Tips Memulakan Perniagaan | Kenali Jenis2 Perniagaan

By | December 5, 2011

Bila bercakap soal berniaga, ramai orang yang katanya nak berniaga, atau bisnes la kata orang sekarang tu. Ramai yang beralasan, memulakan bisnes kerana 9/10 dari pendapatan adalah dari perniagaan. Ada yang berbisnes sebab mahukan masa yang fleksibel.. Ada yang berbisnes kerana tak mahu makan gaji.. dan sebagainya. Tapi hakikatnya, tak semua orang yang ber-bisnes mempunyai pendapatan lumayan melebihi orang-orang yang makan gaji. Ada juga yang lebih sibuk dari sebelumnya, maklumlah makan gaji 8-5, bila bisnes, 8-5 juga tapi 8 pagi hingga 5 pagi.

Apa masalahnya sebenarnya?

Sebelum anda decide nak mulakan bisnes, atau berhenti kerja sebab nak ber-bisnes, adakah anda dah kenal dan tahu jenis-jenis bisnes?

Pertama, ramai yang keliru antara bisnes dan ‘kerja’, terutama yang menjalankannya secara online. Ramai orang yang menyangka mereka sedang menjalankan bisnes, tapi hakikatnya, sedang bekerja.

Kedua, bisnes ada banyak jenis. Jom kita kenali bisnes-bisnes yang boleh kita jalankan:

1. CUKUP MAKAN (SURVIVAL) – bisnes yang beri pulangan cukup-cukup makan. Misalnya yang menjalankan bisnes part-time, jual barang2 preloved, dan sebagainya. Kadang2 orang define as ‘ambil upah’ sebagai bisnes, misalnya upah menterjemah dan sebagainya.

2. GAYA HIDUP (LIFESTYLE) – bisnes yang memberikan pengusahanya fleksibiliti untuk meneruskan gaya hidup tertentu. Contohnya bisnes dari rumah, personal trainer, web designer, photographer, multilevel..

3. BERKEMBANG – bisnes yang memiliki outlet dan cawangan mungkin. Misalnya restoran, pusat perkembangan, kedai pakaian dan sebagainya.

4. AGRESIF – bisnes yang memperkenalkan produk2 baru kepada pasaran dan memiliki pelan pertumbuhan yang agresif. Contohnya pembekal/pengilang produk secara besar-besaran, perkhidmatan yang melibatkan pihak antarabangsa dan sebagainya.

Seperti namanya, bisnes cukup makan sekadar cukup2 makan je lah. Dan biasanya bisnes cukup makan ni semua buat sendiri, jadi kalau pemilik bisnes tak boleh nak bekerja, misalnya sakit demam, bisnes pun slow sikit, atau bercuti sementara pemiliknya sihat semula.

Bisnes gaya hidup boleh dijalankan mengikut kegemaran dan hobi pemiliknya. Misalnya seorang yang suka membuat kek boleh menjalankan bisnes bakery. Dia rasa lebih bebas dan seronok menjalankannya kerana memiliki minat mendalam dalam bakery.

Bisnes jenis berkembang dan agresif adalah one step further. Bukan lagi bisnes kecik-kecik yang boleh buat secara suka-suka.

3 jenis bisnes terakhir tu yang sebenarnya apply konsep 9/10 pendapat dari perniagaan… bila ia membuka peluang kepada orang lain juga untuk meraih pendapatan. Lebih-lebih lagilah bisnes yang agresif.

Namun, no 3 dan 4 memerlukan komitmen yang jitu, lebih2 lagi sekiranya kita adalah pemula. Bukan yang lain tak perlu komitmen, perlu, semua pun perlu. Tapi memandangkan no 3 dan 4 membabitkan banyak kos termasuk kos overhead, jadi ia perlu dijalankan secara serius dan fulltime commitment.

Saya sendiri (buat masa ni) menggemari konsep perniagaan yang kedua. Fleksibel dan sesuai dengan saya yang masih bergelar pekerja di sebuah syarikat multinasional. Saya boleh hold mana-mana bahagian yang saya tak boleh fokus dan put extra effort pada mana-mana bahagian yang saya nak. Dan saya boleh buat 2-3 benda dalam satu masa, tertakluk kepada ‘kelaratan’.

Anda bagaimana?

3 thoughts on “Tips Memulakan Perniagaan | Kenali Jenis2 Perniagaan

  1. yati hassan

    salam..

    yati..yg 1st rasanya…tapi…belum jumpa kepuasan dlm bisnes, walaupun dari rumah, mcm ada yg tak cukup ….tq dgn info ni.

    Reply
    1. myrol akmal

      salam…sya bru abih spm….cdg nak wt bisnes…ad pape cdngan x nk wt bisnes ap?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge