Tips Menangani Stress Yang Dahsyat

admin Avatar

Stress itu bagus. Bila stress, otak kita jadi aktif nak berfikir untuk fight or flight (lawan, atau lari). Kalau tak ada stress, kita akan hidup macam tak ada perasaan… Hidup sekadar bernyawa saja.
 
 Tapi… Kalau stress ni tak diurus dengan baik, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah berbangkit. Bukan saja tekanan jiwa tapi juga penyakit fizikal. Sakit jantung, kolesterol tinggi, semua tu boleh jadi akikbat kesan dari stress.
 
 


Bagaimana nak tangani stress?
 
 Stress boleh ditangani dengan pelbagai cara, tanpa memerlukan sebarang modal.
 
 1⃣ Ambil nafas dan bertenang. Gunakan teknik pernafasan Belly Breathing.
 
 Cara-caranya mudah saja. Letakkan satu tangan di dada dan satu tangan lagi di perut. Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam. Pastikan tangan yang berada di perut naik lebih tinggi dari tangan di dada semasa menarik nafas.
 
 Kemudian hembus nafas perlahan-lahan sampai rasa semua udara dah keluar dari paru-paru, dan tekan perut sikit.
 
 Ulang sampai rasa tenang.
 
 2⃣ Luahkan kepada seseorang yang dipercayai. Jangan silap orang, silap-silap kita yang kena ceramah free.
 
 3⃣ Beristighfar, dan terus amalkannya, 20 kali setiap habis solat.
 
 4⃣ Solat di awal waktu dan ambil masa sebentar selepas solat untuk berdoa dan memohon agar diberi petunjuk kepada penyelesaian masalah.
 
 5⃣ Mengaji al-Quran dan membaca buku motivasi. Jadikan al-Quran dan buku pembangun jiwa senagai teman setia, walaupun tidak stress.
 
 6⃣ Bergaul dengan mereka yang positif dan bersikap empati. Dapatkan sokongan dari sekeliling kita.
 
 Tak ada masalah tanpa penyelesaian. Yang penting, kita tahu apa nak buat untuk sentiasa dalam keadaan terkawal. Kawal emosi, sebelum emosi kawal kita. Hindari stress!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Tips Menangani Stress Yang Dahsyat”

  1. lydzar Avatar

    istighfar banyak-banyak
    sembang2 dgn kawan2 kt whatsap group

    chill 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kahkahkah

  2. emalinmohd Avatar

    Kalau stress pun jerawat akan tumbuh nak cendawan lepas hujan terutama di kawasan dahi

  3. Yong Cantik Avatar

    Kalau stress, potong rambut. Rasa ringan kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge