Entry ini adalah dipetik dari page di bawah kelolaan saya, The Jetsetters, berkenaan tips untuk travel dengan anak-anak kecil.
Saya copy kat sini untuk manfaat pembaca MSK!
——————————————–
Bila ada anak2 kecil, baik travel dekat ataupun jauh, cabarannya pasti ada. Alah, nak ke pasar dengan budak2 pun rasa kalutnya kan. Inikan pula ke tempat asing.
Pengalaman kami travel dengan baby seawal 44 hari, kini anak2 berusia 8 tahun, 7 tahun dan 4 tahun, serta 4 bulan dalam kandungan. Still travel dengan gembira!
Bila kita travel dengan anak, benda paling penting adalah ANAK-ANAK. Nak plan apa2, pegi mana2 kena consider diorang ni. Bayangkanlah kalau kita plan macam2 benda best tapi anak2 duk mengamuk. Rasa macam nak mengamuk sama kan? Apa-apa pun mesti put the children first. Bila diorang happy, kita pun boleh menikmati pengalaman kembara dengan tenang.
Bagaimana nak uruskan anak2 semasa travel & still keeping ourselves sane?
Berikut beberapa tips dari kami:-
1- Jangan over-expect
Kalau anak2 ni biasanya di rumah asyik merengek, buat perangai, nak melekap je… Jangan expect diorang akan berubah bila dibawa berjalan.
Kemungkinan akan bertambah buat perangai tu tinggi. Maklumlah, budak2 ni mudah penat dan cepat bosan.
Sediakan mental yang diorang ni takkan berubah jadi benda lain. Diorang tetap anak2 kita yang sama.
2- Susun itinerary seawal mungkin
Mesti siap sedia dengan itinerary. Kalau travel solo/couple, kita ada masa nak rancang dan fikir, tapi bila bersama anak2 kecil (ramai pula tu) masa mungkin dipenuhi dengan melayan karenah diorang.
3- Booking penginapan siap-siap
Kalau travel tanpa anak pun sebaiknya kita book tempat tido siap2 (utk dapat best deal!) inikan pula dengan anak-anak. Bukan je utk dapat harga murah tapi juga supaya tak pening nanti nak cari tempat penginapan… Dengan entah masih available ke tak… Budak2 dah penat segala…
4- Sediakan objek2 yang boleh melekakan mereka
Bila dalam perjalanan, setiap 5 minit pastilah ada soalan “Bila nak sampai?” Sekali dua boleh lah layan, tapi kalau dah masuk 250 kali, ada juga rasa nak lempang orang.
Bawalah benda2 kegemaran mereka yang boleh buat mereka asyik dan lupa untuk merasa bosan. Misalnya macam buku, alat mewarna, mainan kegemaran atau apa saja yang mereka suka untuk melawan perasaan bosan.
5- Bawa handcarry yang besar
Toksah berangan nak bawa handbag isi wallet & passport je… Mesti siap sedia dengan segala mak nenek wet tissue, baju sepersalinan especially utk baby, botol minuman, kudapan, diapers dan lain2 barangan asas untuk anak2.
Untung bagi yang breastfeed sebab tak perlu nak bawa peralatan untuk sediakan susu.
6- Peruntukkan masa untuk aktiviti anak2
Kita mungkin teruja nak buat benda yang kita suka – shopping ke, tengok nature ke, masuk muzium ke… Jangan dilupa anak2 pun ada benda yang mereka suka dan tak suka. Sediakan acara untuk anak2… diorang ni takde lah nak apa pun. Biasanya nak main je. Jadi bawalah anak2 ke tempat2 mereka boleh bebas bermain seperti playground, padang, taman bunga dan sebagainya.
7- Stroller dan Babycarrier
Satu kelebihan budak2 ni, diorang boleh tidur di mana2 saja bila penat. Lebih2 lagi kalau dah jetlag. Sediakanlah gajet2 yang boleh membantu untuk bawa mereka tatkala mereka tertidur seperti travel stroller atau babycarrier.
Kami tak berapa sangat dengan stroller, baby/toddler-carrier lebih convenient.
8- Setkan minda pengembara
Selalu bincang dan ingatkan mereka (anak2 yg dah boleh faham) tentang keadaan bila kita travel. Tak boleh nak rileks macam di rumah, makanan terhad, banyak masa habis di luar…
Mereka mungkin akan banyak merungut (penat, bosan…) tapi explain dengan cara baik, mereka akan faham.
9- Sediakan buffer
Sesuaikan aktiviti dengan keadaan kita bersama anak2 kecil ni. Jadual jangan terlampau pack. Sehari dapat 1-2 tempat dah cukup OK. Melainkan kita memang carry mereka & mereka tak perlu berjalan, itu boleh consider. Tapi dengan anak yang berjalan, sediakan buffer agar mereka tak terlalu penat. Kalau jadi apa2, kita juga yang susah.
10- Cukup makan, cukup rehat
Budak2 akan crancky bila mereka lapar, penat, mengantuk… Pastikan mereka cukup makan, cukup tidur, cukup rehat… Dalam perjalanan, tidurkan mereka. Jangan keluar sampai terlalu lewat malam.
11- Bawa suplemen dan ubat
Bersedia untuk detik tak dijangka & kebalkan tubuh anak agar tak mudah jatuh sakit.
Saya biasanya bawa Nutriferon, Vitamin C & Vita-Lea (multivitamins) for Kids untuk pertahanan badan anak2.
Termometer & panadol utk kanak2 sentiasa kena ada (alhamdulillah guna sekali je setakat ni masa trip umrah).
Plaster kena selalu ada.
12- Just enjoy!
Hargai masa bersama-sama… Jangan frust kalau apa yang kita rancang tak menjadi seperti yang dijangka. Yang penting, masa dan pengalaman kita bersama anak2…. Satu benda yang tak dapat dibeli!
Jangan lupa like Page The Jetsetters untuk pelbagai tips kembara!
Leave a Reply