,

Restoran Makanan Halal di Ho Chi Minh City, Vietnam

admin Avatar

Nak cari restoran makanan halal di Ho Chi Minh, Vietnam ni tak susah sebenarnya. Banyak restoran yang menyediakan makanan halal, makanan Malaysia pun senang nak cari.

Area Ben Thanh ada Malaysian Street (Nguyen An Ninh St.) yang menyediakan banyak kedai makan sajian Melayu.

Tapi disebabkan musim cuti, kebanyakan kedai tutup, termasuklah Warung 1 Malaysia ni…


Hajah Basiroh pun tutup…


Nabil Biryani ni buka, tapi tekak rasa nak makan makanan Vietnam, Pho dia tu lah.


Akhirnya jumpa Restoran Salima ni, di tingkat 1 An Tham Hotel. Makanan Vietnam halal… siap mainkan lagu Melayu lagi. Tapi pelayan dia taktau cakap Melayu, hehe. Siap esoknya kami datang, taktau cakap Inggeris juga. Main tunjuk menu jelah.

Dapat gak merasa Pho halal.


Lagi satu restoran yang buka di musim perayaan ni, Restaurants Sahraan.. hidangan Arab. Chicken grill dia terbaik betul.


Ada satu restoran kami jumpa di internet (website restoran tu sendiri). Ambil alamat dan minta pakcik teksi bawakan… Dalam kepala memang dah set nak makan macam-macam makan Vietnam halal… Vietnam Delights namanya.

Dah sampai ke alamat tu, tak ada pun restorannya, ada satu restoran vegetarian. Alahai, kecewa sungguh. Jalan kaki ke Ben Thanh semula…

Tips yang kami dapat untuk cari makanan halal di HCMC, betul2 lihat pada tanda Halal, jangan tengok pelayan yang pakai tudung je. Ada restoran yang pelayannya pakai tudung, tapi bukan Muslim dan tak sediakan hidangan Muslim. Tapi being Malaysia, tanda Halal tu memang dah jadi kebiasaan dan kewajipan kan.

Posted using BlogPress from my iPad

admin Avatar

3 responses to “Restoran Makanan Halal di Ho Chi Minh City, Vietnam”

  1. myliferia Avatar

    best best best…terasa mau ke sana juga…

  2. Kampung Pandan Avatar

    Kampung Pandan sebuah restoran disahkan Halal di bandar Ho Chi Minh yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional Asia dan roti canai segar. Chef utama adalah Malaysia
    Lebih maklumat: http://www.kampungpandan.com
    address: 53 Thu Khoa Huan jalan, District 1, Bandar Ho Chi Minh

  3. Zaleha Avatar

    Syoknya travel 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge