Saya tak pakai lipstik jadi tak boleh nak cerita tentang lipstik 😀 Saya cuma pakai lip balm saja.
Saya ni adalah seorang yang membaca label barang2 sebelum membelinya. Tanda halal tu of course (tapi ada produk yang takde tanda halal pada bekasnya walaupun ia memang halal). Lagi, saya suka baca kandungan barang tersebut dan apa bahan-bahan (ingredient)nya.
Kalau nak pilih apa-apa tu, lama tang part membaca label je 😛
OK, untuk memilih pelembab bibir, adakah korang tahu beza antara pelembap2 di pasaran tu, selain jenamanya? Nak tahu jom kita tengok.
Benda yang PATUT ada dalam pelembab bibir (lip balm) anda:
Beeswax
Bahan anti inflamasi untuk mencegah iritasi, anti alergi untuk mencegah alergi dari terjadi. Ia juga adalah antioksidan yang memerangi radikal bebas, serta bertindak sebagai antibakteria. Ia juga bertindak mengawal kelembapan kulit.
Apricot kernel oil (minyak biji Apricot)
Memberikan nutrisi perlu kepada bibir dan untuk bertindakbalas dengan vitamin A dan EFA.
Coconut oil (minyak kelapa)
Menjaga kelembapan bibir.
Aloe vera (lidah buaya)
Anti-bakteria, menyejukkan dan melembabkan.
Jojoba
memberi nutrisi perlu pada kulit dan melembutkannya. Menjaga kestabilan minyak pada kulit kerana ia mudah diserap.
Avocado oil (minyak avokado)
Mengandungi vitamin A, D, dan E serta EFA untuk menjaga kelembaban bibir.
Shea butter
Melindungi bibir dari sinar matahari. Ia juga bertindak menyembuhkan bibir yang luka kerana kekeringan.
Peppermint
Berfungsi sebagai astringent atau penyegar.
Cinnamon (kayu manis)
Bertindak meningkatkan aliran darah pada bibir dan menjadikannya lebih ‘plumpy’.
Vitamin E (tocopherol)
Merupakan antioksidan yang sangat baik, meningkatkan kelembaban kulit, dan melindunginya dari sinar matahari.
Awas! Perhatikan bahan-bahan ini dan jangan beli produk yabng mengandungi bahan di bawah. Demi kesihatan bibir anda…
Petroleum
Biasanya banyak produk menggunakan petroleum… Sebenarnya, petroleum ni dalam jangka panjang akan menghakis kelembaban semulajadi bibir kita.. Jadi lama kelamaan bibir jadi bertambah kering dan merekah.
Bahan kimia
Kandungan bahan kimia seperti metasulfate, setearil,etc akan menyebabkan kulit bibir kering dan iritasi.
Mineral oil
Ia adalah hasil dari petroleum yang berbahaya bagi kulit, boleh menyebabkan elergi pada kulit bibir.
Jadi, berhati-hatilah memilih produk kecantikan ya. jangan sebab nak cantik, tapi jadi bertambah pedi. Ouch!
…Saya guna Beeswax dan MaxiLip. Hehe.. Shaklee takde keluarkan lip balm ler..
Leave a Reply