Bosnia & Herzegovina adalah negara bersempadan dengan Croatia, Serbia dan Montenegro. Bila sebut Bosnia, mungkin buat kita teringat peperangan di awal 90-an yang mana negara kita terlibat secara langsung memberi bantuan dan perlindungan kepada mereka.
Nama Bosnia & Herzegovina adalah kerana negara ni terbentuk dengan penyatuan 2 wilayah : Bosnia di utara dan Herzegovina di selatan.
Mostar adalah antara destinasi paling popular di Bosnia.
Digambarkan dengan sebuah jambatan yang teguh merentasi sungai yang cantik. Ia sebenarnya bukan sekadar jambatan atau sebab cantik. Tapi ia adalah simbolik kepada penyatuan 3 etnik terbesar Bosnia : Muslim, Croat & Serb, setelah peperangan berakhir.
Ia adalah Stari Most atau Old Bridge yang terletak dalam Old Town Mostar.
Jambatan ni pernah musnah dibom pada tahun 1993. Dan kejadian ni diabadikan pada sebuah batu berhampiran jambatan, bertulis ‘DON’T FORGET ’93’.
Untuk view cantik jambatan ni, boleh pegi ke point2 di bawah:-
✔ Turun melalui tangga sebelah cafe Lasta, kalau dari Kriva Cuprija, jalan terus je. Dari sini boleh dapat view jambatan dari bawah.
✔ Dari mana2 kafe di tepi sungai. Superb.
✔ Best view, I would say, dari atas menara masjid Koski Mehmed Pasha. Masjid ni lain dari masjid2 yang banyak di Mostar. Ia ada courtyard macam masjid2 di Turki, dan interiornya dihias cantik. Nak masuk pun kena bayar 2 Euro.
Old Town Mostar adalah kawasan penempatan Muslim Bosnia. Tidak hairanlah banyak betul masjid dalam old town. Seberang Sungai Neretva adalah penempatan kaum Croat. Di bahagian sini pula banyak gereja.
Walaupun dalam tu boleh dikatakan ramai Muslim dan orang kata mudah cari makan, tapi pengalaman kami macam ni pulak…
Perbualan dengan beberapa restoran:
Saya : Restoran ni serve daging halal ke?
Waiter : Saya pun tak sure. Tapi kitorang kat sini semua Muslim, termasuk chef dan owner. Tapi daging tu halal ke tak, saya pun tak pasti.
Mmmm, gitu.
Kami sampai di Mostar dalam waktu Zuhur. Nak bersolat masjid, tapi semua masjid berkunci. Harapkan banyak saja tapi semuanya tidak boleh dimasuki.
Kami mahu tumpang solat di restoran, dengan beranggapan mereka semuanya Muslim, mestilah ada tempat untuk solat kan. Tapi diorang tak beri, atas alasan tempat mereka juga menjual arak, jadi mana boleh solat.
Mahu solat di luar, cuaca pula terlalu sejuk.
Memandangkan di sini banyak masjid, maka lebih baik solat jamak ta’khir di masjid.
Jadi kami tunggu saja lah azan Asar. Bila masuk waktu asar tu kami segera ke masjid dan solat. Kebanyakan masjid2 di sini tiada tempat wuduk, jadi kena wuduk dulu siap2 kat tempat lain. Selepas solat pun kena cepat2 keluar kerana ia akan dikunci semula.
Sempatla menyembang dengan imam muda masjid tu. Tanya dia tentang makanan halal kat situ. Katanya memang susah sikit nak nak cari yang confirm halal (What?). Beliau recommend restoran kawan dia berhampiran masjid. Confirm halal katanya. Lagi satu boleh cari yang tampal sijil halal. Ehh macam dilemma yang sama dengan negara kita je.
Cakap pasal makanan, yang wajib try di Bosnia ni:
🍽 Cevapi – kebab Bosnia. Daging yang dibentuk macam sosej, dialas bawang, krim segala dan dimakan bersama roti pita.
🍽 Burek – macam roti bom tapi intinya daging atau sayur.
🍽 Bosanski lonac – sup daging Bosniak style
🍽 Kopi Bosnia – kopi Turki versi Bosnia
Sebelum sampai Mostar, kami singgah di Medjugorje (sebutannya Med-yu-gor-iye). Sini famous as hiking site dengan track yang senang & scenery yang cantik. Sini jugak ada satu tempat pilgrimage bagi orang Kristian. Banyak kisah mistik diceritakan berlaku di sini. Takde orang sangat pun, mungkin bukan ‘musim haji’ (sorry if I misuse the term).
Dari Medjugorje ada 2 jalan utama ke Mostar, sebab nak patah balik nanti, so kami ikut laluan berbeza. On the way lalu Zitomislici, lepas lalu jambatan sebelum sampai town, ada satu nature area – Green Park. Just photo stop sebab takleh lama2, nanti gelap pula.
Mostar Old Town kena jalan ke dalam sikit dari tempat parking berdekatan church besar kat tepi jalan besar ke Sarajevo. Jalan raya agak sibuk jugalah, mungkin rush hour.
Kalau boleh jangan parking kat area Old Town sebab mahal. Kat luar2 & jena jalan sikit (takdelah jauh pun) banyak tempat boleh parking free.
Tempat Wajib Visit & Tips di Old Town Mostar
🇧🇦 Stari Most (refer tips di atas utk gambar cun).
✔ Dari entrance jalan terus je.
✔ Pastikan tapak kasut bukan jenis licin sebab surface jambatan ni licin betul.
✔ Anytime of the day ada diver yang buat terjunan dari jambatan ni. Jangan ikut pi terjun pula.
🇧🇦 Halebija & Tara Tower
✔ Bangunan ni mercu just sebelum starting point nak cross Stari Most dan selepas end point.
✔ Di Helabija Tower ada War Photo Exhibition. Bayar 3 Euro dan kita boleh tengok koleksi gambar2 peperangan yang diambil oleh seorang jurufoto dari New Zealand di sini.
✔ Di Tara Tower ada Stari Most Museum. Bayaran masuk 2 Euro.
✔ Di Helabija Tower ada satu bilik comel namanya Cardak, yang mana jadi simbol rumah2 kat area Balkan.
🇧🇦 Masjid Kaska Mehmed Pasha
✔ Cross jambatan, jalan terus ke kiri.
✔ Selain view jambatan yang cantik dari menara dia (kena panjat & laluan tu agak sempit), masjid ni worth to visit kerana sejarah dan keindahannya.
🇧🇦 Biscevic House
✔ Dari Masjid Kaska jalan terus & akan jumpa rumah tradisional zaman Uthmaniyah ni yang dijaga dengan baik hingga hari ini
✔ Ada lagi beberapa rumah macam ni seperti Kajtaz House tp kalau tak sempat jejak semua, Biscevic House is the most.
✔ Bayaran masuk 4 Euro.
🇧🇦 Hammam
✔ The same Turkish bath yang boleh ditemui di mana2 di Turki.
✔ Tapi worth visit sebab tempat dia dekat je dengan Stari Most.
🇧🇦 Kriva Cuprija
✔ Mini version of Stari Most. Kalau ikut cerita, diorang buat jambatan ni dulu sebagai prototaip untuk Stari Most.
🇧🇦 Carsija
✔ Bazar yang terdapat di sepanjang lorong dan tepi sungai
✔ Great place untuk beli souvenir sebab muraaah!
Tips Lain:-
✅ Currency : Convertible Marka. Kat sini diorang terima Euro, in fact diorang lagi suka kita bayar dalam Euro sebab diorang boleh round up. 2 KM = 1 Euro, which is mahal le sebenarnya. Jadi tukarlah duit lagi2 kalau stay lama. Kalau guna CC jangan caj dalam Euro.
✅ Bahasa : Bosnia ada 3 Bahasa rasmi : Bahasa Bosnia, Croatia dan Serbia. Dan kebanyakkan boleh cakap Inggeris walaupun tak berapa fasih.
✅ Bosnia adalah antara negara paling selamat di Eropah Timur.
✅ Selain paling selamat, Bosnia antara negara termurah, even cheaper dari jirannya Montenegro.
Leave a Reply