgn gadjet2 ni….sy alih perhatiand ia dgn rancangan kartun dkt TV…yg channel 611 – 616 tu la…tp belum berkesan sepenuhnya.

    by the way, perkongsian ni mmg bagus. saya akan cuba utk anak saya.

  14. Nurul Huda MS Avatar

    Sangat2 setuju. Memang gadget mama papa dia tokleh buat main langsung. Kalau takde alternatif sangat je baru bagi. Tu pon kejap2 je. Cuma, skrg ni nak reducekan pengaruh tv je

  15. Hajar Avatar

    tips yang sangat berguna..sama macam situasi saya sekarang yang mempunyai anak berumur 6 dan 2 tahun. masing-masing leka dgn game di smartphone..harap tips yang akak bagi ni dapat menjadi panduan kepada saya satu hari nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge