Dulu2….
010 adalah Art900, 012 adalah Maxis, 013 adalah TM/Celcom, 014 tekan-tekan tak dapat.
Sekarang, 010 ke 012 ke 014 ke 016 ke 01apa-apa sekalipun adalah tidak dapat dipastikan apakah service providernya.
Dulu saya mendaftar dengan Maxis, mengambil plan 75 dan menjadi supplementary kepada Abiy. Seperti yang diketahui (takde sapa yang tahu pun sebenarnya, hahaha) saya menggunakan henfon cap ayam ini untuk membuat kerja-kerja pelayaran internet, menggunakan WiFi. Saya yakin saya menggunakan WiFi sebab encik telefon akan bertanya terlebih dahulu, saya mahu mengakses internet menggunakan talian yang mana satu, dan saya memilih WiFi.
Pada masa itu kami amat senang hati dengan Encik Maxis.
Kemudian kami telah bertukar kepada Celcom (tanpa menukar nombor telefon) kerana melihatkan pakej yang menarik.
Namun setelah beberapa lama dengan Celcom, kami berasakan tidak ada apa yang menarik, lebih2 lagi bila Maxis melancarkan iPhone. Lalu kami rujuk kembali dengan Maxis.
Di sinilah segala-galanya bermula….
- Nak dapat iPhone punyalah berusaha ke sana ke sini.
- Dah dapat pun berusaha ke sana ke sini jugak sebab line dia.. tataula misscom kat mana.
- Dah dapat senang hati 😀
Saya yang tak ada kena mengena dengan kisah iPhone di atas, melalukan kerja2 pelayaran seperti biasa.
Hinggalah tiba2 talian kami telah disekat. Kami memeriksa dengan Maxis dan mendapati telah overlimit padahal baru beberapa hari bersama Maxis. OK la mungkin mereka tersilap key in limit RM500 kepada RM50.
Bulan berikutnya, masih lagi kena bar. Kami ke Maxis center lagi.
Dalam masa yang sama, bila telefon melambung-lambung macam belon pulak. Mulanya kami menyangka mereka tersilap set unlimited 3G dalam pakej iPhone.
OK dah setel.
Bulan depannya pun sama. Heran betul. Dulu pun kami pakai Maxis tak adala sampai macam tu sekali ‘parok’nya.
Akhirnya Abiy telah membuat pendakwaan bahawa ia adalah datang dari aktiviti pelayaran saya. Sebagai seorang yang tidak akan melayar jika tiada WiFi free, saya membangkang sekeras2nya.
Pendakwaan dibuat kerana bil Abiy under utilize manakala bil saya adalah melebihi kadar yang sepatutnya. Berpuluh2 kali ganda dari bil Abiy. Bayangkan la saya tak bergayut, SMS je tu pun tak selalu (saya dah kurangkan tabiat suka SMS macam chatting ni), internet pakai WiFi, tiba2 bil datang dekat RM500!
Akhirnya kami menganbil keputusan untuk cuba mematikan apa2 benda yang berkaitan dengan internet dalam akaun saya. GPRS, 3G, 4G, 5G semuanya lah.
Maka sampailah bil bulan ini dengan penggunaan saya sebanyak RM10 SAHAJA!
Tau tak ape maknanya tuh? Selama ni saya ditipu bahawa sedang belayar dengan WiFi tapi sebenarnya atas talian 3G tuh. Appara! Lain kali tak payah tanya nak guna WiFi ke 3G kalau dah caj atas 3G.
Leave a Reply