Tips Kejayaan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

admin Avatar

Penyusuan susu ibu kini bukan lagi perkara asing. Ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa juga boleh menyusukan anak-anak dengan susu ibu, selama mana yang mereka suka. Tidak ada istimewanya ibu yang tak bekerja dan yang bekerja, dalam penyusuan susu ibu, kerana semua ibu ada peluang yang sama. Malah, ibu yang bekerja sangat jauh dari bayi juga mampu menyusukan bayinya (Seorang askar Amerika yang berada di Timur Tengah menghantar susu badan kepada anaknya di USA).

Berikut adalah tips penyusuan ibu bekerja untuk panduan ibu-ibu semua.

1. Belajar tentang penyusuan

Sekarang ni banyak pihak yang menganjurkan kelas-kelas penyusuan. Malah, terdapat hospital yang mengadakan ceramah dan kursus laktasi.

2. Mula simpan stok dan pastikan susu perahan mencukupi sebelum naik bekerja

Bersiap sedia dengan bekalan susu perahan (EBM) sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Pam susu badan dan simpan di dalam peti ais.

Di bawah ini adalah jadual tempoh hayat susu ibu mengikut cara penyimpanannya.

CARA SIMPAN SUSU IBU

3. Berbincang dengan majikan dan pengasuh bayi

Seorang ibu menyusu yang bekerja perlu mengepam susu di pejabat sekurang-kurangnya 2-3 kali. Sekiranya perlu mengambil masa, maklumkan kepada majikan keperluan untuk menyediakan susu badan kepada bayi. Ramai majikan yang faham dan menyediakan bilik khas untuk mengepam serta menyimpan susu badan. Berbincanglah dengan baik tanpa prejudis.

Begitu juga kepada pengasuh bayi. Bincang dan latihlah beliau untuk mengendalikan susu badan, sekiranya beliau tak biasa.

4. Susukan bayi sebaik saja sampai di rumah, dan susukan secara terus

Elakkan dari menggunakan stok EBM semasa berada bersama dengan anak kita… Semasa bersama dengan bayi, gunakan masa itu untuk mendakapnya dan menyusukannya dengan sentuhan kulit ke kulit.

5. Sentiada dalam keadaan tenang

Elakkan dari stress dan tekanan perasaan… Bila dalam keadaan stress, ia boleh mengganggu pengeluaran susu badan. Bawa gambar anak sebagai peneman semasa mengepam susu. Susu akan mengalir keluar dengan tenang apabila ibu dalam keadaan gembira dan membayangkan keletah bayi.

6. Gunakan breast pad

Bagi mengelakkan kebocoran susu (susu mengalir keluar tiba-tiba), gunakan breast pad untuk menyerapnya. Bawa spare untuk tukar pad tu apabila basah.

BREAST PAD
Contoh breast pad

7. Sentiasa positif dan yakin dengan kejayaan

Sudah terlalu ramai ibu bekerjaya yang berjaya dalam penyusuan. Tidak ada sebab kenapa anda tak boleh berjaya. Semua orang boleh melakukannya. Bertabah hadapi dugaan (pasti akan ada dugaan sepanjang perjalanan penyusuan ni, tak ada orang yang tak ada masalah). Insya-Allah, pasti kejayaan menanti.

Selamat menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Tips Kejayaan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja”

  1. Amyz Avatar

    Saya pun ada share panduan untuk ibu bekerja di blog. Hehe. 😉

  2. emalinmohd Avatar

    Senario sekarang rasa lebih mudah berbanding tahun 2006 dulu. Majikan pun lebih memahami sebab di mana-mana dah nampak ibu mengepam

  3. Aya Chalo Avatar

    Anak ke empat ni insyaAllah dipermudahkan

  4. JiwaSihat Avatar

    Tips yang baik dan praktikal. Susu ibu sememangnya susu terbaik untuk bayi dan aktiviti menyusu itu dapat mewujudkan ikatan antara ibu dan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge