,

TIPS BACKPACKING & TRAVEL BAJET

admin Avatar

Backpacking adalah satu cara perjalanan bajet. Bukan sekadar travel bawa rucksack tapi alami percutian mewah. Cara backpackers travel memang bajet habis. Barulah advanture. Sehabis baik cari good deal.

Di sini saya nak kongsi beberapa tips untuk dapatkan good deals. Bajetlah katakan.

1. Check harga penginapan dalam pelbagai website (ejen) & call dulu cakap dengan manager untuk dapatkan harga yang sangat diskaun. Jangan call masa peak hour, manager busy. Biasanya mereka free petang hari Ahad, sebab orang yang datang bercuti dah mula balik, dan penginap yang datang untuk bisnes akan mula sampai waktu malam.

2. Follow twitter atau FB Page syarikat2 pengangkutan sebab biasanya mereka juga bagi info offer di Media sosial.

3. Plan 4-5 bulan sebelum trip, mungkin sempat dapat macam2 offer. Hari tu kami di Switzerland dapat grab offer ‘Swiss Pass’ beli satu percuma satu.

4. Kenali hotel yang kita nak pilih tu adakah hotel pilihan tourist atau pilihan businessman/orang kerja. Kalau hotel tourist biasanya penuh masa weekend, hotel tumpuan orang bisnes/kerja, sunyi masa weekend. Macamana nak tahu? Boleh baca review-review di internet. Jadi, kita boleh plan untuk dapatkan good deal, boleh elakkan peak season di hotel berkenaan.

5. Kalau ada kenalan yang tinggal di negara yang kita nak tuju, minta tolong beliau book hotel dan sebagainya. Masa ke Jepun dulu, sepupu saya tolong carikan hotel, memang best dan murah, tapi kami cari dari Malaysia tak jumpa-jumpa hotel tu. Mungkin ia cuma appear dalam carian lokal.

Kalau backpackers bujang-bujang, mungkin tak kisah tidur di mana-mana. Youth hostels, dorm, mahupun tidur di stesen dan dalam tandas (jangan tak percaya memang ada orang buat!). Tapi kami backpack couple dan kadang bawa anak-anak, tak boleh sesuka hati nak tidur merata-rata. Malah dorm pun tak berapa OK. Bawa anak2 mencabar sikit. Dengan baby yang nak menyusu, dengan preschoolers yang perlukan ruang sendiri. Jadi semua kena well prepared.

Untuk jimatkan masa (dan duit) selalunya kami travel waktu malam, overnight train, overnight cruise, overnight drive.. Sampai2 dahpun siang, jimat hotel! Kalau naik kapal terbang masih kena cari hotel.

admin Avatar

3 responses to “TIPS BACKPACKING & TRAVEL BAJET”

  1. Rina Avatar

    terima kasih atas tips buat travelnya nie, bisa jadi acuan buat saya nantinya 🙂

    1. Milla Avatar
      Milla

      Alamak, saya plan nak ke UK bulan 12 ni, nampakmya kena buat persiapan skarng!

      Tq ML for the tips ^__^

    2. Mommy Lyna Avatar

      Sama-samalah kita d(-_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge