Beza Syarikat Enterprise dan Sdn. Bhd.

By | February 9, 2012

Kini ramai yang mula mendaftarkan perniagaan masing-masing, hatta yang beroperasi di rumah. Sebelum mendaftar, ramai juga yang bertanya, nak daftar atas nama Enterprise atau Sdn. Bhd? Apakah beza Enterprise dan Sdn. Bhd.?

Selalunya kita salah guna term ‘sendirian berhad’ kepada benda2 yang dilakukan sendiri. Tapi sebenarnya ia terbalik.

ENTERPRISE – boleh dijalankan secara sendiri atau berkongsi.

SDN. BHD – tidak boleh dijalankan secara sendiri.

Enterprise dan Sdn. Bhd. adalah bentuk perniagaan yang perlu dapatkan lesen berdasarkan ‘Registration of Business Act’. jadi, bagaimana nak nilai perniagaan anda termasuk dalam kategori mana?

DARI SEGI PEMILIKAN

Enterprise boleh didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian.

Sdn. Bhd. memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli syarikat.

DARI SEGI SAIZ PERNIAGAAN

Enterprise sesuai untuk bisnes kecil dan sederhana. Bagi mereka yang mula berniaga, enterprise adalah yang terbaik.

Sdn. Bhd. ialah bila anda dah ada plan besar untuk mengembangkan perniagaan, serta komitmen dari ahli-ahli.

PERCUKAIAN

Cukai Enterprise adalah cukai peribadi pemiliknya.

Cukai Sdn. Bhd bergantung kepada skim pecukaian syarikat.

KOS PENGENDALIAN

Enterprise mudah dikendalikan, tidak perlu audit, tak perlu meeting.

Sdn. Bhd. perlu ada setiausaha dan auditor syarikat. Perlu keluarkan penyata tahunan dan AGM tahunan. Syarikat sdn. bhd boleh mengeluarkan saham syarikat.

KEUNTUNGAN

Pemilik perniagaan enterprise berhak ke atas kesemua keuntungan bisnes, pemilik dan syarikat adalah satu entiti.

Syarikat sdn. bhd dan pemiliknya adalah entiti berbeza. Keuntungan yang diperolehi adalah milik syarikat. Pemegang saham hanya boleh dapat dividen.

RISIKO

Disebabkan syarikat enterprise dan pemiliknya adalah satu entiti, segala hutang atau masalah syarikat ditanggung oleh pemiliknya. Bila syarikat bangkrap, bank boleh menarik harta benda pemiliknya.

Syarikat sdn bhd tiada kaitan dengan pemiliknya. Bila syarikat lebur, para pemegang saham tidak terjejas.

KEMATIAN

Bila pemilik enterprise meninggal, syarikatnya juga tamat.

Syarikat sdn. bhd. tidak tertakluk kepada hidup mati pemegang saham.

Diharapkan sedikit panduan ringkas ni dapat memberi panduan kepada mereka yang sedang memikirkan perniagaan jenis apa yang patut didaftarkan. Tentang nama, tak perlu ada perkataan ‘Enterprise’ pun tak belakang pun boleh juga 🙂

15 thoughts on “Beza Syarikat Enterprise dan Sdn. Bhd.

  1. bardboo

    oh baru tahu beza antara dua ni..thanks for d info…berminat nk bisnes, tp tak rasa lg mcm nk mendaftar..

    Reply
  2. laila

    terjawab segala persoalanku…
    esp yg ni…
    “Tentang nama, tak perlu ada perkataan ‘Enterprise’ pun tak belakang pun boleh juga :)”
    sbb saya daftar takdok Enterprise pungg…..:))
    laila´s menulis tentang ..Giveaway : Julung2 kalinyaMy Profile

    Reply
  3. rod

    bayak soalan terjawab….
    kalau kita hutang dengan bank, bank bleh rampas semua harta atas nama kita, tapi macamana pula pelanggan kita membuat tuntutan ganti rugi melalui proses makamah adakah harta atas nama kita boleh di RAMPAS

    Reply
  4. Asmah Ahmad

    Salam admin
    untuk syarikat enterprise…..boleh tak….berkongsi niaga dengan warga asing…????
    dan bagaimana untuk kelulusan visa….??? melalui syarikat yang baru ditubuhkan atau bagaimana..???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge