Percutian kami di Krabi ni dah lama, bulan Mei 2013 lagi. Gambar2 pun dah hilang disebabkan handphone terpaksa diformat >_<
Kami memang buat ticket-hunting dari awal untuk ke Krabi ni. Kalau nak direct flight boleh pilih Air Asia (paling murah). Malindo pun ada terbang dari Subang & Penang, tapi naik kapal terbang kecik ATR tu lah.
Masa ni tak silap cuti hujung minggu extra, ada tambahan cuti.. Hari Pekerja mungkin. Tapi kami ni sebenarnya takde terikat dengan hari-hari cuti pun… sebab anak-anak belum bersekolah lagi, dan kami berdua pun kerja dari rumah.
Krabi ni terletak di bahagian pantai barat di wilayah selatan Thailand menghadap Laut Andaman. Bersebelahan dengan Phuket. Ia memang terkenal dengan pulau-pulau dan pantai yang cantik.
Kalau nak adventure dan ada masa banyak sikit, boleh drive dari Malaysia. Dari Bukit Kayu Hitam dalam 5 jam macam tu. Kami pernah drive sampai Hatyai je… Krabi dan Phuket mungkin next 🙂
Percutian singkat di Krabi ni disertai oleh kami 5 beranak je, macam biasa. Masa ni anak2 berumur 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun.
Dari aiport kami ambil teksi ke hotel di Princeville Aonang. Kalau solo atau berdua, nak murah boleh naik bas. 150 bath sorang tak silap. Kalau ramai-ramai boleh naik van je.
Kami pilih hotel Princeville ni sebab dekat dengan pantai, dan menyediakan makanan halal. Nak naik bot ke island hopping pun lintas jalan je. Kedai-kedai makan pun banyak.
Hmm.. Apa kata kata saya tulis dalam bentuk points je, senang sikit kan?
1. Booking tiket & penginapan awal-awal ya… especially masa high season. Krabi ni destinasi pilihan ramai okey.
2. Wifi di hotel dan beberapa tempat makan di Aonang Beach ni boleh dikatakan superb. Lajuuu. Tak payah beli simcard pun takpe. Tapi kalau nak beli, boleh je. Atau sewa mifi.
3. Aktiviti untuk masa yang singkat ni, sila island hopping. Best sangat & budak2 suka. Boleh main pasir kat pantai… kalau pantai kat Aonang tu tak cantik & tak best pun. Pakej boleh book siap2 atau amik je dari hotel. Tapi untuk elakkan takde slot better book siap2, especially masa high season. Pilih yang menyediakan makanan khas untuk Muslims.
4. Makanan halal di Krabi memang senang sangat nak cari. Banyak sangat kedai dan gerai yang menjual makanan halal. Senang je nak kenal, cari yang ada tanda HALAL.
5. Krabi ada banyak lagi attractions onland. Sila lah ambil brochur berkenaan di aiport dan hotel ye.
Itulah saja rasanya tips-tips untuk kali ni. Mintak maaf sangat sebab gambar semua dah hilang…. bayangkan ajelah pantai yang indah dengan nyiur melambaiii 🙂
Leave a Reply