Saya sebenarnya tak ada masalah dengan sayuran kepada anak-anak. Sejak kecil mereka memang makan sayur. Cuma bab memilih sayur tu ada la… ada yang taknak carrot, ada yang taknak batang, ada yang nak bahagian lembut-lembut je, ada yang taknak sayur berwarna… tapi pucuk pangkalnya, sayur kena makan.
Ramai yang salah faham tentang pemakanan terutama sayuran ni… maklumlah, mak tokei suplemen… makan suplemen bukan bermakna tak perlu lagi kisah tentang makanan seimbang. Suplemen cuma pelengkap saja, bukan sumber utama. Umpamanya suplemen tu macam tuisyen, makanan seimbang macam sekolah… dan makanan ringan, baik makan suplemen atau tidak, memang tak patut diamalkan…
Saya bermula dengan tidak mahu lagi anggap, dan mahu memisahkan tanggapan – budak2 susah makan sayur. Yelah, kenapa budak susah sangat makan sayur? Diorang pada asalnya tahu ke sayur tu apa? Macamana mereka boleh tak suka? Mesti ada puncanya…
Masa anak-anak kecil, mereka tak boleh lagi kita beri pilihan… kita yang kena pilihkan untuk mereka. Kena makan, kena makan sayur, kena minum air… Budak-budak memang terdorong nak benda merapu-rapu ikut orang keliling dia. Jadi, jauhkan mereka dari situasi merapu tu. Kita sendiri yang kena terapkan dari rumah lagi. Jangan makan makanan ringan, makanlah makanan seimbang, makan sayur… Budak2 kan suka terikut mak ayahnya.. bila mak ayahnya kemaruk sayur, anak pun nak ikut juga.
Hidangan kami wajib ada sayur, dan semua orang kena ambil sayur. Kadang-kadang ada juga yang mengada tak mahu makan sayur, tapi kena pandai-pandailah pujuk… Beritahu lah mereka, sayur tu banyak zat, nanti cepat besar, pandai, handsome dan sebagainya.
Jom buat kempen makan sayur di rumah. Yang penting, cuba cari sayur yang paling kurang pestisid dan segala macam -sidnya. Sayur-mayur kampung biasanya kurang bahan kimia berbanding sayur-mayur di pasaraya… apa lagi yang import. Ada rezeki usahakan untuk sayuran organik (ye, harganya mahal betul). Walau apa pun, penyediaan untuk masak sayur ni mesti kita follow betul2. Misalnya, cuci bersih-bersih untuk tanggalkan bahan-bahan kimia yang ada pada sayur. Macam-macam cecair pencuci ada (saya guna Basic-H dari Shaklee). Sayur ni sekali masak kena habiskan terus, tak boleh simpan lama-lama, apa lagi dipanaskan semula. Sayuran yang dimasak ni… lepas 2-3 jam ia bebaskan bahan kimia yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan. Yang ni kena rujuk dengan pakar sayuran lah hehe.
Hmm.. nak masak sayur apa malam ni ye.
Leave a Reply