,

Tips Memandu di Iceland

admin Avatar

Memandangkan Iceland tiada perkhidmatan tren, maka kami putuskan untuk memandu sendiri. Kalau tak bawa budak-budak teringin juga nak cuba hitchhike (di sini terkenal dengan hitchhike, sepanjang jalan ada hitchhikers, even di hostel2 pun mereka tepek announcement siapa nak tumpang). Kami dah biasa guna servis Avis, jadi ke mana-mana setakat ni guna Avis.

Kami book kereta compact, dan dapat Kia Forte5. Target nak Volkswagen Golf tapi tak ada rezeki nampaknya.

MEMANDU DI ICELAND

Iceland ni dia punya pemandu di sebelah kiri. Saya memang surrender, husband dah ‘biasa’ bawa kereta sebelah kiri ni. Jadi tugas memandu memang dia punya 😀

Yang bestnya, di negara maju macam ni (walaupun sunyi je tapi negara maju ni tau!), kereta sewanya memang best. Baru-baru semuanya. Yang kami ke Jordan dulu.. sedih betul. Kereta aircond tak berapa rasa, pintu belakang tak boleh buka dari dalam… tayar pula bocor.

kereta iceland

Kami memutuskan untuk keliling pulau dalam masa 6 hari ni. Memang pack. Lagi-lagi Iceland ni banyak sangat attractions, jadi kena singgah sekejap2 saja…

peta perjalanan iceland

Kami bermula dengan ambil kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik, drive ke Reykjavik untuk menginap di sebuah apartment di sana. Reyjavik ni agak besar juga, kami menginap di Ambbassade Apartment di embassy district. Tempat ni lebih kurang mix Queenstown NZ dan Albany OZ. Sebagai pengajaran GPS yang diberi oleh company kereta yang tak reliable dan telah menyesatkan kami di Australia, maka kami beli Garmin sendiri! Puas hati.

Tapi nak mencari tempat tidur pertama ni sikit punya adventure… adress tulis ‘Thingholtsstræti’, kami cari guna Garmin memang tak jumpa. Masa tu baru je dapat Garmin, nak guna pun tak berapa reti, nak cari coordinat pun tak tahu 😛 main redah je ikut gerak hati. Akhirnya jumpa juga.. patutlah tak dapat cari.. nama jalannya adalah ‘Þingholtsstræti’. Huruf Icelandic ‘Þ’ ni bunyinya ‘Th’ tapi manalah kita nak tahu kan.

Setelah tidur di Reykjavik, esoknya kami bergerak ke Skaftafell yang terkenal dengan glacier hike. Dalam perjalanan kami singgah di Geysir dan Gulfoss. Melalui Golden Circle ni memang heaven, cantik sangat. Yang bestnya, jalan sikit jumpa air terjun. Apa lagi, berhenti ambil gambar. Hiking spot ada di mana-mana. Di sini macam ‘bebas’ sikit nak hike.

Sampai di Skaftafell dah jam 7.30 malam. Amazing sangat tempat ni. Hotelnya berlatarbelakangkan alpine snow.. gunung glasier.. cantik sangat. Glasier dia tu macam boleh je pegi panjat sendiri. Kalau di New Zealand, ada banyak signboard suruh jangan dekat.

GLASIER ICELAND

Tidur satu malam di Skatafell, lepas jogging (my daily activity in Iceland) & hiking, kami gerak ke destinasi bermalam seterusnya, Borgarfjordur Eystri, dalam perjalanan singgah di Jokulsarlon Glacier Lagoon, entah apa formation tepi laut, apa saja yang nampak cantik di mata terus berhenti dan menikmati.. indah sekali.

Sempat makan tengah hari di Hofn, salah satu lokasi filem The Secret Life of Walter Mitty. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Borgarfjordur Eystri yang sangat mencabar. Bila diingat perjalanan tu rasa nak menangis.

Borgarfjordur Eystri

Bayangkan jalannya macam ni all the way up and down. Dengan gunung tu ditutupi salji… Rasa nak termuntah pun ada.

Tapi bila sampai sana… Masya-Allah sangat-sangat berbaloi. Lembah yang sangat cantil. Berbaloi rasa nak tercabut jantung. Rasanya the best place in Iceland adalahh di sini.

Esoknya selepas sarapan, kami sambung perjalanan ke Tasik Myvtn.

Nanti bersambung untuk bahagian utara Iceland pula!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Tips Memandu di Iceland”

  1. Sabri Avatar

    Saya juga “mengembara” dengan membaca dan melihat foto hasil pengembaraan anda. TQ bos

  2. aina Avatar
    aina

    Salam sis seronok nyer tengok…berapa belanja ke iceland…klu buat trip sy teringin nak join..

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    Cantik-cantik gambar pemandangan kat sana. Subhanallah

  4. The Travelling 3o Avatar

    Niceeee. Excited haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge