,

Tips Jimatkan Data Intenet & Hentikan Anak Ketagih Gajet

admin Avatar

Dah menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menjalankan bisnes online, terutama Shaklee, yang alami masalah seperti di bawah:-

  • Berebut handphone/laptop/gajdet dengan anak
    • Anak asyik tengok YouTube
    • Data cepat habis

Akibatnya… anak ke mana, bisnes ke mana.

ANAK KETAGIH GADJET

Apa yang saya buat ialah, kalau gajet cuma ada satu… tegaskan bahawa itu bukan barang mainan. Smartphone adalah alat komunikasi yang diperlukan oleh orang tua, bukan budak-budak.

Ya, anak-anak saya pun pernah juga jadi kaki gadget. Apa yang saya buat:

  • Uninstall semua games
  • Buat restriction untuk install app baru
  • Lock handphone tu
  • Over & over again ingatkan telefon kita bukan barang mainan mereka

Anak-anak saya tak berani usik handphone kami suami isteri. Dulu-dulu ada juga mereka minta, tapi over and over again beritahu TAK BOLEH. Bayangkan kalau anak-anak minta wallet atau duit kita, ada kita nak bagi ke?

Anggaplah handphone itu bukan benda mainan anak-anak. Kalau nak jadikan gadjet sebagai salah satu alat pembelajaran, belikan satu untuk diorang. Kalau tidak, tak payah. Banyak lagi benda lain yang lebih bagus dan impactful untuk perkembangan minda dan fikizal anak-anak. Bukan gadjet.

Bagaimana pula nak jimatkan data?

In case anak masih ketagih gajet dan dalam proses nak slow-downkan diorang… boleh buat cara ni:-

  • Off 3G
  • Off data selular
  • Buat restriction untuk surfing atau YouTube

Ye saya faham emak-emak kadang malas nak melayan perangai tantrum anak-anak ni.. bila bagi gadjet baru diorang OK dan leka. Tapi ingatlah itu semua untuk sementara saja. Kesannya lebih buruk kalau dibiarkan.

Budak2 ni bukan apa, mereka nak perhatian dan menuntut masa kita.

Bila dah pisahkan mereka dengan gadjet, kenalkan mereka dengan aktiviti2 lain yang tak membosankan. Misalnya mewarna, membuat kraf, membina lego, dan macam2 lagi aktiviti. Invest sikit masa berkualiti dengan anak-anak. Insya-Allah mereka lebih mudah dibentuk berbanding dipujuk dengan gadjet.

Ingat, anggap gadjet kita sama macam wallet kita, duit kita, kereta kita, dapur masa kita… tak pernah kita rasa nak beri pada ank2 kan?

admin Avatar

4 responses to “Tips Jimatkan Data Intenet & Hentikan Anak Ketagih Gajet”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    anak-anak suka tengok youtube, tapi alhamdulillah so far berjaya limitkan

  2. Papaglamz Avatar

    Tula kan.. dapat kurangkan data pun ok juga.. nice tips..

    Hot post – 17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin

  3. efie muhamad Avatar

    Ammar & Ajlaa’ ni memang diorang dah sedia maklum, weekend je boleh on internet.. kalo weekdays memang strictly NO.. so pandai2 la bawak diri masing2 masa weekdays.. hihi…

  4. Inspirasi Huda Avatar

    Betul tu, anak-anak mahukan perhatian kita. Penegasan adalah perlu walaupun tidak dapat lakukan sepenuhnya tetapi hadkan di peringkat awal. Insya-Allah lama-kelamaan anak-anak akan makin dewasa dan mengerti. Beri penegasan yang baik, bukan terus dengan perkataan ‘TIDAK BOLEH’ kerana hal itu boleh menyebabkan anak-anak memberontak. Ia bukan suatu yang mudah apatah lagi anak-anak jiran bermain smart phone di depan anak-anak kita 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge