Bila travel dengan anak-anak kecil, kena expect tak boleh nak berjalan terus-terusan, atau nak habiskan visit banyak tempat dalam sehari… Kena plan supaya banyak masa rehat untuk mereka. Lagi-lagi kalau anak yang tengah zaman tantrum, tak tidur siang, suka mengamuk, banyak songeh, etc. Tak susahpun sebenarnya bawa anak yang macam-macam perangai travel ke tempat orang, cuma tahap kesabaran kena lebih tinggi dari biasa.
Kalau ada tempat yang boleh menyeronokkan diorang, then bawa lah ke sana. Jangan expect banyak sangat, contohnya nak anak-anak kecil ni value the journey… diorang bukan faham apa pun. OK, mungkin diorang faham, mungkin diorang memang bijak, tapi kids are kids. Just make them happy, and it’ll be easier.
Di Ho Chi Minh, beberapa tempat yang boleh menggembirakan anak-anak:
1) Golden Dragon Water Puppetry
Show tradisi Vietnam dimainkan sejak 10 abad yang lepas. Ia asalnya adalah upacara untuk dewa-dewi diorang dulu… sekarang salah satu tarikan di sini. Budak2 sukalah benda boneka-boneka ni.
Walaupun tak faham tapi sangat menghiburkan bila boneka-boneka kecil beraksi, macam-macam cerita, macam-macam gaya.
Di sebalik tabir…
Inilah pemain-pemain boneka..
2) Taman-Taman
Di HCMC ni ada banyak taman. Boleh jadi tempat singgah nak berehat… Taman kat sini macam taman-taman Korea… tak ada bunga sangat.. tapi pokok-pokok besar. Sesuailah nak berehat lepas penat berjalan.
Di sebelah Golden Dragon ada sebuah taman yang besar. Sempena Hari Tet ni ada festival di sini. Funfair lah… macam2 ada. Orang punya ramai.
3) Ben Thanh
Area Ben Thanh ni banyak kedai untuk shopping macam-macam jenis kain, telekung, baju, beg dan sebagainya. Tapi musim cuti-cuti ni banyak yang tutup. Lagipun kami bukannya nak shopping… jalan2 tengok apa yang ada.
Makanan halal pun banyak terdapat di area Ben Thanh ni.
Kat sini hati2 sikit nak makan, kena tengok betul2 yang ada tanda halal dan sijil halal. Jangan tengok yang pakai tudung, terus kita masuk. Pakai tudung tak semestinya Muslim dan tak semestinya halal.
Ni entrance ke Ben Thanh Market…
Kedai-kedai dalam Ben Thanh Market… tak ramai orang.. masih syok beraya agaknya.
4) Street Flower Festival
Berhadapan dengan Saigon Opera House, sebelah dengan Skydeck Saigon, pesta bunga ni menjulur hingga ke pinggir Sungai Mekong. Macam-macam jenis bunga dan tumbuhan ada termasuk pisang, kelapa dan padi 😀
5) Mekong River Cruise
Menikmati pemandangan HCMC dari Sungai Mekong, menenangkan dan rileks untuk sekeluarga. Yang bestnya, tak payah jalan kaki. Hehe, heaven lah buat Hafiy kami yang asyik complaint je sebenarnya…. tak larat katanya nak jalan lagi… Maklumlah budak-budak, apa yang dinikmatnya tak sama macam kita. Sabar je lah tunggu dia pandai nak hargai apa yang dilihatnya, soo, insya-Allah.
6) Shopping Complex
Entahlah budak-budak ni… walaupun tak ada menyoping pun tapi suka bila masuk shopping complex… agaknya sebab sejuk dan boleh pow nak makan tu makan ni, minum tu minum ni..
Berdekatan hotel kami, adalah Diamond Shopping Complex, ala-ala macam The Store la kot kalau tempat kita.
Vincom Centre ni shopping complex terbaru dan terbesar di HCMC.
Satu lagi yang famous, Parkson. Di sepanjang jalan dengan Vincom ni juga. Dalam Parkson ni ada Food Court di tingkat 4, ada sajian makanan halal. Tapi kami makan aiskrim je. Ada budak buat drama.
Orang-orang HCMC ni tak berapa peramah sangat dengan budak-budak agaknya. Sampai-sampai je dah kena sound di imigresen. Maklumlah budak-budak… bukan reti nak diam. Di mana-mana pun ada je kena jeling-jeling jengil-jengil. Tapi tak pastilah kalau itu cara diorang usik budak-budak.
Ada theme park yang best juga sebenarnya, tapi kerana lokasinya jauh dari District 1, tak pula kami plan ke sana. Suoi Tien Theme Park di Disctrict 9 dan Dam Sen Water Park di Disctrict 11.
Macamana pun, Ho Chi Minh on foot dengan anak-anak sangat menyeronokkan. Walaupun kenderaan agak banyak, tapi rasa fresh dan nyaman. Mungkin kerana bunga-bungaan yang berwarna-warni memenuhi sepanjang jalan.
Sambung next entry untuk lokasi makanan halal di Ho Chi Minh pula!
Leave a Reply