Tips Best Hadiri Walk In Interview

admin Avatar

Dah lama saya tak ikuti mana-mana interview. Maksud saya interview kerja. Dulu interview nak cari pekerjaan.. dan interview untuk prestasi semasa melakukan kerja.. pun dah 2 tahun saya tinggal.
 
 Sekadar berkongsi dengan adik-adik yang bakal menamatkan pengajian dan akan menjalani interview mencari pekerjaan… sedikit tips walk in interview untuk korang.
 
 Tips ni dari pengalaman sendiri dan juga diskusi dengan makcik dan kawan2 yang bekerja dalam bidan Human Resource (HR).
 
 Dari segi pemakaian, semua sudah sedia maklumlah kan… Pakaian haruslah kemas dan formal. Haruslah kan. CV dan alatulis semua jangan lupa bawa.
 
 1) Pertama kita kena faham kenapa diadakan interview. Ia bukan sebab nak kenal kita, atau nak nak kita ni pandai ke tak… semua tu ada dalam resume. Tujuan interview adalah nak tengok samada kita boleh bekerja dengan mereka. Jadi tak perlu risau dan berlakon berlagak ke, just be yourself.
 
 2) Bila melangkah masuk ke bilik temuduga, mulakan dengan ucapan selamat, dan jangan lupa berjabat tangan (dengan mahram untuk Muslim) dan bertanya apa khabar pada mereka. Walaupun berdebar, tapi lakukan terbaik untuk cover line supaya tak nampak nervous.
 
 3) Kenali nama mereka. Semasa sesi berkenalan, pastikan kenali dan ingat nama mereka. Kenapa? Ia berguna semasa kita menjawab soalan.. Walaupun nampak simple, tapi jawapan yang dimulakan dengan “Menjawab soalan Encik Samsul…” atau “Soalan Puan Mariam ni memang saya tunggu-tunggu..”. Kan menarik tu..
 
 4) Biasanya interviewer akan tanya “Tell me about yourself” atau “Cerita sikit tentang diri awak”. Beritahu benda yang dia tak boleh baca dalam CV. Tak payah ulang-ulang nama, asal, sekolah mana… semua tu dia boleh baca…
 
 5) Kalau tak tahu jawab, jangan diam atau kelentong melalut ke lain, jawab je “Maaf, saya tak pasti” atau tak ingat ke… Jangan risau, ini bukan test IQ atau oral exam kumpul markah. Interview untuk lihat skil komunikasi dan skil lain yang kita ada.
 
 6) Ucapkan terima kasih setelah temuduga selesai, atas kerjasama mereka… sebut nama setiap orang.
 
 7) Tips terakhir ni jarang orang bagi. Minta business card dari penemuduga.. dan kalau mereka tak milikinya, cuma dapatkan email mereka dari receptionist. Pagi esok, hantar email, ucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dalam interview hari sebelumnya.
 


Jangan lupa banyakkan berdoa pada Allah SWT semoga dipermudahkan, dilancarkan lidah, dibukakan hati penemuduga… Selamat melangkah ke alam pekerjaan!
 
 – Posted using BlogPress from my iPad

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Tips Best Hadiri Walk In Interview”

  1. myliferia Avatar

    Teringat plak zaman g interview dulu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge