Pernah tengok gambar kawan kita tersengih-sengih depan Eiffel Tower? Pernah rasa “Best la dia, duit banyak boleh pegi Paris. Bila la aku nak dapat merasa”? Pernah tak?
Sekarang, tak perlu nak berangan kosong lagi, kerana saya nak kongsi rahsia bagaimana nak memulakan tabung untuk melancong, dari dalam hinggalah ke luar negara.
1. Berkawan baik dengan mereka yang suka melancong (atau mengembara, apa sajalah istilahnya)
Bila ada kawan yang suka menayang-nayang dia ke sana dia ke sini, berapa buah negara dah dia jejak kaki, TOLONG jangan menyampah. Walaupun kawan-kawan kita (yang tak pernah melancong atau tak sehebat kawan tu dalam melancong) dok forward ’10 sebab kenapa anda tidak boleh upload gambar melancong, salah satunya supaya tak menyedihkan hati kawan-kawan yang tak dapat pergi…’; tapi ignore saja.
Diorang tak suka, itu diorang punya pasal. Tapi kita boleh ambil kesempatan yang baik ni.
Bila dah berkawan dengan orang yang suka melancong ni, tiap kali dia terbang ke luar negara, beritahu dia “Tak payah belikan cenderamata untuk saya, tapi saya minta satu keping duit kertas nilai paling rendah dari setiap negara yang awak kunjungi”. (Fridge magnet mahal OK!). Lagi ramai kawan, lagi bagus. [WARNING: Pastikan hubungan dengan mereka benar2 baik. Bila dah kawan baik, harus dia pun tak kisah kan. Tapi kalau kawan ala-ala aje… berisiko untuk dimaki agaknya.]
Apa nak buat dengan duit tu? Teruskan baca…
2. Tukar minat kepada ‘Travel’
Kalau biasanya suka tengok channel sinetron, cuba tukar kepada channel-channel travel. Majalah pun baca majalah travel-travel. Benda gossip2 terkini tu stop, tukar minat kepada benda berkaitan traveling.
Kenapa? Barulah mood mari. Bila dah ada mood, barula semangat kita nak cari info dengan lebih lanjut. Sebenarnya, banyak benda ‘percutian’ yang kita nampak mewah tu takde lah memerlukan duit yang banyak sangat pun.. dan banyak trick2 untuk menjadikannya lebih ekonomi.
Tapi kalau tak switch, kita tak tahu.
3. Buka tabung ‘Mengembara’
Kalau sebelum ni belum ada tabungan untuk mengembara/melancong, inilah masanya untuk menjadikannya realiti. Potong (perbelanjaan) mana yang boleh, tambah (pendapatan) dari mana-mana sumber lain.
Jadikan ia tabungan wajib setiap bulan.
4. Belajar dari Yang Berpengalaman
Sama seperti point di No (1), belajarlah dari mereka yang berpengalaman.. Walaupun lambat lagi plan nak melancong, tapi belajarlah dari sekarang. Paling mudah, sekali lagi saya nyatakan, JANGAN menyampah dengan orang-orang yang suka menayang (berkongsi) yang mereka ke sana ke mari… Inilah sebenarnya peluang kita untuk dapat ilmu short-cut. Rajin-rajinlah baca pengalaman mereka, dan jangan layan rungutan orang pesimis yang tak suka tengok pengalaman seumpama itu. Abaikan sajalah orang macam tu.
5. Melancong ke tempat yang dekat-dekat dulu
Start small. Dalam negara kita pun sangat banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ambil mood dulu. Jimat pun jimat. Nak lagi thrill, buat ‘flight hunting’, cari tiket kapal terbang paling murah. Jangan tak percaya, kami sekeluarga 5 beranak dapat beli tiket kapal terbang MAS dari KLIA ke Kota Bharu hanya RM300 saja pegi-balik. Harga biasa satu hala pun dah dekat RM200 seorang!
Nak jimat lagi, jangan dok hotel. Tumpang rumah sesiapa. Kawan kita yang lama tak jumpa mesti suka kalau kita nak datang tidur rumah dia (ini yang pentingnya ada ramai kawan yang baik).
Bila dah biasa buat kerja-kerja travel hacking macam ni, senang lah nanti nak ke luar negara pula dengan gunapakai konsep yang sama.
6. Simpan matawang asing
Amat berguna bila kita simpan matawang asing semasa nilai ringgit tinggi… tika nilai ringgit jatuh, kita dah ada nilai yang lebih tinggi dalam matawang asing. Hehe, kalau ada 10 orang kawan ke UK, seorang beri 1 Pound, dah ada 10 pound 😀
Pernah dengar ‘money magnet’? Tahu magnet kan? Besi berani yang menarik besi. Jadi kita apply konsep yang sama untuk matawang asing yang kita ada tu. Pound attracts Pounds, Dollar attracts Dollars. Kita pasti akan dapat lebih banyak wang dari matawang asing tu, atau boleh tarik terus kaki kita ke punca tempat matawang tu.
Rezeki,.. kita tak tahu kan. Mana tahu ada orang nak sponsor bercuti ke luar negara, macam Red Mummy dan Ben Ashari tu.
7. Cari duit lebih
Jangan jadikan ‘tak ada duit’ sebagai alasan untuk kita takut nak bina impian. Duit tu boleh cari, duit ni hamba kita… jangan kita pula jadi hamba dia. Macamana nak jadi hamba duit? Sikit-sikit tanya duit “Duit, duit.. boleh tak aku nak buat ni?”, Duit jawab “Tak boleh, tak cukup”… Kan… duit pula yang menentukan kita boleh buat atau tidak.
Insya-Allah, kita niatkan lah setiap pengembaraan.. perjalanan kita adalah untuk menambah iman dan mengenal Allah. Semoga fikiran kita lebih terbuka luas dengan pengalaman baru di tempat orang.
Leave a Reply