,

Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang

admin Avatar

Dulu kami tinggal di Sarawak, jadi, naik kapal terbang bersama bayi adalah antara perkara yang biasa dibuat oleh sesiapa saja. Pertama kali bawa Hafiy naik kapal terbang ialah selepas habis pantang, dan Fahry semasa usianya 5 bulan. Untuk bayi bawah usia 2 tahun, mereka tak ada seat sendiri, jadi cuma perlu bayar tax dalam 10% daripada harga tiket.

Kalau anak belum lahir, boleh beli dulu tiket ibu bapanya, lepas tu baru tambah untuk bawa anak (bila dia dah lahir lah).

Biasanya yang menjadi concern setiap ibu yang nak bawa bayi naik kapal terbang adalah telinganya. Sebenarnya, bab bising bunyi enjin tu tak apa… tak mengganggu pun. Yang mungkin buat bayi tak selesa adalah perubahan tekanan semasa take-off dan mendarat. Untuk meredakan tekanan ni, masa nak naik atau turun, susukan bayi. Atau kalau ada yang hisap puting tu beri dia hisap. Tindakan menghisap dan menelan boleh membantu meredakan tekanan dalan telinga. orang dewasa pun boleh buat kalau ada masalah begini. Boleh telah liur, hisap gula-gula pun boleh.

Kalau bawa bayi dalam perjalanan yang dekat, tak ada hal nak duduk di seat mana.  Tapi kalau perjalanan jauh, lebih 5 jam ke, duduklah di kerusi paling depan (yang mengadap dinding tu) kerana nanti boleh gunakan bassinet untuk bayi tidur. Ibu pun boleh berehat dan menikmati makanan dengan tenang 🙂

Saya biasa naik beberapa pesawat dengan bayi, krew kabin sangat membantu walaupun penerbangan tambang murah. Cuma dulu-dulu masa Air Asia baru-baru lagi, mereka agak kerek sikit. Dahlah saya seorang diri dengan Hafiy yang masih kecil, boleh pula buat tak tahu bila kita terkial-kial nak letak beg di tempat simpanan di atas. Tapi sekarang dah OK dah.. malah mereka pula yang sibuk nak berborak dengan budak-budak ni.

Lagi satu dengan bayi ni, kita akan dapat priority, kecuali penerbangan tambang murah macam Air Asia tu, kena beli juga express boarding. Kena pentingkan keselesaan juga untuk bayi dan kita, maklumlah, mestilah taknak ada adegan meraung sepanjang jalan (walaupun memang biasanya ada).

Secara umumnya, mudah dan lancar saja bawa bayi naik flight…. dan saya rumuskan dalam point di bawah:-

  • Pastikan bayi selesa, dari segi pakaian, lampin dah tukar dan sebagainya.
  • Susukan bayi semasa take-off dan landing.
  • Jangan lupa bawa barang-barang kesukaan bayi.
  • Ibunya kena bertenang, tenang dan tenang.
  • Jangan expect semuanya perfect.
  • Jangan segan nak minta bantuan krew kabin. Biasanya mereka ada sediakan keperluan bayi seperti pampers.
  • Kalau bayi dah mula makan, pesan makanan untuk bayi dari awal.

Selamat terbang!

Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang”

  1. tutyrahiza Avatar

    Masa bujang dulu, aku selalu pelik tengok bassinet tu. RUpanya untuk baby tidur yea.
    Pernah travel dengan amni. Lenguh tangan ku mendokongnya.

    Sekarang ni harga tiket untuk infant bawah 2 tahun fix @ rm50. MAS je yang masih kira 10% daripada tiket dewasa. Sudah tiada lagi TIKET PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

  2. irfa Avatar

    mmbawa baby travel mmg kena banyak sabar
    kdg2 kesian kalau baby melalak spjg jalan, ganggu orang lain yg nak terbang dgn tenang
    huhu

  3. Ibu FatihahSakinah Avatar

    Saya so far dah dua kali bawa baby jalan ke luar negara. Alhamdullilah xbyk masalah. Masa anak 1st ketika dia berumur hampir 8-9bulan. Yang kedua ketika anak kedua hampir 2 tahun. Insyaa Allah semuanya bakal baik2 belaka.

    Btw thx for the tips!

  4. UmiAdam Avatar

    x sabar rasa nak terbang dengan ank2 dan suami…
    tips ni sgt bermanfaat ^_^

  5. ayu Avatar

    alhamdulillah.. masa bawa habib umur setahun< takde apa2 masalah.. ni nak raya nanti naik flight lagi, tak taulah ragam dia macaman pulak lepas ni… uhuu,,,budak dah besar.,biasalah, tak reti duduk diam.. masa baby senang,…

  6. Eellee Nana Avatar

    cabaran juga nak bawa baby naik flight ni, kena banyak sabar
    btw, nice sharing. xpenah tau pun sblm ni 🙂

  7. Thia Avatar
    Thia

    Rasa takod nk fly dgn baby next week… almklumlah bby da pndai berjln, nk itu , nk ini.. sesetgh yg fhm naseb lah.. takod ada yg xfhm.. stress plak pk takod2 nt bby meraung sepanjang perjalanan..😧

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge