Kes Bapa Sembelih Anak

admin Avatar

Dulu saya pernah tulis tentang seorang bapa yang membunuh isterinya dan mencederakan anak-anaknya akibat mengalami schizophrenia. Namun sebenarnya entry tersebut ada melukakan hati beberapa pihak. Hmmm, kenapa tu, tak perlulah saya cerita…
 
 Apa schizophrenia ni? Schizophrenia adalah sejenis penyakit yang mana penghidapnya sering berhalusinasi dan mendengar suara-suara yang menyuruhnya melakukan itu dan ini, termasuk hal yang di luar batasan pemikiran manusia biasa yang sihat.
 
 Banyak kes-kes yang melibatkan kematian ahli keluarga, biasanya di-diagnos sebagai mengalami schizophrenia (selain ada yang dalam pengaruh dadah).
 
 Bila bercakap tentang schizophrenia, sebenarnya ramai di kalangan kita yang mengalaminya, dalam 1 daripada 100 orang. Schizophrenia adalah sejenis brain disorder yang menyebabkan seseorang menjadi keliru antara realiti dan tidak. Ia bukan penyakit bawaan benda-benda halus, sebaliknya ujian ke atas otak penderita schizophrenia menunjukkan kelainan pada struktur otak mereka.
 
 Antaranya adalah :-
 – Memiliki hipotolamus yang lebih kecil dari biasa, menyebabkan mereka tidak dapat mentafsir apa yang diterima oleh deria mereka.
 – Ketidakseimbangan kimia pada cecair otak.
 – Ventrikel otak yang lebih besar dari biasa menyebabkan tekanan pada keseluruhan otak.
 
 Punca-punca perkara di atas terjadi mungkin kerana pernah mengalami kekurangan oksigen dalam otak, trauma semasa kecil, jangkitan virus dan sebagainya.
 
 Seperti penyakit lain, schizophrenia boleh dicegah dan dirawat. Penderita schizophrenia bukan orang gila, tapi mereka mengalami masalah dengan fizikal otak mereka..
 
 Sebenarnya belum pasti kes di Bangi tu melibatkan schizophrenia ataupun tidak. Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang harus kita pandang ringan, kerana ia mungkin berlaku dalam keluarga kita (naudzubillah). Pengetahuan dalam penyakit mental perlu kita dalami, agar kita boleh faham dan tidak menyisihkan pesakit-pesakit seperti ini. Dan paling penting, bila kita tengok ada ahli keluarga kita yang berubah sikap, dapatkan rawatan segera dari doktor.
 
 Schizophrenia adalah sejenis penyakit kronik. Jika tidak mendapatkan rawatan ia bukan saja membahayakan nyawa mereka, tapi juga nyawa orang lain.
 
 Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, apa lagi dengan tanggapan masyarakat tentang penyakit mental ni… Oleh itu jagalah anak-anak amanah kita. Dari sebelum lahir lagi Islam dah bagi keistimewaan kepada anak-anak kita, apa lagi setelah mereka lahir. Jaga kesihatan fizikal dan mental mereka, agar mereka membesar sebagai individu yang sihat luar dan dalam.
 
 Dan jangan kita menyisihkan mereka yang mengalami penyakit ini… sama seperti pesakit jantung, buah pinggang, dan penyakit-penyakit kronik yang lain.
 
 Al-Fatihah buat anak-anak dan individu yang telah menemui-Nya dengan cara begini.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kalian, dan dosa ahli keluarga kalian.
 
 – Posted using BlogPress from my iPad

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Kes Bapa Sembelih Anak”

  1. Salwa Avatar

    terima kasih kak lyna for the very nice write up

    saya pun berpendapat sama seperti akak
    mmereke perlu dibantu

    memang takut sangat deagn perkara ni

    minta perlindungan dari ALLAH agar tidak diuji begini

    amin

  2. Umiadamfaris Avatar
    Umiadamfaris

    bila tengok filem SAM kan, baru paham pasal penyakit ni. Tapi sedihnya bila bapak nye sembelih anak kat Malaysia. Lepas tu, anak lain2 cedera parah. Sebak rasa. Baru saya faham yang penyakit ni ada macam2 bentuk tindakan mereka. Semuanya scary2 huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge