Tanda Stress & Cara Atasi Stress

admin Avatar

Stress mungkin satu benda yang normal dalam hidup kita. Stress boleh jadi stress fizikal dan stress emosi. Stress fizikal senang nak nampak, misalnya stress pada otot selepas angkat barang berat, atau senaman tanpa warm-up. Nak selesaikan pun agak mudah, boleh letak koyok atau sapu krim panas. Stress emosi/mental ni lain macam sikit. Kadang2 seseorang tu tak sedar pun yang dia tengah stress. Tapi sebenarnya stress mental ni lebih dari separuh potensinya membawa kepada masalah kesihatan seperti:

  • asma
  • ekzema
  • darah tinggi
  • arthritis
  • sakit jantung
  • insomnia
  • tiada selera makan

Serious?

Biasanya kita kaitkan stress emosi dengan ‘terlalu banyak fikir’ atau ‘terlalu risau’. tapi sebenarnya banyak benda yang membawa kepada stress ni. Banyaknya radikal bebas dalam tubuh pun boleh buat stress. Kurang pengisian rohani pun ya. Tak cukup nutrisi pun ya juga. Stress fizikal pun boleh mengundang stress emosi, misalnya bila sakit gigi… Ouch! Rasa nak makan orang pun ada. Dan macam2 lagilah penyebab stress.

Kadang2 rasa susah hati sikit pun boleh mendatangkan stress pada emosi kita. Tapi mungkin kita tak sedar sebab katanya, minda bawah sedar 😀

Ibu2 yang menyusukan anak, bila stress, susu boleh kurang. Sebab tu ibu digalakkan buat benda2 yang gembira semasa mengepam susu seperti tengok gambar anak. Kalau boleh jangan tengok susu yang menitik dalam collector bottle tu – stress nanti!

OK jom kita tengok apakah tanda2 stress:

  • Jantung berdegup kencang
  • Berpeluh
  • Mudah sentap
  • Sakit kepala
  • tiba2 dapat cirit-birit
  • Rasa gemuruh
  • Tak dapat mengawal emosi
  • Hilang semangat
  • etc

So, apa nak buat bila ada simptom2 stress? Di sini saya share tips hadapi stress.

  • Pulanglah kepada Tuhan, cahaya kehidupan… ya, kembalilah kepada Tuhan. Bukan setakat berdoa saja, tapi buat ibadah wajib & sunat, bertaubat, bersedekah, etc.
  • Berehat… kadang2 stress tu sebab penat sangat, tak cukup tidur ke.
  • Kurngkan pengambilan makanan yang diproses dan refined food.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Berkongsi masalah dengan kawan yang boleh dipercayai.
  • Jangan lupa bersyukur.. kadang2 stress sebab duk fikir kita takde tu takde ni… bawak2 bersyukur dgn apa yang ada…
  • Buat perancangan & elakkan buat kerja terburu2
  • Kunjungi spa ke, makcik urut ke.. urut2 sikit utk kurangkan muscle stress
  • Makan makanan segar, seimbang & berkhasiat
  • Minum air banyak2 (3L sehari minimum).
  • Tulis benda2 yang baut kita stress, lepas tu eliminate satu-persatu. Bayangan minda gitu.
  • Menangis. Oh.. kadang2 airmata pengubat segala lara. tapi jangan asyik nangis je, lain pulak jadinya.
  • Jumpa kaunselor bertauliah.

Adakah vitamin2 yang boleh mengurangkan stress?

YA, ada tapi SYARATNYA penyebab stress tu adalah kekurangan vitamin tersebut lah. Kalau stress sebab putus cinta, itu settle la dengan individu berkenaan 😛 kalau stress sebab tak sembahyang.. bawak2lah sembahyang.

Vitamin2 untuk atasi stress ni, sebenarnya juga penting diambil semasa stress. Sebab stress boleh menganggu sistem badan kita, dan juga sisrtem imuniti. So, apa yang kena ambil semasa stress:

  • Vitamin B-COMPLEX : B Complex mempunyai fungsi untuk menenangkan, dan ia boleh rosak semasa stress. jadi ambillah B Complex untuk membantu anda bertenang.
  • Vitamin C : Vitamn C perlu untuk meningkatkan sistem imuniti yang menurun semasa stress. Orang stress senang dapat sakit..
  • ZINC : sama juga untuk tingkatkan sistem imuniti.

Dan kalau ada simptom2 yagn di atas sekali tadi, anda boleh berubat dengan doktor atau secara alternatif (vitamin atau homeopathy).

Kalau nak dapatkan konsultasi tentang pengambilan vitamin, boleh hubungi saya 🙂

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Tanda Stress & Cara Atasi Stress”

  1. mammaSun Avatar

    Oh, i got all the symptoms. I’m very stressed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge