Kecuali kalau kita menginap di rumah member atau saudara-mara, nak tak nak mesti kena cari tempat nak bermalam dan berehat kan. Kalau bujang-bujang mungkin tak kisah tidur di mana-mana pun, tapi kalau dengan keluarga dan anak-anak, penginapan ni crucial. Lagi-lagi kalau anak kita kecil-kecil lagi.
Macamana nak pilih penginapan yang ekonomi ikut bajet masing-masing, tapi keselesaan tetap diutamakan.
Kriteria yang mesti ada untuk penginapan yang nak dipilih:-
Tips Pilih Apartment:-
- Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
- Dapur yang cukup peralatannya.
- Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
- Ruangan untuk keluarga.
- Mesin basuh dan pengering.
- Tidak terlalu jauh dengan tempat tarikan/bandar/pekan.
- Ada Wifi!
Untuk penginapan di apartment, anda boleh tengok-tengok di AirBNB (sila klik).
Tips Pilih Motel:-
- Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima, yang berdekatan dengan pintu unit.
- Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
- Ada Wifi.
- Masa untuk late check-out.
Tips Pilih Hotel:-
- Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
- Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
- Ada Wifi.
- Perkhidmatan front desk 24 jam.
- Masa untuk late check-out.
Tips Pilih Hostel/Holiday Park:-
- Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
- Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
- Ada Wifi.
- Ada dapur.
- Ada laundry (biasanya ada separate unit untuk laundry, carilah unit yang berdekatan dengan fasiliti).
Dan satu lagi perkara penting, mesti tengok dulu review orang-orang lain yang pernah menginap di tempat tersebut. Of course utamakan yang dapat review 5/5 bintang atau 10/10 bintang, & paling kurang pun 4/5 bintang atau 8/10 bintang.
Antara website yang boleh dituju untuk baca review adalah BOOKING.COM dan TripAdvisors.
Apa yang penting ialah penginapan yang di-booking tu selesa untuk seisi keluarga, dan kalau ada yang tak menepati citarasa tu, samada tukar tempat, atau berlapang dada saja OK!
Leave a Reply