Terima Kasih MAXIS!

admin Avatar

Dulu2….

010 adalah Art900, 012 adalah Maxis, 013 adalah TM/Celcom, 014 tekan-tekan tak dapat.

Sekarang, 010 ke 012 ke 014 ke 016 ke 01apa-apa sekalipun adalah tidak dapat dipastikan apakah service providernya.

maxis

Dulu saya mendaftar dengan Maxis, mengambil plan 75 dan menjadi supplementary kepada Abiy. Seperti yang diketahui (takde sapa yang tahu pun sebenarnya, hahaha) saya menggunakan henfon cap ayam ini untuk membuat kerja-kerja pelayaran internet, menggunakan WiFi. Saya yakin saya menggunakan WiFi sebab encik telefon akan bertanya terlebih dahulu, saya mahu mengakses internet menggunakan talian yang mana satu, dan saya memilih WiFi.

Pada masa itu kami amat senang hati dengan Encik Maxis.

Kemudian kami telah bertukar kepada Celcom (tanpa menukar nombor telefon) kerana melihatkan pakej yang menarik.

Namun setelah beberapa lama dengan Celcom, kami berasakan tidak ada apa yang menarik, lebih2 lagi bila Maxis melancarkan iPhone. Lalu kami rujuk kembali dengan Maxis.

Di sinilah segala-galanya bermula….

  • Nak dapat iPhone punyalah berusaha ke sana ke sini.
  • Dah dapat pun berusaha ke sana ke sini jugak sebab line dia.. tataula misscom kat mana.
  • Dah dapat senang hati 😀

Saya yang tak ada kena mengena dengan kisah iPhone di atas, melalukan kerja2 pelayaran seperti biasa.

Hinggalah tiba2 talian kami telah disekat. Kami memeriksa dengan Maxis dan mendapati telah overlimit padahal baru beberapa hari bersama Maxis. OK la mungkin mereka tersilap key in limit RM500 kepada RM50.

Bulan berikutnya, masih lagi kena bar. Kami ke Maxis center lagi.

Dalam masa yang sama, bila telefon melambung-lambung macam belon pulak. Mulanya kami menyangka mereka tersilap set unlimited 3G dalam pakej iPhone.

OK dah setel.

Bulan depannya pun sama. Heran betul. Dulu pun kami pakai Maxis tak adala sampai macam tu sekali ‘parok’nya.

Akhirnya Abiy telah membuat pendakwaan bahawa ia adalah datang dari aktiviti pelayaran saya. Sebagai seorang yang tidak akan melayar jika tiada WiFi free, saya membangkang sekeras2nya.

Pendakwaan dibuat kerana bil Abiy under utilize manakala bil saya adalah melebihi kadar yang sepatutnya. Berpuluh2 kali ganda dari bil Abiy. Bayangkan la saya tak bergayut, SMS je tu pun tak selalu (saya dah kurangkan tabiat suka SMS macam chatting ni), internet pakai WiFi, tiba2 bil datang dekat RM500!

Akhirnya kami menganbil keputusan untuk cuba mematikan apa2 benda yang berkaitan dengan internet dalam akaun saya. GPRS, 3G, 4G, 5G semuanya lah.

Maka sampailah bil bulan ini dengan penggunaan saya sebanyak RM10 SAHAJA!

Tau tak ape maknanya tuh? Selama ni saya ditipu bahawa sedang belayar dengan WiFi tapi sebenarnya atas talian 3G tuh. Appara! Lain kali tak payah tanya nak guna WiFi ke 3G kalau dah caj atas 3G.

admin Avatar

6 responses to “Terima Kasih MAXIS!”

  1. fid Avatar

    saya rasa saya juga tertipu! saya dah sedar maka saya dah tak mau wifi wifi nih…cehh baik saya ambik brodben daily!

  2. isabelle Avatar

    i tanpa rela hatinya terus menggunakan maxis. tapi line dlm kampus ni..ptuih! mcm dok dlm gua hira’.

    anyway, i now have an additional number, celcom that is. puas hati mak.

    ingat nak tukar celcom terus, xde pakej menarik pulak. haihhh..makin kaya le ananda krishnan nmpknye.
    .-= isabelle´s last blog ..Isabelle turns Isabelly! =-.

  3. mommysarah Avatar

    ehh…maknanya apa ekk? kalo hp yang ada access WiFi, still dia charge 3G ker? ehh…tak paham dah. bukan ker WiFi tu free?
    .-= mommysarah´s last blog ..have u watch 15Malaysia? =-.

  4. rynz Avatar
    rynz

    aduhhhh ingatkan kita sahaja yang terkena, dulu kita pakai pakej unlimited mobile data byr RM 99 jerk utk itu, tp sejak maxis introduce bermacam2 pakej flexible ni rupanya unlimited dah menjadi limited, dpt bill bulan lepas mengelabah tgk bill RM 500, tgk detail bill ada lak amount RM 3980.14 ( utk 350mb data transfer :(( ) lagik gelabah, call zimbabwe ker apa mahal sgt ni.

    sekali tgk2 detail rupanya tu tuk charge mobile data charge, pastu nasib baik dia kata maximum dia charge rm 250/month tuk mobile data. kalau tidak mmg saya gegar bangunan maxis tu…

    so sekarang ni tuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku, kita pun subscribe lah yang RM 78 utk 1.5GB/month tu….hhahaahhaha… apa pun kita ni loyal ker maxis sbb so far service kat area umah or mana2 area kita gi tak mengecewakan…hahahah

  5. Salwa Avatar

    bukan maxis saja wat fraud gitu
    sy pun kena
    duk ralit hari2 guna internet iktu henpon
    sekali bil datang rm700
    terkejut la suami sy huhuhu
    rupanya dia kira gprs per minit…mana tak mahal..
    .-= Salwa´s last blog ..Perodua ALZA launching : 23 November 2009 =-.

  6. ann Avatar

    sama le dgn ann. dulu penah guna digi postpaid.. kengkonon gprs free.. time tu mane ada 3g 4g nih.. ghupenye gprs line tu aje yg free, konon waive ler beberapa ploh ringgit.. tapi bila surfing guna phone still kena byr ikut downloading kita.. kena caj 2rat lebih.. line dah le cam hampes, hubby i if pi bilik kecik mesti xdpt line.. hampes je.. past pakai 2 bln pulangkan balik ke budak bulat kuning tu.. skarang on9 guna maxis berukband.. at that time no choice sbb umah xde line telefon coz new dev area.. masa trial period 1 week tu, pergh.. xsempat nak tulih loading, kuar dah website tu siap gambar² semua.. tp had seminggu ajelah.. br je last month hubby i mengamuk sakan bila maxis berukband representative call sbb hubby wat online complaint.. yg lawaknya.. kerajaan bersungguh² menjaga pengguna ops silap.. jaga lintah darat nih.. siap pastikan semua kompeni wat FAIR USAGE POLICY lagi.. antara kandungannya memastikan pengguna x guna melebihi sepatutnya supaya semua dpt merasa kemudahan internet yg laju.. uik.. patutnya enforce le kompeni tu upgrade their facility..kan?

    The best part ialah selepas hubby i complain@membebel dgn caller dr maxis berukband tu.. trus dorang lajukan internet.. hahaha..

    Nih tgh tunggu hadian contest Digi pimp my broadband plak.. dpt wireless modem tu utk 6 bln… kat edah nih ada gprs je.. xpe janji free.. hehehe.. pas abis guna br nak guna streamyx.. rasanya nih je best possible solution.. bkn iklan tp dorang wired.. kalo slow gak memang BS arr.. huhuhu

    err..panjangnya membebel…. huhuhu
    .-= ann´s last blog ..Update – Banjir! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge