,

Tips Cari Hotel Murah,Best dan Berbaloi Secara Online

admin Avatar

Bila kita nak holiday atau travel ke mana-mana,tak kiralah luar ke dalam negara ke…kalau tak menumpang tidur rumah orang, tempat penginapan adalah perkara paling penting untuk kita uruskan. Lagi2 kalau kita travel dengan anak-anak.

Macamana nak cari hotel yang murah, best dan berbaloi? Yang penting selesa dan tidak menyusahkan diri.

1. Hotel yang sesuai untuk bilangan ahli

Keluarga dengan anak yang ramai, pastikan memilih ‘family room’ yang menyediakan ruang lebih besar atau katil ekstra. Sekiranya memerlukan 2 bilik, dapatkan connecting room agar kita mudah nak menguruskan keluarga.

Atau nak yang lebih selesa, ambik apartment satu unit. Apartment lagi best untuk family… ada dapur, kadang ada mesin basuh baju & dryer…

2. Hotel yang sesuai dengan mode of transportation

Check lokasi kediaman, sekiranya menggunakan kenderaan awam, carilah yang dekat dengan stesen tren atau bas. Kalau memandu, pastikan tempat tu ada sediakan parking. Kalau boleh, yang free. 

3. Guna pelbagai aggregator search engine

Ramai yang tanya, nak check rate bagus guna booking.com ke Trivago? Orbitz OK ke? Guna je semua! Compare harga kat semua website tu.

4. Check di website hotel

Jangan taktau kadang2 booking direct dengan hotel boleh dapat lagi murah dan macam2 offer best. Di samping guna aggregator di atas, check juga dengan hotel direct.

5. Baca term & Condition

Kadang2 kita malas nak baca benda panjang2, main klik je. ce baca kejap, tak rugi pun. Malah mungkin boleh selamatkan dari kerugian.

6. Cari yang boleh kansel tanpa caj

Kalau guna Booking.com, cari yang tawarkan free cancellation. Yelah, mungkin kita tak jadi nak stay.

7. Last minute deals!

Sesetengah tempat ada bagi offer last minute untuk habiskan bilik. Tapi kalau tak betul2 last minute takyahla buat. Sold out kang naya.

 Baca review dan check rating

Jangan main ambik je mana2 tempat, check dulu rating dan baca review! Rating yang bagus dalam 80% ke atas. Dan cari review pengguna yang lebih kurang keadaan sama macam kita. Kalau kita bawa family, cari review yang bawa family.

Semoga tips ni dapat membantu korang nak cari hotel ye. Have fun!

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Tips Cari Hotel Murah,Best dan Berbaloi Secara Online”

  1. anies Avatar

    assalamualaikum admin…

    saya ada nak tanya pasal swiss pass…

    1. admin Avatar
      admin

      Ya Saudari?

  2. Al-Manna Ameer Avatar

    Panduan berguna untuk cari hotel murah. Terima kasih.

  3. nurul fatin adiana Avatar

    terima kasih master..panduan beguna utk sya

  4. Ira Avatar

    thanks for the info.

  5. myliferia Avatar

    Sangat berguna tips ni. Seronok lah hero-hero ni kalau dapat stay hotel. pool lah yang paling dicari 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge